Sunday, 6 June 2010

Nabi, Rasul, Hikmah, Etika, Ritual dan Rukun Islam

Al-Quran antaranya menerangkan 'dua zaman', iaitu zaman kenabian dan kerasulan, dan zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad.

Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad adalah penutup segala Nabi tetapi bukan penutup segala Rasul. Kenapa? Salah satu antara klunya adalah kerana kita mempunyai Risala pada hari ini. Bukan kitab 'Risala' tulisan As-Shafie, Risala yang dimaksudkan adalah 'mesej', kerana Rasul itu bermaksud 'pemesej'.

Nabi Muhammad menyampaikan mesej. Baginda telah wafat, namun mesej yang disampaikan oleh baginda wujud sehingga ke hari ini. Oleh itu, 'Rasul' diterangkan dalam al-Quran sebagai bersifat continous hingga ke hari kiamat. Apatah lagi, pada hari ini jua, kita diperintahkan agar mentaati Rasul.

Kemudian wujudnya beberapa individu seperti Rashad Khalifa dan Kahar Ahmad yang mendakwa diri mereka sebagai Rasul. Ini isu yang kritikal. Secara amnya, sesiapa yang menyampaikan mesej, maka dia adalah seorang pemesej.

Nabi Muhammad sendiri tidak maksum, sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/05/nabi-muhammad-tidak-maksum.html

Namun, Rashad Khalifa dibunuh curi pula, selepas beliau difatwakan murtad. Si pembunuh pula beranggapan bahawa dia telah mendapat pahala kerana menjalankan 'Syariah'.

"Si murtad perlu dibunuh."; kata mereka. Kahar Ahmad pula dihukum penjara.

Fakta bahawa Nabi Muhammad tidak maksum adalah mencabar sunnism itu sendiri, kerana, mereka 'obses' dengan tulisan sejarah, walaupun mereka sendiri mengakui bahawa tulisan sejarah itu dicemari dengan unsur fitnah seperti Israeliyyat, riwayat hadis palsu, dan juga probabillity kekurangtepatan tulisan sejarah akibat ketidakmaksuman para pembawa sejarah. Namun mereka terus berkata;

"Kami tetap perlukan riwayat hadis agar kami dapat mentaati Rasul dan mengamalkan Hikmah."

Dikala mereka mengamalkan 'Hikmah', ada pula pihak lain yang tergelincir daripada Hikmah dengan melakukan terrorism, extremism umpama honor killing, pengeboman Bali dan sebagainya.

Saya pernah mengatakan bahawa makhluk dalam blog saya ini tiada yang mutlak selain daripada Kitabullah. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/05/wake-up-project.html

Dan inilah yang sepatutnya diimplied oleh para penganut Sunni dan Syiah terhadap apa yang dibawa oleh nenek moyang, sebagaimana jua yang sepatutnya dilakukan oleh penganut Kristian dan Yahudi ketika zaman Nabi Muhammad.

Anda boleh menonton filem 'Perempuan Berkalung Sorban', bagaimana sunnism yang ekstrem membawa kepada unsur negatif. Saya tidak sempat menonton habis filem itu.

Dimanakah undang-undang etika dalam 'Rukun Islam'? 'Rukun Islam' menerangkan tentang ritual, padahal amalan berpuasa pada bulan 'Ramadhan' muncul bersama dengan kemunculan kalendar Hijrah, dan kalendar Hijrah belum muncul pada zaman sebelum zaman Nabi Muhammad.

Dalam ertikata lain, muslim sebelum zaman Nabi Muhammad tidak menjadikan 'Ramadhan' versi kalendar Hijrah sebagai sandaran untuk berpuasa, seterusnya bercanggah dengan 'Rukun Islam' yang dibawa oleh sunnism.

Dengan tersisihnya undang-undang etika dalam 'Rukun Islam', maka kita 'lihat' bagaimana kalimah Islam dipergunakan oleh pihak tertentu bagi melakukan hubungan seks dengan gadis berumur semuda 'sembilan tahun', menjadi Raja berkuasa mutlak, memukul isteri, menafikan hak cerai bagi si isteri, melebarkan empayar dengan peperangan dan pembunuhan, membunuh mereka yang tidak sefahaman selepas menfatwakan mangsa sebagai murtad, menjual nama 'Rasul' dan sebagainya.

Oleh itu, lihatlah Islam lebih dari sekadar 'Rukun Islam', kerana tiada penekanan terhadap aspek etika dalam 'Rukun Islam'.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

xubah macm org kristien,yahudi, dan syiah yg sentiasa memaki hamun hubungan Rasulullah s.a.w dgn ibu org2 beriman Aisyah r.a yg dikahwini baginda ketika Aisyah berumur 9 tahun.

*sebelum aku hentam kau dgn hujah dan dalil dlm perkara ini. aku bg CHANCE utk ko belajar dan baca dulu dgn mendalam mengenai hal ini. kalau kau masih menjadi jahil dan ikut apa yg yahudi dan kristen selalu menyalak menggunakan isu ini dgn niat memburukkan Nabi s.a.w ternyata kau seorg yg hacur akal sihatnya. sila selidik dan bacalah mengenai Aisyah r.a dan mengapa Nabi s.a.w mengahwininya ketika dia berumur 9 tahun.