Saturday, 23 March 2013

Catur Bhg. IV

Sempena persediaan bagi Kejohanan Catur Tertutup Kelantan pada 12 hingga 13 April 2013, saya akan berlawan dengan Fritz 11 sebagai putih dan hitam. Peraturan permainan adalah;

1) Saya dibenarkan menggunakan kemudahan dalam program Fritz 11 selain daripada AnalysisHint dan Explain All Moves.

2) Fritz menggunakan kekuatan Really Hard Sparring yang dikatakan berdaya rating ELO 1900 ke atas.

3) Saya tidak dibenarkan mengundur gerakan.


Perlawanan pertama saya telah tamat. Akhirnya saya membuat satu blunder dan itu cukup untuk saya menyerah kalah. Jika di tornumen berlawan dengan manusia, saya belum mengalah.

Perlawanan kedua dijangka menyusul di mana saya akan bermain hitam pula.

Wallahualam.

No comments: