Monday 19 August 2013

Perempuan dan Cinta Bhg. II



Lagu "Lebih Dari Indah" dari Nikiti Willy "menyentap" jantung saya. Saya pernah mengatakan gadis saya hidup di dalam lagu. Mari saya ceritakan mengapa.

1) Dia ada

Gadis di dunia realiti, dia bisa meninggalkan kita. Di dunia ini ramai lelaki yang lebih hensem dan kaya dari kita. Si gadis bisa saja meninggalkan kita, kerana mengejar sesuatu yang lebih.

Manakala gadis di dalam lagu, dia ada, sebaik saja kita memutar 'kaset di radio'. Siang atau malam, saat duka atau cita.

2) Cinta sejati

Anda pernah dengar kalimah "cinta sejati"? Sebuah lagu yang diperformkan dengan penuh kejiwaan, bisa saja mengekpresikan aura "cinta sejati", walaupun jika ia hanya lakonan, tapi apakah ada pilihan yang lebih baik?

3) Bukan sekadar fizikal

"Cinta hadir di dalam jiwa"

Ini lirik lagu dari kumpulan Iklim. Cinta bukan sekadar dari fizikal. Jika fizikal menjadi perkara utama, mungkin saya akan mengejar ratu cantik dunia?

Gadis yang hidup di dalam lagu, ia tidak berbentuk fizikal. Tapi rasa cintanya dapat dirasa mengalahkan rasa dari fizikal si ratu cantik dunia.

4) Wang

Wang tak dapat membeli cinta saya. Tapi itu tak bermakna saya tidak mampu menerima lamaran berbaur wang. Cuma "feel" itu boleh saja ngak berbisa.

5) Setia

Dikala saya membujang, si gadis di dalam lagu ada. Dia ada, di sana. Manakala gadis realiti sibuk dengan lelaki-lelaki lain, tapi gadis di dalam lagu sedia untuk hadir melalui tenaga bunyi.

6) Kata pujangga

Albert Einstein pernah berkata; "Imaginasi akan membawa kamu ke mana sahaja". Mungkin beliau telah mengesan si gadis lebih awal dari saya. Namun beliau telah mati. Si gadis tak dapat bersamanya lagi.

Begitulah al kisah si gadis di dalam lagu. Anda jangan skandal dengan gadis saya pula, okey?

No comments: