Wednesday, 17 February 2010

Nabi Muhammad dan Aisyah

Nabi Muhammad diceritakan dalam sejarah yang ditulis oleh tangan manusia, bahawa baginda telah bernikah dengan Aisyah ketika perempuan itu berumur sembilan tahun. Sejarah yang ditulis oleh tangan manusia itu juga saling bercanggah antara satu sama lain, bergantung kepada tangan siapakah yang menulis itu, atau mulut siapakah yang menyebarkan berita itu.

Isu ini kerapkali dipergunakan oleh pihak tertentu bagi melabelkan baginda sebagai fidofilia. Sebelum kita pergi jauh, mari kita perhatikan Surah Al-Qalam ayat 4;

Dan kamu adalah bercirikan moral yang tinggi.

Dan mari pula kita perhatikan Surah An Nisa ayat 5-6;

Dan janganlah berikan orang-orang yang tidak matang itu wang kamu yang mana Allah telah membuatkan untuk kamu satu cara sokongan. Dan belanjakanlah ke atas mereka darinya dan pakaikanlah mereka pakaian, dan bercakaplah kepada mereka dalam kebaikan. Dan ujilah anak-anak yatim itu apabila mereka mencapai umur pernikahan, kemudian, jika kamu telah bertekad dari mereka pemahaman yang sihat, kemudian berikanlah mereka wang mereka, dan janganlah sengaja menggunakannya secara membazir atau cepat sebelum mereka membesar. Dan sesiapa yang kaya, kemudian jangan biarkannya menuntut apa sahaja, dan jika dia adalah miskin kemudian biarkan dia mengguna dalam kebaikan. Jika kamu berikan mereka wang mereka, kemudian membuat satu persaksian untuk mereka, dan Allah adalah cukup untuk Pengiraan.

Ayat di atas mengaitkan antara 'umur pernikahan' dengan 'kematangan'. 'Umur pernikahan' juga ditafsir sebagai 'puberti'. Orang yang belum mencapai puberti, diklasifikasikan sebagai 'tidak matang', dan tidak layak untuk bernikah. Malah, ayat tersebut juga menerangkan tentang kepentingan agar anak-anak yatim diuji pemahaman berada dalam keadaan baik terlebih dahulu sebelum diberikan wang, walaupun mereka telah mencapai puberti. Ini menerangkan bahawa puberti belum tentu menjamin kematangan.

Maka mari pula kita perhatikan Surah An Nur ayat 11-12;

Sesungguhnya mereka yang membawa tuduhan palsu adalah sekumpulan diantara kamu. Janganlah fikir ia adalah buruk untuk kamu, bagi ia adalah baik untuk kamu. Bagi setiap orang diantara mereka akan mendapat apa yang dia layak bagi dosa itu. Dan orang yang mempunyai bahagian terbesar daripadanya, dia akan mendapat balasan yang hebat. Kenapa tidak, apabila kamu mendengarnya, lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman haruslah memikirkan kebaikan bagi diri mereka sendiri dan telah berkata: 'Ini adalah satu dusta yang nyata'.

Wallahualam.

No comments: