AbangSyeikh wrote: |
Ada orang yang mempertikaikan Nabi s.a.w. berkata "Wailaka" kepada Zul Khuwaisirah. Sila rujuk Al-Quran berikut: وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. (An-Najm 53 : 3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), (An-Najm 53 : 4) فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (An-Nisa 4 : 65) فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ Siapa yang membantahmu tentang kisah 'Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la'nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta . (Aali 'Imran 3 : 61) Orang jahil lagi fasiq menghendaki Nabi s.a.w. sentiasa berkata yang manis-manis sedap didengar tanpa ada satu pun perkataan yang keras. إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-NyaAllah akan mela'natinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. (Al-Ahzab 33 : 57) وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu'min dan mu'minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. (Al-Ahzab 33 : 58) كَيْفَ يَهْدِي اللَّهُ قَوْمًا كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ وَشَهِدُوا أَنَّ الرَّسُولَ حَقٌّ وَجَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ Bagaimana Allah akan menunjuki suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahwa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan keterangan-keteranganpun telah datang kepada mereka? Allah tidak menunjuki orang-orang yang zalim. (Aali 'Imran 3 :86) أُولَـٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ Mereka itu, balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya (Aali 'Imran 3 : 87) Orang jahil lagi fasiq menghendaki Nabi s.a.w. sentiasa berkata yang manis-manis sedap didengar tanpa ada satu pun perkataan yang keras. Ariji! Bukalah mindamu dan pandanglah jauh hingga ke akhirat. Tinggalkanlah industri hiburan kegemaran kau tu. |
Dalam Hadis tersebut, tertuduh mengucapkan "Wahai Rasulullah berlaku adillah!"
Si tertuduh bukan menyeru agar Rasulullah berbuat maksiat, tetapi menyeru ke arah kebaikan cuma mungkin kedengaran janggal kerana nasihat itu ditujukan kepada seorang Rasul.
Maka saya menolak bahawa Rasulullah membalas ucapan tertuduh itu dengan ucapan sekeras "Celakalah engkau!" Kerana ia tidak menggambarkan akhlak seorang Rasul.
Mari kita perhatikan surah Ibrahim ayat24-25
[24]Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
[25]Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Mengucapkan "celakalah engkau!" sebagai balasan kepada ucapan "Wahai Rasulullah berlaku adillah!" bagi saya bukanlah satu kalimah yang baik.
Dalam erti lain, ia adalah diluar logik akal untuk dilakukan oleh Rasulullah malah bertentangan dgn ajaran drp al-Quran.
Suka saya mengambil dalil saudara Abangsheikh seperti berikut;
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Siapa yang membantahmu tentang kisah 'Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la'nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta .
(Aali 'Imran 3 : 61)
Mengucapkan kalimah "Berlaku adillah" bukanlah satu ucapan dusta. Ia adalah satu nasihat. Malah boleh dikategorikan sebagai kalimah yang baik.
Tentang isu industri hiburan itu pula, saya menegakkan agama Allah adalah kerana Allah, bukannya kerana industri hiburan.
Walahualam.
No comments:
Post a Comment