Tuesday, 22 December 2009

Nabi Muhammad Dan Al-Quran

Orang seperti Abangsheikh yang taksub kepada Hadis-hadis tertentu menentang saya apabila saya menggunakan al-Quran sebagai hakim terhadap Hadis-hadis.

Bagaimanakah untuk menghapuskan Honor Killing jika terus terus taksub dan degil kepada Hadis-hadis tertentu? Mari perhatikan dialog yang saya reka di bawah;

Ariji: Wahai Abangsheikh, kenapa saudara sanggup membunuh kakak kandung sendiri kerana semata-mata dia telah keluar rumah dengan memakai pakaian seksi tempoh hari?

Abangsheikh: Itu termaktub dalam Hadis Sahih. Hadis Sahih itu perintah daripada Rasulullah. Aku wajib menunaikannya!

Ariji: Tapi Hadis tersebut bertentangan dengan al-Quran.

Abangsheikh: Kau dengan sahabat Nabi mana yang lebih arif tentang al-Quran? Kau menghina sahabat Nabi. Celaka kau!

Persoalannya, jika Hadis Sahih itu wajib dituruti perintahnya, kenapa para ulama sendiri memilih-milih Hadis Sahih mana yang mahu ditaati?

Atau para ulama masing-masing menggunakan kaedah 'tepuk dada tanya selera' dalam menentukan Hadis Sahih mana yang menjadi pilihan?

Perbuatan seperti Honor Killing bukan mudah untuk dilakukan melainkan jika seseorang percaya bahawa apa yang dia lakukan adalah perintah daripada Tuhan. Maka berapa banyakkah lagi nyawa yang perlu dikorbankan semata-mata bagi mempertahankan keegoan masing-masing?

Hakikatnya, Nabi Muhammad sendiri diperintahkan oleh Allah agar menggunakan al-Quran sebagai panduan untuk menghakimi manusia. Surah An Nisa' ayat 105;

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Dalam ayat tersebut, siapakah pengkhianat itu? Orang yang menentang Honor Killing seperti saya atau orang yang melakukan perbuatan Honor Killing tersebut?

Wallahualam.

1 comment:

AmirMursyid said...

salam,

comment saya yg kat atas refer kepada artikel ini