Saturday 6 April 2013

Catur Bhg. V

Antara tabiat saya adalah bergerak terburu-buru dalam permainan catur sehingga membawa kepada blunder. Mungkin ini kerana saya kurang berlatih untuk bermain dengan format long game.

Kali ini perlawanan saya menentang Fritz 11 disetkan format 2min+12sec. Peraturan lain yang ditambah adalah saya menetapkan gerakan pertama Putih adalah e4, supaya saya dapat menggunakan Pertahanan Sicilian.

Saya tidak terlalu mengharapkan kemenangan berlawan dengan Fritz 11 dengan format ini. Jika ada peluang untuk seri, saya akan ambil. Ini kerana ia adalah robot yang kuat.

Antara syarat perlawanan yang lain adalah diambil dari perlawanan sebelum ini. sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2013/03/catur-bhg-iv.html



Mungkin saya tidak mendapat peluang seri sebegini dalam match ini jika bermain dengan format long game dengan Fritz 11. Ia masih mempunyai banyak alternatif selain seri dalam match ini. Format blitz ini sendiri telah menhadkan potensi kiraan pergerakan catur dari enjin ini yang mana ia memberi kelebihan kepada saya.

Wallahualam.

No comments: