'Non-Stop Study' adalah nama bagi satu operasi yang saya reka sendiri. Ia melambangkan seorang pelajar yang study tiga sesi sehari, iaitu pagi, petang dan malam.
Sukarkah untuk melakukannya? Jika sehari saja, ia tidak sesukar mana. Yang sukar adalah untuk maintain disiplin itu. Lazimnya ia perlu dimulakan dengan memupuk tabiat study.
Tabiat study biasanya akan terjejas apabila menghadapi cuti ala seminggu atau lebih lama, yang melibatkan aktiviti luar kelas yang agak agresif seperti melancong, menyambut Hari Raya etc.
Tabiat study juga terjejas dengan kehadiran permainan video seperti Counter Strike, Need For Speed, Grand Theft Auto dan sebagainya.
Adakah ini semua mitos? Saya menulis tentang perkara ini berdasarkan pengalaman sendiri.
Menakutkan. Apabila melihat exam semakin dekat, pelajaran belum catch up, dan hati mula berat kepada Counter Strike, ia satu petanda bahawa saya ke arah kelalaian.
Apa yang saya perlukan adalah satu anjakan seperti fungsi NOS dalam permainan kereta, yang memotivasikan enjin ke arah acceleration yang lebih tinggi secara mendadak.
Apakah saya perlu uninstall saja games itu? Pengalaman menghadapi situasi sebegini bukan sesuatu yang baru, malah sejak sekolah lagi.
"Ambil pengajaran dari sejarah."
Ayat ini adalah satu pendekatan yang lazimnya diproposed apabila menghadapi sesuatu persoalan.
Apapun, yang sedang berlaku sekarang adalah realiti. Masa bergerak. Ada baiknya saya membuat perubahan pada malam ini, iaitu mengembalikan semangat study yang sedang memudar.
Namun begitulah, pengalaman saya bekerja sebagai student sejak berumur 7 tahun hingga ke hari ini, melalui pasang surut motivasi dan prestasi. Bukan sejak berumur 6 tahun, kerana saya ponteng tadika.
Apabila memasuki darjah satu, melihat rakan-rakan lebih pandai dari saya, mungkin itu sepatutnya yang berlaku. Bak kata orang; "Usaha lebih, dapat lebih."
Bahkan, seorang guru Matematik di sekolah menengah saya dulu sering menekankan motivasi. Apa tidaknya, apabila ada saja pelajar yang ponteng dalam kelas saya.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment