Sunday, 21 February 2010

Pemasaran Bisnes

Pemasaran bisnes menyediakan barangan dan perkhidmatan yang dibeli untuk kegunaan bisnes berbanding untuk kegunaan peribadi. Kegunaan yang dimaksudkan, bukan ciri fizikal, membezaan produk bisnes daripada produk pengguna.

Pengembangan dan penerimaan Internet telah membuatkan pasaran bisnes lebih bersaing daripada sebelum ini. Jumlah pembeli dan penjual bisnes menggunakan Internet dengan cepatnya meningkat. Firma mencari cara baru atau lebih baik untuk mengembangkan pasaran dan sumber penawaran, meningkatkan jualan dan mengurangkan kos, dan berkhidmat kepada pelanggan dengan lebih baik. Pemasar menjadi lebih canggih dalam penggunaan Internet mereka dan membina kaedah kuantitatif yang boleh digunakan untuk mengukur kejayaan atas talian yang lebih baik.

Pemasaran perhubungan melibatkan pencarian dan pewujudan keadienan dan perkongsian jangka masa panjang dengan pelanggan. keadienan yang starategik adalah persetujuan kerjasama untuk menlaverajkan apa yang mereka lakukan dengan baik dengan berkongsi dengan yang lain yang mempunyai kemahiran melengkapi.

Pasaran pengeluar terdiri daripada organisasi dan individu untuk-keuntungan yang membeli produk bagi kegunaan mengeluarkan produk lain, seperti komponen produk lain, atau memudahkan operasi bisnes. Pasaran Penjual semula terdiri daripada pemborong dan peruncit yang membeli produk siap untuk dijual semula bagi mendapat keuntungan. Pasaran kerajaan terdiri daripada kerajaan persekutuan, negeri, daerah, dan bandar yang membeli barangan dan perkhidmatan untuk menampung operasi mereka sendiri dan berkhidmat keperluan bagi rakyat. Pasaran institusi terdiri daripada institusi nonbisnes yang sangat pelbagai yang mana gol utamanya tidak termasuk keuntungan.

NAICS meneyediakan cara untuk mengenalpasti, menganalisis, mengsegmen, dan membidik pasaran bisnes dan kerajaan. Organisasi boleh dikenalpasti dan dibandingkan dengan kod numerik yang mennunjukkan sektor bisnes, subsektor, kumpulan industri, industri, dan industri negara. NAICS adalah alat yang berguna bagi menganalisis, mengsegmen, dan membidik pasaran bisnes.

Dalam pasaran bisnes, permintaan adalah diterbitkan, harga-tak-anjal, bersendi, dan naik turun. Volum belian adalah lebih besar daripada pasaran pengguna, pelanggan adalah lebih sedikit dalam jumlah dan lebih berfokuskan geografi, dansaluran pengagihan adalah lebih langsung. Pembelian adalah didekati lebih rasmi dengan menggunakan ejen pembelian profesional, lebih ramai orang yang terllibat dalam proses pembelian,
perundingan yang lebih rumit, dan resiprositi dan pajakan lebih umum. Dan, akhir sekali, menjual strategi dalam pasaran bisnes secara normalnya fokus kepada perhubungan peribadi berbanding pengiklanan.

Kelengkapan major termasuk termasuklah barangan modal, seperti mesin berat. Kelengkapan aksesori adalah lazimnya kurang mahal dan jangka-hidup lebih pendek berbanding kelengkapan major. bahan mentah adalah produk ekstratif atau agrikultur yang belum diproses. bahagian komponen adalah barang siap atau barang separuh siap  yang digunakan sebagai bahagian bagi produk lain. Bahan yang telah diproses digunakan untuk mengilang produk lain. Bekalan adalah boleh-guna dan tidak digunakan sebagai bahagian bagi produk akhir. Perkhidmatan bisnes adalah produk tak ketara yang banyak syarikat gunakan dalam operasi mereka.

Gelagat pembelian bisnes adalah dibezakan dengan lima ciri penting. Pertama, pembelian adalah secara normalnya dijalankan oleh pusat pembelian yang terdiri daripada ramai orang yang menyusun secara lebar dalam tahap kuasa. Kedua, pembeli bisnes lazimnya, menilai produk dan pembekal alternatif berdasarkan kualiti, perkhidmatan dan harga- dalam susunan itu. Ketiga, Pembelian bisnes jatuh ke dalam tiga kategori am: Pembelian baru, Pembelian semula yang diubah, dan pembelian semula yang lurus. Keempat, etika bagi pembeli dan penjual bisnes kerapkali diteliti. Kelima, Perkhidmatan pelanggan sebelum, semasa, dan selepas jualan memainkan peranan besar dalam pembuatan keputusan pembelian bisnes.

Wallahualam.

No comments: