Pada minggu lepas, saya telah menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN). Pada satu kuliah Maghrib, saya telah mengutarakan persoalan tentang kalendar Hijrah kepada seorang ulama Sunni. Seperti yang dijangka, tiada jawapan yang memuaskan diberi. Mempersoalkan kalendar Hijrah hakikatnya mempersoalkan mazhab Sunni itu sendiri.
Kemudian pada malamnya pula, telah diadakan satu aktiviti forum dikalangan peserta kursus. Saya telah bangun dan menyatakan bahawa saya ingin memansuhkan Sistem Diraja. Kenyataan saya kemudiannya disanggah oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar dari institusi yang sedang saya menuntut dan pegawai BTN itu sendiri. Malah rakan-rakan saya kebanyakannya tidak bersetuju dengan kenyataan saya.
Dalam ceramah pada kemudian hari pula diselitkan tentang kepentingan Sistem Diraja di Malaysia. Mungkin bahagian itu ditujukan khas untuk saya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Bacaan doa akan kesejahteraan para Raja di Malaysia bergema setiap hari Jumaat di masjid-masjid tertentu yang diberi 'lesen' untuk mengadakan Solat Jumaat.
Manakala masjid yang tidak diberi 'lesen' pula lengang ketika itu, malah penduduk yang berdekatan dengan masjid yang lengan itu terpaksa mengharungi perjalanan yang lebih jauh untuk sampai ke masjid yang 'berlesen'.
Kaum Hawa pula tidak berpeluang cerah untuk mengerjakan Solat Jumaat di Malaysia, walaupun mazhab mereka membenarkannya. Masalah kekurangan ruangkah? Bagaimana pula dengan Solat sunat Aidilfitri yang dihadiri oleh sebegitu ramai kaum Adam dan Hawa?
Al-Quran menerangkan dua kategori Raja; dilantik oleh Allah dan satu lagi dilantik oleh makhluk. Raja yang dilantik oleh Allah contohnya adalah seperti Talut. Siapakah yang berani mengingkari pelantikan yang diperintahkan oleh Allah?
Raja yang dilantik oleh makhluk pula contohnya adalah seperti Balqis dan Firaun. Mari pula kita perhatikan Surah al-Kahf ayat 79;
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
Sejauh mana pula Si Raja di Arab Saudi memartabatkan Islam dipersada dunia? Atau Si Raja leka dengan kemewahan sumber minyak yang dimonopoli oleh baginda dan kerabat baginda selama ini?
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment