Mereka memakaikan rantai besar di leher agar dapat memanjangkan leher, mereka mengikat kaki sejak kecil bagi mendapatkan saiz kaki yang kecil. Mereka juga memotong kulup zakar dan kelentit cipap.
Mereka tidak yakin dengan kesempurnaan ciptaan Allah?
Mari kita perhatikan Surah As-Sajdah ayat 7;
Yang menyempurnakan segala-galanya yang Dia ciptakan dan Dia mulakan penciptaan manusia daripada tanah.
Dari manakah datangnya amalan berkhatan? Dari Kitabullah atau dari Kitab lain? Mari kita perhatikan Kitab Kejadian 17:14.13;
Mana-mana lelaki yang tidak berkhatan haruslah berpisah daripada orang-orangnya, dia telah merosakkan perjanjianku. Ini adalah perjanjian pengkhatanan.
Mari pula kita perhatikan Kitab Kejadian 17:24.16;
Ibrahim berumur sembilan puluh sembilan ketika dia dikhatankan.
Mari pula kita perhatikan Kitab Kejadian 17:25.18;
Dan Ismail anaknya berumur tiga belas tahun ketika dia dikhatankan.
Kemudian mereka menggelarkan amalan mereka sebagai satu ibadah? Untuk Tuhan manakah ibadah itu? Maka perlukah saya ucapkan tahniah kepada Setan? Mari kita perhatikan Surah An Nisa' ayat 119;
"Dan aku akan menyesatkan mereka dan membangkitkan nafsu mereka, dan aku akan mengarahkan mereka, supaya mereka akan tandakan telinga-telinga binatang ternakan, dan aku akan mengarahkan mereka agar akan membuat pengubahan terhadap ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil Setan sebagai penyokong selain daripada Allah, maka dia benar-benar sesat satu kesesatan yang hebat.
Wallahualam.
2 comments:
HURAIAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG BERKHATAN
Re: Hukum berkhatan
Pendapat yg muktamad dalam mazhab Syafie dan jumhur ulamak hukum berkhitan ke atas lelaki dan perempuan adalah wajib.
tujuan berkhitan atas lelaki ialah supaya bersih kemaluannya utk mengesahkan solatnya manakala tujuan perempuan berkhitan pula iala supaya melemahkan nafsu syahwatnya dan mengawal tabiatnya kerana perempuan yang tidak berkhitan biasanya kuat dorongan nafsunya hingga menggalakkannya melakukan maksiat dan kurang sifat malu.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan :
"Kelentit wanita (yang dipotong sedikit ketika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Kamu anti hadith?
Post a Comment