Monday 15 February 2010

Pembuangan Bayi


Blog Tukartiub adalah antara blog yang kerap saya singgah. Artikel tentang pembuangan bayi ini mencuri perhatian saya.

Semalam, seorang kawan perempuan saya memberitahu saya bahawa teman lelakinya sering merayu untuk mengadakan hubungan seks. Kawan saya itu kehairanan, kerana jika teman lelakinya cintakan dia, mengapa teman lelakinya perlu merosakkan dia?

Kemudian saya berpesan kepadanya, andaikata mereka terlanjur dan dia mengandung, serahkan bayi itu kepada saya jika dia tidak mahu menjaganya.

Dikala itu saya sedang melayan antara lagu terbaru Marit Larsen, duetnya dengan Milow, yang bertajuk Out of My Hands, tetiba air mata saya menitis.

Mengapa perlu dibuang bayi itu ke dalam longkang? Teringat pula saya kepada sebuah lagu terbengkalai yang pernah saya ciptakan dulu. Ketika itu saya cuba menghasilkan lirik tentang pembuangan bayi. Namun lagu itu terbengkalai sehingga ke hari ini, mungkin akibat kekeringan ilham daripada komposernya.

Rosmah Mansor, seorang wanita yang sering dikutuk, sekurang-kurangnya beliau masih mempunyai naluri keibuan. Sokongan beliau terhadap program keibuan seperti membendung gejala pembuangan bayi dan PERMATA mempamerkan naluri keibuannya.

Wallahualam.

No comments: