Wednesday 6 November 2013

Ulul Albab dan Muqallid


Alkisah dua orang pemuda bernama Ulul Albab dan Muqallid. Mereka berdua menghadiri satu ceramah di masjid oleh seorang ustaz bernama Azhar Idrus. Ceramah pada malam itu bertajuk "Operasi tambah".

Di ceramah itu berkenaan tiga isu seperti berikut;

1 + 2 = ?
2 + 3 = ?
3 + 4 = ?

Lalu si ustaz memberi jawapan berikut;

1 + 2 = 3
2 + 3 = 4
3 + 4 = 5

Ulul Albab dan Muqallid masing-masing belum pandai mengira. Sebab itu mereka ke ceramah itu. Kata mereka, mereka ke sana bukan untuk berhibur saja. Tapi untuk ilmu juga.

Muqallid menggenggam erat nota ceramah itu. katanya, ia jalan ke Syurga. Manakala Ulul Albab, berijtihad pada nota asal menjadi seperti berikut;

1 + 2 = X
2 + 3 = Y
3 + 4 = Z

Katanya, dia belum cukup faham mazhab Azhar Idrus, dan ingin mendengar pendapat dari mazhab Shafie juga.

Pada malam keesokannya, giliran Ustaz Shafie pula. Ustaz ini menjadikan buku tulisannya sebagai modal pengajaran pada malam itu. Buku itu bertajuk "Ar-Risalah".

4 + 2 = 3
3 + 1 = 4
2 + 3 = 5

Muqalllid terkejut dengan jawapan Ustaz Shafie. Katanya, Ustaz Shafie terkeluar dari aqidah. Ahlul Albab bertanya, kenapa?

Muqallid berkata sepatutnya 1 + 2 = 3, bukan 4 + 2 = 3. Muqallid berpendapat Ustaz Shafie patut dihukum bunuh atas kesalahan murtad kerana terkeluar dari jemaah.

Ulul Albab kemudian pulang ke rumah. Dia mengumpul nota ceramahnya seperti berikut;

1 + 2 =  X
2 + 3 = Y
3 + 4 = Z

4 + 2 = X
3 + 1 = Y
2 + 3 = Z

Kemudian dia tadabbur nota-nota ceramah itu selama dua jam, lalu mendapat hasil berikut;

1 + 2 =  X
2 + X = Y
X + Y = Z

Y + 2 = X
X + 1 = Y
2 + X = Z

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Nampaknya isterinya telah pulang. Isterinya bernama Ariji. Nama isterinya memang pelik tetapi unik.

"Sayang, boleh sayang bantu abang tak?"

"Boleh, saya kan isteri yang maskulin."

Lalu isterinya merenung nota-nota ceramah itu. 30 minit kemudian, isterinya mendapat hasil seperti berikut;

1 + 2 =  X
2 + (1 + 2) = Y
(1 + 2) + Y = Z

Y + 2 = (1 + 2)
(1 + 2) + 1 = Y
2 + (1 + 2) = Z

"Abang, sayang sudah mengantuk. Abang sambunglah kajian ini. Tadi di kedai, saya ada beli nota Skripjava. Cuba abang lihat nota itu, mungkin dapat membantu."

Ulul Albab teruja dengan nota Skripjava itu.

"Nota ini telah mendedahkan kelemahan Mazhab Azhar Idrus dan Shafie!"

Isterinya membeli Skripjava kerana mahu menukar ciri maskulin kepada feminin. Tetapi, apa salahnya jika nota itu digunakan untuk penyelesaian operasi tambah, fikirnya.

Hasil dari panduan nota Skripjava, Ulul Albab telah mendapat hasil berikut, lalu tertidur kerana terlalu mengantuk;

1 + 2 =  X
2 + (1 + 2) ≠ Y =  (1 + 2) + 1
(1 + 2) + Y ≠ Z  = 2 + (1 + 2)

Pagi keesokannya, Ulul Albab mendapat berita bahawa Ustaz Shafie telah dipancung atas tuduhan kesalahan murtad.

No comments: