AbangSyeikh wrote: |
Berikut aku cuba untuk bawa keterangan bahawa apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hukum rejam ke atas pesalah zina muhsan adalah sah beritanya dari baginda s.a.w. dan bukannya satu perbuatan yang bertentangan dengan Al-Quran. Mereka yang merasa pandai tanpa belajar ulum al-Quran pantas menghukum sesat ke atas orang yang menjalankan hukum rejam ke atas pesalah zina muhsan. Mereka jaja ke sana sini kebodohan mereka sedangkan mereka menyangka mereka sudah bijak. Lihatlah apa yang dibuat oleh Ariji, tak sudah-sudah dibawanya ayat 2 dari surah An-Nur itu untuk menegakkan benang basahnya. Untuk mendapat petunjuk kita hendaklah mengambil Al-Quran keseluruhannya, bukan ambil sebahagian dan tinggalkan atau ingkar sebahagian. Ayat yang suruh taat kepada Ar-Rasul dan supaya rujuk kepada Ar-Rasul tidak berani diulas oleh Ariji dan golongan yang sepertinya. Rasulullah s.a.w. adalah yang paling faham tentang ayat 2 dari surah An-Nur itu. Selepas itu para sahabat-sahabat bagindalah yang paling faham. Sangat amat tidak msanasabah dan zalim sekiranya dikatakan golongan InkarusSunnah dan si Ariji yang paling faham lantas mengingkar hukuman rejam itu. Baiklah tanpa buang masa, berikut hujjah-hujjahnya : (1) Atsar Yang Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas : Ibnu Abbas berkata : Ketika kami tiba di Madinah pada akhir bulan Zu Al-Hijjah, dan tiba hari Jumaat, kami cepat-cepat pergi ke masjid begitu matahari tenggelam, dan aku melihat Said bin Zaid bin Amru bin Nufail duduk di pojok dekat mimbar, dan aku pun duduk dekat dengannya hingga lututku menyentuh lututnya, dan setelah beberapa saat hingga Umar bin Al-Khattab keluar dan aku melihat dia menghampiri kami, aku berkata kepada Said bin Zaid bin Amru bin Nufail, "Hari ini Umar akan mengatakan sesuatu yang belum pernah dikatakannya sejak dia terpilih menjadi Khalifah". Said membantah pernyataanku dengan terkejut dan berkata, "Apa yang kau harap akan dikatakan Umar yang belum pernah dikatakannya sebelumnya?" Sementara itu, Umar duduk di mimbar dan ketika pemanggil solat telah menyelesaikan panggilan mereka Umar berdiri, dan setelah memuji Allah sepantasnya, dia berkata, "Sekarang aku akan memberitahu kalian sesuatu yang (Allah) tulis untuk aku katakan. Aku tidak tahu, mungkin ini mengisyaratkan kematianku, jadi siapapun yang mengerti dan mengingatnya harus meriwayatkannya kepada orang lain ke mana pun mulutnya pergi; tetapi jika seseorang takut dia tidak mengerti, maka tidak sah baginya untuk berbohong mengenai aku. Allah mengirim Kebenaran kepada Muhammad dan menurunkan Buku Suci padanya, dan di antara apa yang diwahyukan Allah, ada ayat tentang Rejam (melempari batu kepada orang yang telah menikah yang melakukan hubungan zina) dan kami membaca ayat ini dan mengerti dan menghafalkannya. Rasulullah telah menghukum rejam dan kami juga melakukannya setelah dia. Aku takut setelah waktu yang lama berlalu, seseorang akan berkata : "Demi Allah, kami tidak menemukan ayat Rejam dalam buku Allah" dan kerana itu kita akan tersesat dengan meninggalkan kewajiban yang telah diwahyukan Allah. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam Sahihnya hadis No 816) (2) Atsar Yang Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas : Umar berkata, "Saya khuatir bahawa setelah waktu yang lama berlalu, orang-orang akan mengatakan, "Kita tidak menemukan ayat-ayat Rejam (lempar batu sampai mati) di Kitab Suci," dan akibatnya mereka bisa menjadi tanpa arah dengan meninggalkan kewajiban yang telah Allah wahyukan. Lihatlah! Saya mengsahkan bahwa hukuman rejam dikenakan padanya yang melakukan penzinaan, jika dia telah menikah dan kejahatannya dibuktikan oleh saksi-saksi atau kehamilan atau pengakuan". Sufyan menambahkan, "Saya telah menghafal riwayat ini begini." Umar menambahkan, "Tentulah Rasulullah menerapkan hukuman rejam, dan demikian juga kami setelah dia". NASIKH-MANSUKH AL-QURAN Ilmu ‘Nasikh dan Mansukh’ adalah antara 15 ilmu yang perlu dimiliki oleh ulamak tafsir. Ayat rejam seperti yang disebutkan dalam hadis di atas adalah ayat yang dinasakhkan tapi hukumnya masih kekal. Umar sebagai sahabat utama lebih mengetahui mengenai nasikh dan mansukh daripada Ariji. Sejarah telah buktikan bahawa tiada seorang sahabat pun yang menentang atau membangkang Umar dalam perkara ini. Apabila tiada seorang pun sahabat yang membangkang tindakan Umar dalam hal rejam ini, bermakna ada ijmak sahabat. Ijmak sahabat bermakna suatu tindakan berdasarkan ijmak itu adalah berdasarkan sunnah Nabi s.a.w., bukannya pandangan dan perbuatan seorang sahabat sahaja. Kemudian setelah Umar iaitu di zaman Khalifah Uthman urusan ‘nasikh dan mansukh’ ini adalah diputuskan oleh Panitia Pentashih dan Pengumpul Musyhaf. Panitia ini diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan Ubai bin Ka’ab r.a. Sudah tentulah urusan ‘nasikh dan mansukh’ ini berdasarkan apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini adalah orang yang adil dan amanah dan mereka tidak sewenang-wenangnya mengubah Al-Quran. Kepada Ariji, jangan pula kau menuduh mereka itu menipu atau tersilap sehingga keputusan mereka tidak boleh dipakai. Jangan sekali-kali lancang dengan menjatuhkan kredibiliti sahabat seperti yang kau buat sebelum ini. Mengikut As-Suyuti (dalam Itqan fi Ulumil Quran : 2 : 24-25) ayat yang dimansukhkan bacaannya ialah (terjemahannya) : “lelaki tua dan perempuan tua apabila berzina, maka rejamlah kedua-duanya sekali sebagai balasan dari Allah”. Mengikut As-Suyuti lagi, hikmah ayat ini dinasikhkan ialah menguji tahap ketaatan umat terhadap suatu ketetapan hukum yang hanya berdasarkan khabar sahaja. Ini juga yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. yang bertindak melakukan sembelihan ke atas anaknya kerana berdasarkan dugaan semata (mimpi). RIWAYAT REJAM Kewujudan ayat rejam ini disahkan oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. dari riwayat Ibnu Abbas r.a. (rujuk Nailul Autor, Jilid 7/254) Kaum yang pertama menolak hukum rejam ke atas penzina muhsan (sudah berkahwin) ialah Kaum Khawarij. Awas kaum neo khawarij, jangan jadi sepeeti mereka itu. Manakala AhlusSunnah wal Jamaah tetap beriman dan melaksanakan hukum ini berdasarkan hadis-hadis yang sahih lagi mutawaatir serta perbuatan Rasulullah s.a.w. yang melakukan hukum ini di masa baginda (rujuk Nail Al-Autor, Jilid 7/249), zaman khalifah Ar-Rasyidin dan zaman Umawi dan Abbasiyyah). Ulamak selain dari Golongan Khawarij, telah pun bersepakat menyatakan bahawa hukuman hudud bagi orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan jenayah zina ialah direjam sampai mati. Ini bersandarkan kepada dalil-dalil yang mutawaatir, ijmak umat Islam dan kesesuaiannya menurut logika akal. (Al-Mabsut (9/37), Mughni al-Muhtaj (4/146), Fath Al-Qadir (4/121), Al-Muntaqa ‘ala Al-Muwatto’ (7/132), Nail Al-Autor (7/86), Al-Qawanin al-Fiqhiyyah (m.s. 354). Terdapat beberapa hadis berkenaan hukuman rejam bagi pesalah zina muhsan : 1) Daripada Abdullah Bin Masud r.a. dia berkata, Baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Tidaklah halal darah seseorang muslim yang menjadi saksi bahawa Tidak ada sama sekali Ilaah yang layak disembah melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah melainkan dengan melakukan salah-satu daripada tiga jenis kesalahan ini : (1) Orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan zina, (2) Orang yang membunuh orang