AbangSyeikh wrote: |
Inilah bahayanya orang yang hanya bergantung kepada terjemahan Al-Quran sahaja dan kemudian mentafsirkannya ikut sedap kepada otaknya sahaja. Mereka golongan anti hadis dan khawarij moden merasa pandai dengan hanya merujuk kepada Al-Quran tanpa merujuk kepada As-Sunnah. Golongan anti-hadis dan khawarij moden itu mahukan akhlaq Nabi Muhammad s.a.w. ikut acuan logika akal mereka. Mereka mahukan Nabi s.a.w. ikut mereka bukannya mereka ikut hadis Nabi s.a.w. yang sahih. Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 25 أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan كَلِمَةً طَيِّبَةً (kalimat yang baik) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, Berdasrkan tafsir Ibnu Kathir, perkataan كَلِمَةً طَيِّبَةً bermakna kalimah syahadah yaitu لا اله الا الله كَلِمَةً طَيِّبَةً bukannya bermakna sebarangan kalimah yang baik seperti yang difahamkan oleh orang yang engkar hadis mengenai Zul Khuwaisirah itu. |
Ya, saudara berhak untuk memilih samada ingin mengikut tafsir Ibnu Kathir, atau tafsir mana2 ulama. Terpulanglah. Begitu juga dengan saya.
Jika begitu tafsir Ibn Kathir, maka dengan ini saya menolak tafsir beliau yang bahawasanya perkataan yang baik itu merujuk kepada kalimah syahadah semata-mata.
Al-Israa' ayat 36
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
No comments:
Post a Comment