Pemasaran adalah satu fungsi organisasi dan satu set proses-proses untuk mencipta, berkomunikasi, dan menghantar nilai kepada pelanggan dan untuk mengurus perhubungan pelanggan dalam cara yang memberi manfaat kepada organisasi dan pemegang kepentingannya.
Falsafah pengurusan pemasaran dikategorikan kepada empat;
1)Berorientasikan pengeluaran
Menfokus kepada keupayaan dalaman firma berbanding kepada keperluan pasaran.
2)Berorientasikan jualan
Berasaskan kepercayaan bahawa orang akan membeli lebih produk jika teknik jualan digunakan dan volum jualan yang tinggi menghasilkan keuntungan yang tinggi.
3)Berorientasikan pemasaran
Menfokus kepada keperluan kepuasan pelanggan apabila mencapai objektif organisasi.
4)Berorientasikan pemasaran kemasyarakatan
Merentasi orientasi pemasaran dengan memasukkan pemeliharaan atau penambahan faedah terbaik jangka panjang individu dan masyarakat.
Perbezaan antara orientasi jualan dan pemasaran antaranya;
1) Firma yang berorientasikan jualan menfokuskan kepada keperluan mereka sendiri; firma yang berorientasikan pemasaran menfokuskan kepada keperluan dan pilihan pelanggan.
2) Syarikat yang berorientasikan jualan menganggap diri mereka sebagai penghantar barangan dan perkhidmatan, manakala syarikat yang berorientasikan pemasaran melihat diri mereka sebagai pemuas pelanggan.
3)Firma yang berorientasikan jualan melangsungkan produk mereka kepada semua orang; firma yang berorientasikan pemasaran membidik kepada segmen populasi tertentu.
4)Bisnes yang berorientasikan jualan mengejar volum jualan maksimum melalui promosi yang intensif, manakala bisnes yang berorientasikan pasaran mengejar kepuasan pelanggan melalui aktiviti yang dikoordinasi.
Beberapa sebab untuk belajar pemasaran antaranya;
1) Pemasaran memberi kesan kepada perletakan barangan dan perkhidmatan yang mempengaruhi ekonomi sesebuah negara dan piawai kehidupan.
2) Kefahaman tentang pemasaran adalah penting bagi kebanyakan bisnes.
3) Peluang kerjaya dalam pemasaran adalah pelbagai, menguntungkan, dan dijangka akan meningkat dengan ketara pada dekad yang akan datang.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment