Monday 12 September 2011

Mujtahid

Kalimah 'mujtahid' tiada dalam al-Quran. Yang ada adalah 'mujahid'. Tuduhan 'anti-hadis' terhadap saya adalah kurang tepat. Mohd Asri tidak pernah mengaku sebagai 'Wahabi'.

Seorang Saudi yang berjanggut panjang belum tentu penganut Sunni. Seorang yang memandu kereta Mercedes belum tentu pemilik kereta itu.

Menolak hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina tidak bermakna saya seorang anti-hadis. Apakah mungkin Omar al-Khattab yang kerap mendengar suara Nabi Muhammad secara langsung itu seorang anti-hadis?

Tidak percaya kepada Utusan Malaysia belum tentu anti-suratkhabar. Apabila suratkhabar memberi maklumat yang salah atau kurang tepat, mengapa disalahkan kepada pembaca apabila pembaca tidak mempercayainya. Dimana keadilan?

Malah, Nabi Muhammad berlaku adil, walau terhadap musuhnya sendiri (5/8).

Kita pula berlaku tidak adil kepada baginda dengan mengenali keperibadian baginda melalui kitab lain semata? Bagaimana dengan Kitabullah?

Nabi Muhammad sebagai seorang hamba Allah, taat kepada Allah, di mana akal kita apabila menuduh baginda menjatuhkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina.

Yang mengsahihkan riwayat yang berkenaan, adalah bukan Tuhan, tetapi makhluk.

Maka jika dibiarkan cinta terhadap Nabi Muhammad setaraf dengan cinta kepada Allah, maka boleh membawa kepada perbuatan umpama seorang lelaki yang mencuri rantai emas demi cintanya kepada kekasihnya, sedangkan dia tahu Tuhannya melarang dia dari mencuri.

Atau perbuatan umpama seorang ahli sukan yang mensabotaj pesaingnya kerana mencintai gelaran juara.

Atau perbuatan umpama seorang ustaz yang menjatuhkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina sedangkan dia tahu Tuhannya menyebut hukuman sebat, dan dia tahu hudud itu bermaksud batasan-batasan.

Wallahualam.

No comments: