Wednesday, 23 December 2009

Honor Killing, Ulama Dan Sejarah Berulang

`Abdullah ibn Mas`ud, may Allah be pleased with him, reported that the Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, said, "The blood of a Muslim may not be legally spilt other than in one of three [instances]: the married person who commits adultery; a life for a life; and one who forsakes his religion and abandons the community." (Reported by Al-Bukhari and Muslim)

Hadis di atas dipercayai sebagai dalil terhadap honor killing.

Cuba kita renungkan apa yang berlaku ketika zaman Nabi Isa. Pada mulanya para ulama mengajar bahawa Nabi Isa itu bukan anak Tuhan. Lama-kelamaan, orang yang bergelar ulama ini mengajar bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan.

Saya bukannya tak tahu bahawa ada ayat dalam Bible yang boleh menjadi dalil bahawa Nabi Isa itu bukan anak Tuhan. Tetapi mereka para paderi, meng'anaktiri'kan ayat-ayat tertentu dalam Bible sebagaimana apa yang dilakukan oleh sebahagian ulama pada hari ini yang meng'anaktiri'kan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

Sejarah berulang, dan sejarah berulang. Mungkin mereka lupa bahawa yang mengadili kita pada Hari Pengadilan adalah Allah, bukannya Al-Bukhari atau Al-Qaradawi atau makhluk-makhluk yang lain. Mereka itu hanyalah sebagai perantaraan bagi kita memahami apa itu Islam, sebagaimana Paul of Tarsus sebagai perantaraan bagi pengikut Nabi Isa memahami apa itu agama Allah.

Wallahualam.

2 comments:

AmirMursyid said...

Salam,

Saya baru first time baca blog ni. tetapi saya terpanggil untuk menyarankan agar penulis berhati-hati dalam penulisan. Saya fikir penulis perlu belajar lebih mendalam ulum hadis dan ulum Quran. Perlu diingat Hadis Sohih tarafnya hampir menyamai Al-Quran. Barang siapa menolak hadis Sohih hukumnya adalah seperti menolak Al-Quran.

Pada pendapat saya penggunaan perkataan Hadis Sahih di sini perlu ditukar dengan perkataan Hadis sahaja. Ini adalah Hadis banyak pengkelasannya.

Minat penulis dalam bidang agama adalah sangat baik tetapi saya rasa perlukan bimbingan dan pengajian yang lebih daripada guru. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Taubat2 la nak menyesatkan org dr fahaman ahlul sunnah wal jamaah.