Tuesday, 15 December 2009

Taqwa, Percanggahan Dan Al Hikmah

Ok, saya akan cuba respon satu persatu, walaupun agak mengambil masa. Surprised


AbangSyeikh wrote:
Kepada Muhammaad Ariji bin Hasan! Bertaqwalah kepada Allah. 


Saya juga ingin mengajak saudara bertaqwa kepada surah an nuur ayat 2;

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Mereka yang boleh dikecualikan daripada ayat di atas KEMUNGKINAN BESAR hanya kepada yang tiada jantina.

Istinbat daripada ayat tersebut apabila disandarkan kepada Hadis-hadis kepercayaan saudara Abangsheikh maka;

Penzina yang dah berkahwin jika ada jantina, maka hukumannya sebat 100 kali, bukannya rejam sampai mati.

Penzina terhadap mahramnya jika ada jantina, maka hukumannya sebat 100 kali, bukannya hukum bunuh.

Maka saudara Abangsheikh ingin ikut surah an nuur ayat 2, atau Hadis yang bertentangan dgn surah an nuur ayat 2?


AbangSyeikh wrote:

Menuduh orang-orang yang beriman lagi berilmu meletakkan hadis sebagai lebih tinggi daripada Al-Quran adalah satu tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab. Kau telah buat zalim yang nyata dan layaklah kau di herdik dan dilaknat oleh para ilmuan seluruh dunia, cuma kau saja yang tidak merasakan kutukan itu kerana hatimu telah terhijab oleh kejahilanmu itu. Walaubagaimanapun selagi ajal maut belum sampai kau masih berpeluang untuk bertaubat kepada Allah dan melakukan islah. 


Berbalik kepada isu penzina di atas, aku sertakan dalilnya, maka ini tuduhan aku ini bukanlah tuduhan liar semata-mata.


AbangSyeikh wrote:

Taat kepada Rasulullah s.a.w. adalah kerana taat kepada Allah sendiri kerana telah thabit dalam banyak ayat-ayat Al-Quran yang sebahagian telah aku sampaikan sebelum ini dalam thread ini. Menganggap taat kepada Rasulullah s.a.w. sebagai meletakkan baginda s.a.w. lebih tinggi dari Allah adalah menunjukkan kebodohan yang parah dari pihak Ariji. Tidak ada sahabat dan tabi'n dan tabi' at-tabi'in yang berpendapat demikian. Begitu tidak ada seorang pun ulamak mujtahidin dan ahli-ahli hadis yang berpendapat demikian. 



Taat kepada Allah adalah taat kepada surah an nuur ayat 2.

Taat kepada surah an nuur ayat 2, maka terpaksalah pertikaikan mana-mana Hadis yang bertentangan dengan surah an nuur ayat 2.

Hadis-hadis tersebut adalah seperti berikut;

Dari Jabir bin Abdullah al-Anshari ra bahwa ada seorang laki-laki dari daerah Aslam datang kepada Nabi saw lalu mengatakan kepada Beliau bahwa dirinya benar-benar telah berzina, lantas ia mepersaksikan atas dirinya (dengan mengucapkan) empat kali sumpah. 
kemudian Rasulullah saw menyuruh (para sahabat agar mempersiapkannya untuk dirajam), lalu setelah siap, dirajam. Dan ia adalah orang yang sudah pernah nikah. Shahih: Shahih Abu Daud no: 3725, Tirmidzi II: 441 no: 1454 dan A’unul Ma’bud XII: 112 no: 4407).

Dari al-Bara’ ra, ia bertutur, “Saya pernah berjumpa dengan pamanku yang sedang membawa pedang, lalu saya tanya, ‘(Wahai Pamanda), Paman hendak kemana?’ jawabnya, 
‘Saya diutus oleh Rasulullah saw menemui seorang laki-laki yang telah mengawini isteri bapaknya sesudah ia meninggal dunia, agar saya menebas batang lehernya dan menyita harta bendanya.’” Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 2351, Shahih Ibnu Majah no: 2111, 'Aunul Ma'bud XII: 147 no: 4433, Nasa’i VI: 110, namun dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah tanpa lafazh "menyita harta bendanya." Tirmidzi II: 407 no: 1373 dan Ibnu Majah II: 869 no: 2607).

Kedua-dua Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah telah melanggar perintah Allah dalam surah an nuur ayat 2.

Sila perhatikan hadis berikut;

Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Umar bin Khattab ra pernah berkhutbah di hadapan rakyatnya, yaitu dia berkata, “Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad saw dengan cara yang haq dan Dia telah menurunkan kepadanya kitab al-Qur’an. 
antara ayat Qur’an yang diturunkan Allah ialah ayat rajam, kami telah membacanya, merenungkannya dan menghafalkannya. Rasulullah saw pernah merajam dan kami pun sepeninggal Beliau merajam (juga). Saya khawatir jika zaman yang dilalui orang-orang sudah berjalan lama, ada seseorang mengatakan, “Wallahi, kami tidak menjumpai ayat rajam dalam Kitabullah.” Sehingga mereka tersesat disebabkan meninggalkan kewajiban yang diturunkan Allah itu padahal ayat rajam termaktub dalam Kitabullah yang mesti dikenakan kepada orang yang berzina yang sudah pernah menikah, baik laki-laki maupun perempuan, jika bukti sudah jelas, atau hamil atau ada pengakuan.” (Mutafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 144 no: 6830, Muslim III: 1317 no 1691, ‘Aunul Ma’bud XII: 97 no: 4395, Tirmidzi II: 442 no: 1456).

Tiada ayat hukuman rejam dalam Kitabullah. Hadis ini mendakwa bahawa Rasulullah telah tercicir hukuman rejam yang sepatutnya ada dalam Kitabullah.

Hadis ini juga mendakwa bahawa Rasulullah telah melanggar perintah Allah dalam surah an nuur ayat 2.


AbangSyeikh wrote:

Antara ciri-ciri golongan anti hadis ialah mengambil sebahagian ayat Al-Quran dan menolak sebahagian ayat Al-Quran yang lain. (Ini adalah warisan dari Yahudi la'natullahi 'alaihim). Ayat Al-Quran yang suruh supaya merujuk kepada Rasulullah s.a.w. tidak dipakai oleh puak anti hadis. Mereka telah me-reka-reka syubhat untuk engkar kepada sunnah Nabi s.a.w. seperti mempertikaikan kredibiliti sahabat seperti yang dilakukan oleh si Ariji itu. 


Siapakah di sini yang menolak surah an nuur ayat 2? Hanya semata-mata ingin pertahankan Hadisnya itu?

Merujuk kepada Rasulullah kah saudara Abangsheikh ini? Atau merujuk kepada hadis yang bertentangan dengan al-Quran?


AbangSyeikh wrote:

Pertikaian kredibiliti sahabat-sahabat Nabi s.a.w. oleh Ariji adalah tidak berdasarkan ilmu, ia hanya tuduhan-tuduhan liar melulu tanpa ilmu, ia hanya tuduhan orang fasiq yang ingin berlepas diri dari sunnah Nabi s.a.w.. Dia menyangka apabila sudah berlepas diri dari sunnah maka bolehlah dia buat apa saja yang dia suka selama ini. 


Secara yang lebih tepat untuk dikatakan, saya mempertikaikan kredibiliti Hadis tertentu, bukannya kredibiliti sahabat Nabi.

Adapun tentang sahabat Nabi, saya berprasangka baik kepada mereka semua. Saya mengambil pendapat bahawa apa yang dikatakan Hadis yang bertentangan dgn al-Quran itu tidak semestinya benar-benar diucap oleh para sahabat.

Kenapa?

Kerana semata-mata ingin berprasangka baik kepada para sahabat.


AbangSyeikh wrote:

BAGAIMANA MUNKIN SI ARIJI TU MENUNTUT DARI AKU DAN SEMUA ORANG DALIL DAN HUJJAH SEDANGKAN DALIL DAN HUJJAH SUDAH AWAL-AWAL LAGI DIPERTIKAIKANNYA???? SI ARIJI HENDAK MENUNJUK DIA SEORANG YANG BIJAK, TETAPI BAGAIMANA MUNKIN DIA SEORANG YANG BIJAK KALAU MENOLAK SUNNAH NABI S.A.W. 



Saya mengaku bahawa saya mempertikaikan mana-mana Hadis yang bertentangan dengan al-Quran.

Saya menolak Hadis yang bertentangan dgn al-Quran, bukannya menolak Sunnah Rasulullah.

Saudara lah yang salah faham dengan mempercayai Hadis yang bertentangan dengan Al-Quran.

Maka janganlah jadi bodoh sombong. Sesungguhnya Hidayah itu ditentukan olehNya, saya hanya menyampaikan sedikit peringatan.


AbangSyeikh wrote:

MUHAMMAD ARIJI! BERHENTILAH KEMBARA MENCARI KEBENARAN KERANA KEBENARAN / AL-HAQ YANG ADA DEPAN MATAMU TELAH KAMU TOLAK. Pengembaraan kamu selama ini tidak akan membawamu ke Al-Jannah. Sudah pasti pengingkar sunnah Nabi s.a.w. apabila dia mati dalam keadaan itu akan dilaknat oleh Allah. 


Haha. Kebenaran apa? Kebenaran Hadis yang bertentangan dengan al-Quran?


AbangSyeikh wrote:

Mencari ilmu adalah dituntut oleh syara'. Tetapi "MENCARI-CARI" ILMU adalah satu yang keji.


Berbunga-bunga ayat tu.

Terbayang pula aku kepada si buta yang mencari-cari jalan destinasi.

Atau saudara Abangsheikh sudah cukup celik matanya?


AbangSyeikh wrote:

Pencari ilmu apabila sampai kepadanya sebuah hadis yang sahih dia akan membenarkannya dan mengamalkannya.
Tetapi lain pula "pencari-cari" ilmu dia akan mencari-cari pendapat ulamak yang mengharuskan apa yang telah diamalkan selama ini. Sabda Nabi s.a.w. yang menyuruh dan melarang sesuatu tidak mahu ditaatinya. 



Hadis sahih mana yang saudara maksudkan ini? Hadis yang bertentangan dgn al-Quran itukah? Aku tidak sanggup meng'anak tiri'kan al-Quran semata-mata ingin mempercayai Hadis-hadis tertentu.


AbangSyeikh wrote:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا
Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah

(Al-Quran Surah Al-Hasyr 59 : Ayat 7)


Rasul berikan kepada kita surah an nuur ayat 2, maka terimalah wahai saudara Abangsheikh. Kenapa saudara Abangsheikh meng'anaktiri'kan surah an nuur ayat 2 hanya kerana hadis-hadis tertentu?


AbangSyeikh wrote:
Pembuka thread ini minta dalil dan hujjah tapi dia sendiri sejak awal-awal lagi ingkarkan sunnah Nabi s.a.w. dengan dalih-dalih.


Saya mengingkari hadis-hadis yang bertentangan dengan al-Quran. Masalahnya di sini, saudara Abangsheikh yang salahfaham bahawa Hadis yang bertentangan dengan al-Quran itu sebagai sunnah Rasulullah.


AbangSyeikh wrote:

Begitu juga sebahagian ayat Al-Quran dijajanya tapi sebahagian ayat Al-Quran disembunyikannya atau ditolaknya. Tindakan itu adalah tindakan warisan Yahudi. 



Saya bukan main lagi pertahankan surah an nuur ayat 2; saudara Abangsheikh lah yang meng'anak tiri'kan surah an nuur ayat 2 apabila menjadikan hadis-hadis yang bertentangan dengan ayat tersebut sebagai hukum agama.


AbangSyeikh wrote:


ثُمَّ أَنتُمْ هَـٰؤُلَاءِ تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِّنكُم مِّن دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِم بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِن يَأْتُوكُمْ أُسَارَىٰ تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ ۚ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudaramu sebangsa) dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat .

(Al-Baqarah 2 : 85) 




Maka marilah kita sama-sama beriman kepada al-Quran termasuklah surah an nuur ayat 2.


AbangSyeikh wrote:


كَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى الْمُقْتَسِمِينَ الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ

“Samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi; (Iaitu) mereka yang menjadikan al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).”

(Al-Hijr 15 : 90 & 91) 




Maka marilah kita sama-sama beriman kepada al-Quran termasuklah surah an nuur ayat 2.


AbangSyeikh wrote:

Ayat-ayat Al-Quran berikut tidak mahu diikutinya dengan dalih bodoh bahawa perawi hadis dari kalangan sahabat adalah orang yang dipertikaikan kredibilitinya. Dia jahil sungguh dengan disiplin ulumul hadis, jahil sungguh bagaimana ilmu sanad dan rijal hadis, tetapi nak tunjuk pandai dengan menolak hadis tanpa ilmu.


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Katakanlah (Wahai Muhammad kepada mereka) : “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Aali 'Imran 3: 31) 



Ya, marilah kita mengikuti Rasulullah. Janganlah kita meng'anaktiri'kan surah an nuur ayat 2.


AbangSyeikh wrote:

Orang-orang yang beriman yang kasihkan Allah apabila diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya memelihara janggut mereka akan patuh kerana ikut ayat ini. Mereka tidak akan mencari-cari qaul ulamak yang bertentangan dengan suruhan Rasulullah s.a.w. itu.



Di sini saya ANDAIKAN bahawa hadis tersebut adalah FAKTA. Maka hujah saya adalah;

Kewajipan terhadap perintah Nabi Muhammad tentang hal yang TIDAK disebut dalam al-Quran berbeza dengan kewajipan terhadap perintah dalam al-Quran.

Baginda mungkin pernah memerintahkan para sahabat bangun dan duduk, menjemput makan di rumahnya, berehat, sediakan makanan dan sebagainya.

Adakah ini bermakna saya wajib berehat sepanjang masa? Atau duduk sepanjang masa? Atau menyimpan janggut sepanjang masa?

Apabila Nabi Muhammad memerintahkan seseorang untuk duduk, apakah seluruh umat Islam wajib untuk duduk juga samada di Mekah atau Madinah?

Jelas, perintah Nabi Muhammad adalah untuk golongan dan situasi tertentu.

Atau saudara Abangsheikh ingin meletakkan hukum berehat itu wajib? Maka bagaimana untuk bekerja nanti berdosa?

Atau saudara Abangsheikh ingin meletakkan hukum duduk itu wajib? Maka bagaimana untuk bangun, nanti berdosa pula?

Atau Abangsheikh merujuk kepada hukum mendengar muzik yang ada Hadis meletakkan hukum harus, ada juga meletakkan hukum haram?

Hakikatnya, apabila saudara Abangsheikh meletakkan hukum mendengar muzik itu haram, maka saudara Abangsheikh sebenarnya secara tidak langsung mempertikaikan hadis-hadis yang meletakkan hukum harus terhadap perbuatan mendengar muzik.

Kemudian Abangsheikh menggelarkan saya 'anti hadis'?

Yang bermasalah di sini adalah hadis yang saling bercanggah; kemudian salahkan orang lain pula?

Atau saudara Abangsheikh tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat banyak percanggahan dalam Hadis?

Sebagaimana puak Kristian tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat byk percanggahan dalam Kitab Bible mereka?

Atau saudara Abangsheikh ingin meng'anak tiri'kan surah an nuur ayat 2 sebagaiman puak Kristian meng'anak tiri'kan ayat-ayat tertentu dalam Bible?

Adapun kewajipan bersedekah dalam al-Quran jelas untuk situasi dan keadaan tertentu.

Ini berbeza dengan perintah menyimpan janggut yang lebih kabur, kemudian di tokok-tambah sehingga mengharamkan pemotongan janggut.

Hakikatnya, jika semalam saya menyimpan janggut, saya telah mengikut perintah menyimpan janggut tersebut, walaupun hari ini saya tidak menyimpan janggut.

Jika perintah menyimpan janggut itu untuk membezakan diri dgn puak tertentu, maka apakah puak tertentu tidak berjanggut pada hari ini?

Maka janganlah kita sesuka hati menokok tambah hukum-hukum agama; semuanya akan disoal kelak.

Apatah lagi apabila menyamakan kewajipan perintah al-Quran dengan perintah yang tidak disebut dalam al-Quran.


AbangSyeikh wrote:

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”

(An-Nisaa 4 : 65) 


Maka marilah kita menerima al-Quran sepenuhnya termasuklah surah an nuur ayat 2, tanpa dipengaruhi oleh hadis-hadis yang bertentangan dengan ayat tersebut.


AbangSyeikh wrote:


لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

“Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah”.

(Aali 'Imran 3 : 164)

(Al-Hikmah = As-Sunnah Nabi s.a.w.)


Al Hikmah adalah subset kepada wahyu.
Begitu juga dengan al Kitab.

surah an nisa ayat 113
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad), nescaya berhasilah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu 
Kitab serta Hikmah, dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.

Kitab itu adalah rekod bertulis, manakala Hikmah adalah kebijaksanaan daripada tulisan tersebut.

surah yunus ayat 1
Alif, Laam Raa' ini ialah 
ayat-ayat Kitab yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.

surah luqman ayat 2
Ini ialah 
ayat-ayat Kitab yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

yasin ayat 2
Demi 
Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.

Di bawah ini adalah formula saudara Abangsheikh.

Al-Hikmah = As Sunnah = Hadis

Maka mengikut formula di atas; Al-Hikmah dan As Sunnah saudara Abangsheikh juga berkemungkinan bercanggah antara satu sama lain sebagaimana hadis-hadis saling bercanggah antara satu sama lain; bergantung kepada hadis mana yang saudara Abangsheikh percaya.


AbangSyeikh wrote:

(Ariji mempertikaikan kredibiliti sahabat. Mari kita pertikaikan kredibiliti Ariji pula)


Ingin pertikaikan kredibiliti saya adalah hak saudara. Saya cuma cuba memberi sedikit peringatan, sesungguhnya Hidayah ditentukan olehNya.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

semoga anda diberikan hidayah