Mengimbas coretan terbaru Astora Jabat di laman blognya, sila rujuk; http://astorajabat.blogspot.com/2010/08/lagu-perdamaian-1.html, maka didapati terdapat empat persamaan antara saya dengan beliau, seperti berikut;
1) Berjantina lelaki
2) Tidak bermazhab
2) Pernah cuba dihalang daripada menulis tentang isu agama
3) Menulis lagu
Saya percaya lagunya akan ada nilai susunan yang baik, memandangkan adanya kolaborasi dan kerjasama dari pihak profesional.
Itu isu pertama. Ini isu kedua pula.
Terdengar alunan muzik dari handphone seorang rakan, mengingatkan saya kepada sebuah drama Jepun. Saya lupa tajuk drama itu dan tajuk lagunya. Yang saya ingat adalah muziknya.
Bila diselidik, ia adalah lagu yang bertajuk 'Destiny' daripada band 'My little Love', dan drama itu adalah bertajuk 'With Love'.
Drama itu mengisahkan seorang komposer yang gagal menyiapkan karyanya, juga terlibat dalam cinta internet.
Walaupun jalan ceritanya berbeza dengan hidup saya, namun dua perkara itu ada persamaan dengan saya.
Karya 'She Loves Me Not', saya mula menggubahnya dalam penggal kedua tahun 2005, kemudian tergendala apabila saya frust menonggeng, kemudian saya kehilangan ilham.
Apa tidaknya, apabila saya ingin menggubah lagu happy mengejar cinta, kemudian gagal mengejarnya, maka gubahan lagu itu 'terhenti di tengah jalan'.
Kemudian, saya bangkit semula kira-kira pada suku ketiga tahun 2008 untuk menyiapkan kembali karya itu, dan berjaya menyiapkannya, walaupun audionya kurang dishined dengan profesional, malah terdapat kekurangan dari segi velocity.
Itu antara sebab mengapa tajuknya 'She Loves Me Not'. Jika kisah cinta berjaya, maka perkataan 'Not' itu mungkin patut dibuang.
Persamaan kedua adalah berkenaan cinta internet. Tidak pelik tapi benar, ex-girlfriend pertama saya adalah melalui cinta internet, gara-gara saya memanggil 'sayang' kepada orang yang tidak dikenali. Kemudian hubungan itu putus kerana saya mengaku mula berkawan dengan perempuan lain.
Perempuan lain itu adalah ex-girlfriend kedua saya, mula berkenalan dengannya kerana gara-gara dia tersalah ketika mahu mendail nombor handphone ex-boyfriendnya yang telah hilang. Hubungan cinta juga putus, kerana tidak direstui oleh ibunya. Apa tidaknya, dia baru berumur 14 tahun ketika itu.
Perkara yang terasa menyesal adalah, bagaimana saya telah merobohkan rekod single saya, hanya kerana cinta internet? Kedua-dua kisah ini berlaku pada tahun lepas.
Jika saya dapat mengekalkan rekod single sehingga berumur 40 tahun, mungkin boleh dimasukkan ke dalam Own-Made Book of Record, iaitu buku rekod yang direka sendiri.
Apapun, saya memberi gred lima bintang kepada lagu 'Destiny'. Ia adalah salah satu lagu priceless.
Satu perkara yang mungkin menarik atau juga mungkin kurang menarik adalah, jika digoogle perkataan 'Ariji', anda akan mendapati deretan link kepada webpage Jepun. Bagaimana pula seorang bayi lelaki yang lahir di sebuah kampung kecil di Jeli diberi nama import dari Jepun? :D
Sekian dulu coretan.
Wallahualam.
Friday, 20 August 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment