Saturday, 12 December 2009

Sunnah Rasulullah, Ilmu Hadis, Dan Kalimah Yang Buruk

AbangSyeikh wrote:
Islam yang sebenar ialah yang tepat seperti apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran dan As-Sunnah dari bahasa Arab yang asli, bukannya Islam yang bergantung sepenuhnya kepada terjemahan Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan lain perkataan kita perlu ada satu standard piawai Islam yaitu Al-Quran dan As-Sunnah dalam bahasa Arab.

Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah ikut fahaman Rasulullah s.a.w.a., kerana Al-Quran itu diturunkan oleh Allah melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Oleh itu bagindalah orang yang paling faham akan Al-Quran. Mana munkin Kasim Ahmad dan rakan-rakan sesesatnya itu yang lebih faham. Mana munkin Zul Khuwaisirah dan golongan Khawarij yang lebih faham. Kefahaman Rasulullah s.a.w. akan Al-Quran itu dizahirkan dengan Sunnah baginda. Tetapi orang-orang yang bodoh berlagak pandai menganggap sunnah Nabi s.a.w. yang tak sesuai dengan logik akalnya sebagai bukan sunnah Nabi.


Selepas itu Al-Quran dan As-Sunnah mestilah ikut fahaman sahabat-sahabat Nabi s.a.w., kerana merekalah yang menyaksikan Nabi Muhammad s.a.w. dan mendapat tarbiah langsung dari Baginda s.a.w. Yang dikatakan sahabat Nabi dalam perbincangan ini ialah orang yang berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan beriman dengannya dan beramal dengan amal yang solih. Oleh itu orang munafiq walaupun pernah berjumpa dengan Nabi s.a.w., mereka tak termasuk dalam kategori golongan yang patut dicontohi, begitu juga dengan Zul Khuwaisirah dan Khawarij. Tetapi di zaman ini ada orang yang merasa lebih pandai dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Sumber rujukan kita ialah Kitab Al-Quran dan Hadis yang sahih dan hadis hasan. Hadis yang sahih dan hasan wajib kita terima dengan fahaman yang sahih.

Sekiranya kita dapati ada pertentangan antara hadis dan Al-Quran, maka kita perlu lihat teks Al-Quran dan teks hadis itu dengan cermat. Setelah dicermati maka tiadalah ada apa-apa pertentangan antara keduanya, inilah yang biasa kita dapati seperti contoh dalam kes hukuman terhadap pesalah zina dan pesalah zina yang muhsan. Nanti aku huraikan lebih lanjut, insyaAllah. Dalam kuliah pengajian Islam ada matapelajaran Usul Al-Fiqh. Dalam Usul Al-Fiqh ada dibincangkan mengenai apa yang dikatakan pertentangan antara teks hadis dan Al-Quran dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Nanti aku akan cuba huraikan secara ringkas, insyaAllah.

Adakalanya kita nampak dua buah hadis (yang menceritakan peristiwa atau persoalan yang sama) kelihatan seperti berlawanan, tetapi apabila dicermati, ia tidak berlawanan. Orang yang tidak cermat dan terburu-buru nak mencari kesalahan hadis akan segera mengwar-warkan bahawa dua buah hadis itu sebagai berlawanan, sedangkan akalnya dan intelektualnya adalah sempit untuk memahami dua buah hadis yang sengaja aku bawakan itu semalam.

Sekian untuk pertanyaan ibnuyusof.


Nampaknya Abangsheikh selama ini agak liar melabelkan saya dengan pelbagai gelaran.

Di sini saya cuba kumpulkan gelaran-gelaran tersebut, adalah seperti berikut;

1)orang yang sangat bodoh lagi jahil

2)melalui jalan yang sesat lagi menyesatkan

3)cuba hendak menipu orang ramai

4)menipu diri sendiri

5)terima perkataan Si Kafir Kasim Ahmad

6)jahil murakab goblok

7)cuba nak tunjuk pandai

8)perkataan bodoh yang keluar dari mulut

9)melakukan kesalahan yang sangat besar

10)jahil murakkab

11)cuba untuk tunjuk lebih pandai dan lebih bagus dari sahabat-sahabat nabi s.a.w

12)menolak hadis berdasarkan sangkaan dan perasaan sahaja tanpa berdasarkan ilmu

13)orang yang bodoh lagi jahat lagi fasiq

14)Dia sangat cintakan dunia ini

15)dia sangat cintakan industri hiburan nyanyian dan perfileman yang telah diceburinya itu

16)menentang Nabi s.a.w

17)menentang ayat-ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya taat kepada Ar-Rasul

18)bergantung kepada terjemahan Al-Quran sahaja dan kemudian mentafsirkannya ikut sedap kepada otaknya sahaja

19)mahukan akhlaq Nabi Muhammad s.a.w. ikut acuan logika akal dia

20)mahukan Nabi s.a.w. ikut dia bukannya dia ikut hadis Nabi s.a.w. yang sahih

21)orang yang bodoh berlagak pandai

22)akalnya dan intelektualnya adalah sempit

Adakah ini sikap seorang 'Sheikh'? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Mungkin 'Sheikh' ini sedang mengamalkan ilmu Hadis yang dia maksudkan itu.

Kes ini mengingatkan pengalaman saya ketika berdialog dengan puak kafir tentang agama. Mereka cepat melatah dan mudah melabelkan saya dengan pelbagai gelaran negatif.

Maka marilah kita renungkan Surah Ibrahim ayat 26

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.

Tentang isu sunnah Rasulullah itu, saya tidak menolak sunnah Rasulullah. Cuma dalam konflik ini, kita berbeza pendapat tentang Sunnah Rasulullah yang sebenar.



Wallahualam.

No comments: