Wednesday, 9 December 2009

Bertaubatlah Ariji...

AbangSyeikh wrote:
Orang yang menentang hadis sahih sebenarnya telah menentang Nabi s.a.w.. Malah yang lebih sangat besar dosa kerana menentang ayat-ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya taat kepada Ar-Rasul.


Perbuatan menentang Nabi s.a.w. oleh orang yang mengaku muslim pernah berlaku di zaman Nabi apabila seorang yang bernama Zul Khuwaisirah telah berlaku biadap terhadap Nabi s.a.w. dengan mengatakan kepada baginda s.a.w. supaya berlaku adil semasa baginda s.a.w. sedang membahagi-bahagikan harta.

Zul Khuwaisirah itu adalah benih khawarij yang ada sejak zaman Rasulullah s.a.w..

عَنْ اَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِيِّ قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهُوَ يَقْسِمُ قِسْمًا اَتَاهُ ذُوْ الْخُوَيْصِرَةِ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ تَمِيْمِ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِعْدِلْ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : وَيْلَكَ وَمَنْ يَعْدِلْ اِنْ لَمْ اَعْدِلْ؟ قَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ اِنْ لَمْ اَعْدِلُ ؟ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ! آئِذَنْ لِيْ فِيْهِ اَضْرِبُ عُنُقَهُ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعْهُ فَاِنَّ لَهُ اَصْحَابًا يَحْقِرُ اَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ ، وَصِيَامُهُ مَعَ صِيَامِهِمْ ، يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لاَيُجَاوِزُ تَرَاقِيُهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ.

“Dari Abi Sa’id al-Khudri berkata: Ketika kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di suatu ketika beliau sedang membahagi-bahagikan beberapa pembahagian. Datanglah kepada baginda Zul Khuwaisirah dari Bani Tamim dan berkata: Wahai Rasulullah berlaku adillah! Baginda bersabda:
Celaka engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil? Maka Umar al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal lehernya! Baginda bersabda: Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan salat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya”. (H/R Bukhari (3610), Muslim (1064 dan Ahmad (224))

Ulamak telah bawakan riwayat ini dalam menceritakan sejarah khawarij.

Golongan anti hadis samada yang ori atau yang palsu sekiranya mereka berada di zaman Nabi s.a.w. akan bertindak sama seperti Zul Khuwaisirah itu. Memang benar Al-Quran menyuruh supaya berlaku adil, dan siapakah yang paling berlaku adil kalau tidak Nabi s.a.w.. tetapi golongan hadis enggan terima hadis Nabi s.a.w. dalam kes hukuman terhadap pesalah zina muhsan kerana mereka hanya ikut teks Al-Quran sahaja ikut selera nafsu mereka, dengan menolak penafsiran Al-Quran oleh Nabi s.a.w..

Kepada Ariji, fikir-fikirkanlah, dan bertaubatlah.


Itu bukan akhlak Nabi Muhammad yang saya kenal dalam al-Quran.

Luqman Ayat 19
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Mungkin saudara Abangsyeikh juga perlu fikir-fikirkan. 
Wink

No comments: