Sunday, 6 December 2009

Ajaran Nenek Moyang VS Wahyu



AbangSyeikh wrote:

Terdapat banyak contoh hadis memberi keterangan tambahan akan hukum yang diturunkan dalam Al-Quran.

Dalil hukum terhadap pesalah zina telah sedia maklum di dalam Al-Quran. Nabi s.a.w. yang telah dikurniakan Al-Quran dan AL-HIKMAH (sila rujuk ayat-ayat Al-Quran berkenaan pengurniaan Al-Hikmah oleh Allah kepada Nabi s.a.w. yang telah aku postkan di atas) oleh Allah telah menyatakan keterangan tambahan mengenai kesalahan zina yang dilakukan oleh orang yang telah pernah nikah. Oleh itu ulamak-ulamak AhlusSunnah telah istimbat dari hadis itu berkenaan hukum rejam kepada pesalah zina muhsan. Sila rujuk hadis-hadis sahih berkenaan pesalah zina muhsan. Tetapi orang-orang yang sangat bodoh dalam usul fiqh lagi fasiq telah menganggap hadis ini sebagai melawan hukum Allah.



surah Yunus ayat 15

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan):
"Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

Sedangkan
surah an nur ayat 2 yang diturunkan oleh Pencipta langit dan bumi dengan jelas menerangkan hukuman ke atas pesalah zina.

Inilah dia, dimanakah taqwanya dia terhadap surah an nur ayat 2 apabila tidak cukup dgn ayat tersebut untuk menjatuhkan hukuman zina?

Atau dia lebih suka mendengar ajaran nenek moyang berbanding wahyu?

Sikap beginilah antara punca berlakunya pengeboman masjid oleh puak2 mazhab yang masing2
degil dengan hadis masing2.

No comments: