Tuesday 2 July 2013

Tunjukkan Aku



Lagu ini bermakna dalam hidup saya.

Saya mula mengenali lagu ini dari Hani dalam 3 tahun lepas. Saya menggunakan lagu ini ketika saya berjogging. Hari ini, perut saya kelihatan semakin membuncit. Saya merancang untuk mengaktifkan semula aktiviti jogging, walaupun mungkin tidak sekerap dulu.

Di Setiu, saya pernah membuka hati kepada Sha. Namun, kemudian saya mendapati kami kurang sesuai untuk menjadi kekasih. Kami lebih harmoni sebagai rakan. Mungkin dia gadis yang paling rapat dengan saya di Setiu suatu ketika dahulu.

Gadis kedua adalah Hani. Dia gadis happy go lucky. Sekali lagi pintu hati saya terbuka untuk gadis. Namun seperti biasa, saya kurang pandai mengorat perempuan.

Dalam kekecewaan, saya bertemu dengan gadis ketiga, Fatim. Kelas English saya digabungkan dengan pelajar dari jurusan lain, mungkin kerana faktor jumlah pelajar kelas English asal saya yang sedikit.

"Wajah dia ada iras wajah Kris Dayanti".

Itu antara umpama kata hati saya pada awal saya bertemunya. Memandangkan saya wakil urusan jual beli buku English di kelas itu, saya mengagihkan tugas kepadanya untuk bahagian pelajar jurusannya.

Hubungan saya dengan Fatim lebih menjadi, berbanding Hani. Kami sempat berjoging berkali-kali. Namun tidak jua dia menjadi girlfriend saya.

Sampai masanya saya dikehendaki berpindah ke Selangor. Pertemuan kami di majlis konvokesyen tahun lepas, membuktikan bahawa saya masih membuka hati kepadanya walau lebih setahun kemudian.

Cerita di atas adalah episod Setiu, cuma ditambah sedikit ke episod lain.

Namun hari ini, saya telah berjaya "melupakan" Fatim. Saya membuka hati kepada gadis lain pula. Pintu hati terbuka dan tertutup.

Bila difikirkan, "gadis" saya wujud di dalam lagu. Sekarang anda tahu kenapa lagu ini bermakna kepada saya?

Wallahualam.

No comments: