Agak sukar untuk meyakinkan puak Kristian bahawa Kitab Bible mereka itu bukan yang asal. Kerana kita sedia maklum bahawa Kitab Bible itu pernah ada yang asalnya. Maka untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengemukakan percanggahan di dalam Kitab Bible itu sendiri. Kerana telinga mereka 'pekak' untuk mendengar ajaran Kitab al-Quran.
Namun ada diantara mereka yang tetap berdegil. Apakah bezanya mereka yang berdegil itu dengan pengikut Kitab Hadis yang degil? Apakah pengikut Kitab Hadis tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa Kitab Hadis mereka itu saling bercanggah antara satu sama lain?
Mereka lebih rela mentaati Kitab Hadis, berbanding Kitab Al-Quran. Sebagaimana puak Kristian lebih rela mentaati Kitab Perjanjian Baru berbanding Kitab al-Quran?
Mereka mentaati Kitab Hadis sehingga sanggup melakukan Honor Killing, mengebom masjid puak mazhab yang lain, menjatuhkan hukuman rejam sampai mati di atas kesalahan zina, menjatuhkan hukuman bunuh di atas kesalahan murtad dan sebagainya dimana semua itu bertentangan dengan Kitab Al-Quran. Tunjukkan saya dalil dalam Kitab al-Quran yang menghalalkan pengeboman Bali, jika ada.
Mereka menyalahgunakan perintah mentaati Rasul dalam Kitab al-Quran secara sedar atau tidak, seterusnya mendapat 'lesen' untuk melakukan kemungkaran. Padahal, tidak mungkin perintah Rasul itu bertentangan dengan Kitab al-Quran.
Maka mulalah mereka melabelkan saya sebagai 'anti hadis'? Apabila pihak Jepun mengkritik sejarah pengeboman Hiroshima yang ditulis oleh pihak Barat, maka pihak Barat melabelkan pihak Jepun sebagai 'anti sejarah'?
Padahal sejarah yang ditulis oleh tangan manusia itu sendiri bercanggah antara satu sama lain.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment