Sunday 15 December 2013

Merenung

Saya merenung ragam manusia. Dunia indah jika semua manusia baik-baik. By the way di Malaysia, melihat kepada media, sebahagiaannya kontrasi kepada syurga.

Walaupun begitu it still matter. Kerana negara ini satu kumpulan. Apabila satu kampung banjir, yang mangsanya bukan satu orang. Hakikatnya, jika anda hidup di hutan seorang diri, anda dijangka mengalami kemurungan, malah ada ketikanya sesuatu perkara mendambakan pasukan untuk dijayakan. Contohnya bola sepak.

Saya merenung, bagaimana untuk mendapatkan syurga dunia. Di dalam al-Quran disebut tentang muttaqin. Itu jawapannya. Jika sebuah negara semua penduduknya muttaqin, saya tidak perlu risau untuk mengelak dari termakan makanan haram dari kedai di tepi jalan. Realitinya taqwa tidak dipaksikan kepada bangsa keturunan tertentu, mahupun geografik tertentu. Di sebuah lokasi ada jatuh bangunnya iman manusia di situ. By the way, jika musyrikin yang menjual ayam goreng yang dicelup plastik, bagaimana mu'min ingin mengenal antara ayam goreng yang baik dengan ayam goreng berisiko kanser.

1) Orang baik

Dengan menjadi baik, mereka sebenarnya bekerjasama. Oleh kerana mereka berperilaku baik, anda dapat pergi membeli-belah dengan aman. Walaupun jika mereka tidak menghulur wang atau senyuman, tetapi dengan menghormati hak anda, mereka bekerjasama dalam kebaikan. Perilaku sebegini tidak mengenal bangsa tertentu. Di sini masalahnya dengan golongan racist.

2) Orang jahat

Apabila semakin ramai orang jahat di sesebuah negara, saya melihat kepada pemimpinnya. Apabila semakin ramai orang baik di sesebuah negara, saya juga melihat kepada pemimpinnya. Saya dapat merasakan rakyat US lebih bijak dari Obama. Bagaimana beliau boleh menjadi presiden? :)

3) Komitmen

Komitmen yang saya lihat adalah komitmen tauhid. Saya melihat mereka yang berkomitmen tauhid umpama berlian. Ini tidak bermakna pendapat kami serupa 100%, tetapi cenderung kepada direksi yang sama.

Dalam erti kata lain, kehadiran mereka membantu saya mendapatkan makanan halal secara langsung atau tidak langsung. Jika anda mempunyai kedai makan, it's easy untuk menggunakan bad trick dalam masakan, seperti isu kebersihan.

4) Jenama

Ada banyak jenama dalam masyarakat. Namun bak kata omputeh; "Don't judge a book by its cover". Jika anda ingin mendabik dada dengan gelaran sunni, dan memakai jubah 16 jam sehari, tetapi saya melihat akhlak anda melepasi senyuman anda. Saya lebih prefer manusia yang bermasam muka dengan saya dari manusia yang menipu.

5) Masjid

Tempat persinggahan kencing atau berak. Apabila imam lebih suka perhambakan diri kepada Kerajaan berbanding perhambakan diri kepada Allah, ini memberi persepsi kepada saya terhadap masjid itu.

6) Majoriti atau minoriti?

Poin utama saya dalam coretan ini adalah berkenaan pasukan. Majoriti tidak menjamin kebenaran. Jumlah ahli juga tidak menjamin kebenaran. Ini antara kelemahan sistem demokrasi. Anda menang dunia, tetapi tidak menjamin kebenaran.

Wallahualam.

No comments: