Saturday, 27 February 2010

Teman Hidup Bhg. II

Selepas bergelumang untuk mencari calon yang 'sempurna', jari-jemari ini berasa ingin menaip lagi. Ada sesuatu yang ingin ditulis.

Jika saya mencari calon yang bertaraf 'ustazah' sekalipun, belum tentu si dia bersifat Koranic, disebabkan faktor fahaman mazhab tertentu. Walaupun secara luarannya, si dia 'berusaha keras' untuk mencapai keredhaan Allah. Atau hakikatnya, si dia sebenarnya 'berusaha keras' untuk mencapai keredhaan Imam tertentu? Mazhab tertentu tidak lebih hanyalah sebagai tapak untuk berpijak dek kerana kekurangan ilmu. Apabila menemui tapak yang lebih baik, maka berpijaklah di tempat yang lebih baik pula.

Mazhab tertentu, samada Shafie, Hanbali, Maliki, Hanafi, Wahabi, Ahmadi atau mana-mana mazhab yang menyekat keluasan pemikiran minda, akan menghalang kebenaran daripada terserlah, seterusnya menghalang daripada menemui 'jalan yang lurus'. Padahal, kita sendiri yang menyekat pemikiran minda kita sendiri.

Lihatlah bagaimana penganut Hindu yang 'tidak penat' menyembah batu selama puluhan tahun, akibat daripada mereka 'tidak berani' untuk mempersoal ajaran nenek moyang.

Maka saya menyedari, ada satu ciri yang perlu ditonjolkan, iaitu monotheistic. Malah penganut Kristian tertentu yang melaungkan  monotheism, hanyalah indah kulit daripada isi, apabila isinya mengandungi ideologi trinity yang pada hakikatnya mencabuli konsep monotheism itu sendiri. Bukannya saya tak tahu, ada diantara mereka yang menolak ideologi trinity.

Ciri-ciri yang saya letakkan adalah prasyarat bagi perkahwinan, bukannya bagi perkenalan. Padahal, berkenalan itu adalah wajib sebelum berkahwin. Mungkin hanya berkenalan melalui antara ibubapa? Berkenalan adalah semudah seperti berikut;

Ariji: Adakah awak monotheistic?
Marit: Ya.
Ariji: Boleh terangkannya?
Marit: Saya beragama Kristian dan percaya pada konsep trinity.

Mereka berkata; "Allah Maha Berkuasa, Dia mampu menjadi tiga." Ya, Allah Maha Berkuasa, Dia juga menetapkan SunnahNya.

Oleh itu, skop saya dalam mencari calon adalah luas. Si dia mungkin seorang 'ustazah', atau mungkin juga seorang 'kanak-kanak riang'. 'It's not the big deal!', tapi soal dara itu mungkin agak big deal juga. Apapun Allah tidak melarang saya daripada berkahwin dengan perempuan kerana faktor ketiadaan dara.

Antara soal lain adalah soal hati. Mungkin ia tidak selari dengan kecerewetan dalam memilih pasangan. Alamak, saya masih sudi untuk menerima Marit Larsen sebagai calon isteri. Kerana saya masih ada hati padanya. Tapi dia seorang Kafir? Maka diharap kasih sayang mampu membantu dalam mendidik si dia menjadi insan yang lebih baik.

Ya, monotheism adalah asasnya. Ciri utama kepada ciri-ciri yang lain. Padahal, monotheism itu subset kepada Koranism. Cuma mungkin perkataan Koranism itu lebih sukar untuk difahami.

Ingin pula saya menambah satu lagi ciri iaitu open-minded. Sifat ini penting bagi persediaan untuk menghadapi kritikan, mengakui kesilapan diri, dan memberi ruang yang lebih luas kepada cabang ilmu. Adakah ayam itik mampu mempunyai sifat ini? :D

Maka senarai baru ciri-ciri asas teman hidup saya adalah seperti berikut;

Ambitious
Beautiful
Koranic
Modest
Monotheistic
Open-minded
Patient

Wallahualam.

No comments: