Sebahagian lelaki sanggup mengejar perempuan dengan agresif. Samada ia ikhlas atau tidak, itu persoalan kedua. Kejaran yang ikhlas mungkin ditunjukkan dengan baik dalam filem Titanic.
Filem itu sememangnya menyayat hati. Mungkin ketika itu masih belum ada helikopter seumpama, untuk menyelamatkan penghuni kapal.
Apakah patut seorang lelaki mengejar perempuan? Seperti ayam jantan yang mengejar ayam betina?
Ada pula lelaki yang sanggup putus kawan dengan bestfriend dek kerana berebut perempuan. Ada pula sehingga pukul memukul, ada pula sehingga membawa maut.
Saya bukanlah seorang yang cemburu buta. Ada perkara lain yang lebih penting seperti al-Quran dan keluarga. Melihat kawan-kawan lelaki saya bercinta dengan pasangan masing-masing membuatkan saya berfikir.
Ia kelihatan bukan sesuatu yang mudah. Saya harap bakal girlfriend saya sporting seperti saya, supaya jiwa ini tidak kacau selalu. Atau sebenarnya saya yang kurang komitmen dalam hal ini.
Kata orang, perempuan yang cantik susah untuk dijaga, malah golongan itu adalah berlambak, seperti dedaun di dahan. Adakah mungkin ada perempuan yang cantik dalaman untuk saya?
Assignment mula berlambak. Ditambah pula dengan perancangan untuk aktiviti ko-kurikulum. Jika saya tidak membuat aktiviti untuk semester ini, saya menjangkakan kutukan akan datang kepada saya.
Mungkin akan ada 'undi tidak percaya'. Orang yang diberi jawatan tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik, lazimnya patut meletak jawatan, atau sekurang-kurangnya mendapat pandangan serong dari 'rakyat jelata'.
Berbelah bagi antara akademik dengan ko-kurikulum. Waktu weekend yang baru lepas pula banyak dihabiskan masa dengan bermain permainan komputer terutamanya melalui local area network atau juga dikenali sebagai LAN. Ya, permainan menjadi lebih menarik dengan LAN.
Bukankah lebih baik saya balik kampung sahaja jika weekend dihabiskan dengan aktiviti sebegitu? Banyak lagi bahan akademik yang belum ditelaah. Exam pula dijangka akhir bulan ini, kemudian berikutnya cuti midterm plus cuti raya, menjadi selama dalam dua minggu.
Fatim mengajak saya makan malam. Ya, sudah lama kami tidak berborak. Kali terakhir saya makan bersamanya kira-kira tiga bulan lepas. Saya cuba mencari waktu malam yang tiada kelas untuk memenuhi aktiviti yang ini.
Seperti biasa, saya sukar untuk tidur lena pada waktu tengah malam. Terfikir pula tentang buku. Selepas final exam dalam akhir bulan Oktober ini, atau mungkin juga jatuh pada awal bulan November, ada cuti selama kira-kira dua bulan selepas itu. Saya merancang untuk menyiapkan buku itu dengan agresif dalam cuti itu.
Menonton rancangan Keynote melalui Astro di cafe tadi, ternampak kawan saya menghadiri audition. Ya, saya kenal wajah itu. Salah seorang peserta pula wajahnya seperti bekas junior saya, jika tidak salah orang.
Saya menantikan lagu-lagu yang commercial dari mereka. Muzik yang cantik lazimnya akan menyerap ke sanubari saya setelah melalui fasa gegendang telinga.
Bagi saya, muzik yang cantik adalah priceless. Teringat pula kepada Ariel, yang bergelumang dengan isu skandal. Adakah beliau akan dikenakan hukuman rejam sampai mati?
Lagu 'Mungkin Nanti' dan 'Ada Apa Denganmu' adalah antara lagu priceless, kedua-duanya mengingatkan saya kepada memori yang indah walaupun mungkin pahit. Jika Ariel dipenjara, adakah beliau akan menggubah lagu? Saya harap pihak penjara sediakan sebuah gitar akustik atau klasikal kepadanya. Mungkin beliau juga memerlukan pensel dan kertas. Saya tidak rasa pihak penjara mempertimbangkan untuk memberinya komputer atau alat muzik elektronik.
Sekian dulu coretan.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment