AbangSyeikh wrote: |
Dalam satu riwayat yang lain Zul khuwaisirah telah bersikap biadap dengan menuduh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tidak adil. Sedangkan sikap orang yang beriman ialah bersikap sopan santun terhadap Nabi s.a.w.. عَنْ اَبِيْ بَرْزَةَ اَنَّهُ قِيْلَ لَهُ : هَلْ سَمِعْتَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَى اللهُ عِلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُوْنَ الْخَوَارِجِ؟ فَقَالَ : نَعَمْ . سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاُذُنِيْ وَرَاَيْتُهُ بِعَيْنَيْ اُتِيَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَالٍ فَقَسَمَهُ فَاَعْطَى مَنْ عَنْ يَمِيْنِهِ وَمَنْ عَنْ شِمَالِهِ وَلَمْ يُعْطَ مَنْ وَرَاءَ هُ شَيْئًا فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ وَرَائِهِ فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ مَا عَدَلْتَ فِى الْقِسْمَةِ ، رَجُلٌ اَسْوَدُ مَطْمُوْمُ الشَّعْرِ عَلَيْهِ ثَوْبَانِ اَبْيَضَانِِ . فَغَضِبَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَضَبًا شَدِيْدًا وَقَالَ : وَاللهِ لاَ تَجِدُوْنَ بَعْدِي رَجُلاً هُوَ اَعْدَلُ مِنِّيْ ؟ . ثَمَّ قَالَ : يَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ كَاَنَّ هَذَا مِنْهُمْ يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ اْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ سِيْمَاهُمْ التَّحْلِيْقُ لاَيَزَالُوْنَ يَخْرُجُوْنَ حَتَّى يَخْرُجُ آخِرُهُمْ مَعَ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ ، فَاِذَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ هُمْ شَرُّ الْخَلْقِ وَالْخَلِيْقَةِ. “Dari Abu Barzah beliau ditanya: Apakah engkau mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Ya! Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda dengan telingaku dan melihat dengan mataku. Baginda datang dengan membawa harta, lalu baginda membahagi-bahagikannya. Maka baginda memberi kepada orang-orang yang berada di sebelah kanan dan kirinya dan tidak memberikan kapada orang-orang yang berada di belakang baginda sedikitpun. Berdirilah seorang yang berada di belakang baginda lantas berkata: Wahai Muhammad! Engkau tidak adil dalam pembahagian. Dia adalah seorang lelaki yang berkulit hitamdengan rambut yang dicukur gondol dan memakai dua baju putih. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam marah dengan kemarahan yang bersangatan, kemudian bersabda: Demi Allah! Kamu tidak akan mendapat seorang setelahku yang lebih adil daripadaku. Kemudian baginda bersabda lagi: Akan muncul pada akhir zaman suatu kaum seolah-olah ia dari mereka (orang-orang yang menentang kepimpinan Rasulullah). Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi tenggorokan mereka, terlepas dari Islam seperti terlepasnya anak panah dari busurnya, ciri-ciri mereka ialah bercukur gondol, mereka akan sentiasa bermunculan sehingga akan keluar orang yang terakhir bersama al-Masih ad-Dajjal. Jika kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka. Mereka seburuk-buruk makhluk dan ciptaan”. (Hadis Riwayat Ahmad No. 429 dan An-Nasai No. 4104) عَنْ اَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِيِّ قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهُوَ يَقْسِمُ قِسْمًا اَتَاهُ ذُوْ الْخُوَيْصِرَةِ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ تَمِيْمِ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِعْدِلْ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : وَيْلَكَ وَمَنْ يَعْدِلْ اِنْ لَمْ اَعْدِلْ؟ قَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ اِنْ لَمْ اَعْدِلُ ؟ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ! آئِذَنْ لِيْ فِيْهِ اَضْرِبُ عُنُقَهُ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعْهُ فَاِنَّ لَهُ اَصْحَابًا يَحْقِرُ اَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ ، وَصِيَامُهُ مَعَ صِيَامِهِمْ ، يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لاَيُجَاوِزُ تَرَاقِيُهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ. “Dari Abi Sa’id al-Khudri berkata: Ketika kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di suatu ketika beliau sedang membahagi-bahagikan beberapa pembahagian. Datanglah kepada baginda Zul Khuwaisirah dari Bani Tamim dan berkata: Wahai Rasulullah berlaku adillah! Baginda bersabda: Celaka engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil. Maka Umar al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk memenggal lehernya. Baginda bersabda: Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan salat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 3610, Muslim No. 1064 dan Ahmad No. 224) Orang-orang Khawarij dan pengikut fahaman ini kuat ibadahnya, banyak membaca al-Quran dan melakukan solat, tetapi mereka dimurkai Allah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda : يُخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ اُمَّتِيْ يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ لاَتَجَاوِزُ صَلاَتِهِمْ تَرَاقِيَهُمْ “Akan keluar satu kaum (Khawarij) dari umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”. (Hadis Riwayat Muslim No. 1066) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda : يُحْسِنُوْنَ الْقِيْلَ وَيَسِيْئُوِنَ الْفِعْلَ يَدْعُوْنَ اِلَى كِتَابِ اللهِ وَلَيْسُوْا مِنْهُ فِى شَيْىءٍ. “Membaguskan perkataan tetapi buruk perbuatannya. Mengajak kepada kitab Allah tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikitpun”. (Hadis Riwayat Ahmad No. 224) Ini sangat tepat terkena kepada golongan anti hadis. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda mengenai Khawarij : سَيَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ اَحْدَاثُ اْلاَسْنَانِ ، سُفَهَآءُ اْلاَحْلاَمِ ، يَقُوْلُوْنَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِّيَّةِ ، يَقْرَاُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ ، يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمَ مِنَ الرَّمِيَّةِ “Akan keluar pada akhir zaman satu kaum, umurnya masih muda, rosak pemikirannya, mereka berkata dari sebaik-baik perkataan makhluk. Membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka terkeluar dari agama seperti terkeluarnya anak panah dari busurnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 3611 dan Muslim No. 1066) Lagi sekali terkena tepat kepada golongan anti hadis. Rasulullah bersabda : يَقْتُلُوْنَ اَهْلَ اْلاِسْلاَمَ وَيَدُعُوْنَ اَهْلَ اْلاَوْثِانِ “Mereka (Khawarij) membunuh (memerangi) ahlul Islam, tetapi membiarkan para penyembah berhala” (Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 3644, Muslim No. 1064. Lihat : Sahih Al-Jami’ No. 2227, Nasiruddin Al-Albani.) Ibnu Qayyim mensifatkan golongan Khawarij : وَلَهُمْ نُصُوْصٌ قَصَّرُوْا فِى فَهْمِهَا فَاُتُوْا مِنَ التَّقْصِيْرِ فِى الًعِرْفَانِ “Mereka hafal nas-nas namun dangkal pemahamannya. Sehingga mereka diberi kekurangan dalam ilmunya”. |
Saya akan analisis artikel saudara tersebut di sini.
Saudara telah mengemukakan dua Hadis berkenaan satu peristiwa yang sama. Jelas di dalam kedua-dua Hadis tersebut ada persamaan dari segi plot dan ciri dialog namun ada juga percanggahan.
Antara persamaannya adalah seperti isu pembahagian makanan, persoalan ketidakadilan dalam pembahagian, konflik antara Rasulullah dan si tertuduh, sabda baginda tentang golong yang membaca al-Quran tetapi tidak melebihi tenggorokan/kerongkong mereka, juga tentang golongan yang terlepas dari Islam seperti terlepasnya anak panah dari busurnya.
Mari kita lihat ucapan si tertuduh dalam kedua2 Hadis tersebut.
Hadis riwayat Abu Barzah Abi Sa’id al-Khudri
Wahai Muhammad! Engkau tidak adil dalam pembahagian.
Hadis riwayat Abi Sa’id al-Khudri
Wahai Rasulullah berlaku adillah!
Nah, inilah yang saya maksudkan dlm isu salah faham dan isu hadis bersifat khabar angin sebelum ini.
Bukankah jelas tentang sifat khabar angin itu? Maka antara kedua-dua periwayat Hadis itu sendiri ada percanggahan yang wujud.
Kemudian, bagaimanakah pula kesahihan kedua-dua hadis tersebut tidak boleh dipersoal? Sedangkan kedua-duanya sendiri saling bercanggah dari segi fakta.
Apabila Hadis itu dikatakan Sahih, dari segi mana Sahihnya itu? Adakah Sahih secara mutlak sehingga tidak boleh dipersoalkan faktanya?
Maka inilah yang saya maksudkan bahawa Hadis itu bersifat khabar angin, dan ada kemungkinan berlakunya salah faham. Mereka yakni para sahabat, adalah manusia biasa seperti kita yang ada kelemahan masing-masing.
Kedua-dua periwayat Hadis tersebut berada di tempat kejadian ketika Rasulullah membahagikan makanan. Namun, mungkin akibat salah faham atau kelemahan dari segi kemahiran mendengar, gangguan komunikasi dan sebagainya, maka fakta sebenar telah menjadi kabur.
Maka aspek beginilah yang memecahkan umat Islam kepada mazhab-mazhab. Bertambah bahaya apabila daripada kesalahfahaman itu dijadikan hukum agama yang salah sehingga mengakibatkan kezaliman seperti pembunuhan dan sebagainya.
Mari kita lihat respon Rasulullah daripada kritikan si tertuduh tersebut.
Hadis riwayat Abu Barzah Abi Sa’id al-Khudri
"Demi Allah! Kamu tidak akan mendapat seorang setelahku yang lebih adil daripadaku."
Hadis riwayat Abi Sa’id al-Khudri
"Celaka engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil."
Kedua-dua respon ini mempunyai persamaan, iaitu dari segi aspek menyanggah kritikan si tertuduh. Tetapi juga jelas terdapat perbezaan yang ketara dari sudut yang lain.
Respon Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Abi Sa’id al-Khudri lebih menunjukkan sifat kesabaran.
Manakala respon baginda yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri lebih menunjukkan sifat kemarahan.
Persoalannya, adakah Rasulullah telah bersabda "celakalah engkau!" atau tidak?
Jika kita perhatikan kedua-dua Hadis tersebut, Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Abi Sa’id al-Khudri mempunyai satu fatwa berbanding Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri.
Iaitu hukuman bunuh terhadap golongan tertentu.
Ya, isu sebeginilah yang MUNGKIN membawa kepada pengeboman Bali dan pengeboman berani mati. Golongan ini membunuh orang lain kononnya atas nama agama, berdasarkan dalil-dalil tertentu.
Wallahualam.
1 comment:
aku bukan terorist, aku juga sangat membenci terorist, karena perbuatannya pada hakekatnya merusak islam..tapi aku juga gak suka orang yang menilai hadist tanpa didasari ilmu hadist..seperti bagaimana menilai sanad, matan. barulah seseorang itu berhak mengatakan hadist itu shohih atau dhoif
meskipun tulisan mas pada hakekatnya adalah sebuah pendapat yang berdasarkan logika berpikir, kalo ada 10 orang dalam menilai hadist berdasarkan logika berpikir, maka ada 10 pendapat pula, ada 100 maka ada 100 pula bayangkan jika semua muslim berpendapat dengan logikanya maka ada milyaran perndapat pula akibatnya juga ada milyaran aliran islam
kesimpulannya pentingnya merujuk ke "ulama yang benar2 ulama" agar kita tidak menyimpang..
Post a Comment