lain, dan (3) Orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang meninggalkan jamaahnya (umat Islam) (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) 2) Dari Sulaiman Bin Buraidah, dari bapanya yang telah berkata : “Maiz Bin Malik pernah datang menemui Baginda Nabi s.a.w., maka dia berkata : “Wahai Utusan Allah, sucikanlah diri saya”. Jawab Baginda s.a.w. : “Kesiannya engkau, pergilah balik dan mohon ampunlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadanya”, lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu dia datang kembali menemui Baginda Nabi s.a.w. dengan mengatakan hal yang sama seperti tadi. Peristiwa ini berulang sehinggalah apabila sampai kali keempat, Baginda Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepadanya : “Apakah yang boleh aku tolong untuk mensucikan dirimu?”, jawab Maiz : “Sucikanlah diriku daripada dosa zina”, maka Baginda Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada orang lain : “Adakah Maiz ini ada penyakit gila?”, maka diberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa Maiz bukanlah seorang yang gila. Baginda Rasulullah s.a.w. pun bertanya lagi (kepada para sahabat r.a.) : “Adakah Maiz ini peminum arak?”. Maka bangunlah seorang lelaki lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati ada sebarang bau arak padanya . Lalu Baginda Rasulullah s.a.w. pun bertanya lagi : “Wahai Maiz!, adakah engkau benar-benar telah berzina?”, maka Maiz pun menjawab : “Ya”, maka Baginda Rasulullah s.a.w. pun memerintahkan agar Maiz dibawa untuk dijatuhi hukuman rejam. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Ya’la, Al-Bazzar dan At-Tobrani) Perhatian! Hadis mengenai Maiz r.a. di atas adalah hadis yang mutawaatir (sesuatu khabar yang diriwayatkan oleh majoriti para sahabat r.a. dan merupakan khabar yang tidak dapat dimungkiri lagi) . (Sila rujuk : Jami’ Al-Usul (4/279), Nail Al-Autor (7/95 & 109), Majma’ Az-Zawaid (6/266), Nasbur Rayah (3/314), Subul As-Salam (4/6), At-Talkhis Al-Habir (m.s. 350) , An-Nuzum Al-Mutanastir minal Hadis al-Mutawaatir [m.s. 18] MUTAWAATIR Bererti : “Satu khabar yang diriwayatkan oleh sekumpulan ramai manusia kepada sekumpulan manusia yang ramai, yang mana ramainya mereka yang meriwayatkan berita itu menyebabkan mustahil ianya dianggap sebagai satu berita yang dusta dan palsu”. Orang yang menentang hadis yang mutawaatir sama seperti menentang Al-Quran, mereka telah berdosa dan layak dihukum sebagai orang murtad. Al-Quran adalah bersifat “Qot’iyyah ats-Tsubut“ sebab ia memang muktamad bersumber dari Allah S.A.W. tanpa ragu-ragu lagi . Al-Hadis apabila telah diselidik ianya benar-benar sah bersumber dari Rasulullah s.a.w., maka ia juga adalah “Qot’iyyah ats-Tsubut“ kerana ia telah diyakini bersumber dari Rasulullah s.a.w. Hadis sahih yang disebut di atas itu pula bersifat mutawaatir, maka ia paling layak disebut sebagai “Qot’iyyah ats-Tsubut“. Orang-orang yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah (yang telah dipastikan ianya adalah sah, muktamad dan qot’i, apatah lagi yang mutawaatir) bermakna dia telah menentang sesuatu yang telah diyakini datang daripada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w. Dan orang-orang yang menentang Allah S.A.W. dan RasulNya s.a.w. tidak syak lagi menjadi seorang yang murtad. KESIMPULAN Hukum rejam ke atas pesalah zina muhsan adalah dari ajaran Islam tanpa ragu lagi. Golongan yang menentang hukuman rejam itu telah tersalah cara dan tersalah faham dalam mengambil dalil Al-Quran. Mereka sebenarnya adalah penentang sunnah Nabi s.a.w. yang jahil murakkab. Mereka yang menentang hukuman rejam ke atas pesalah zina muhsan itu adalah : 1) Jahil mengenai ULUM AL-QURAN. 2) Jahil mengenai ULUM AL-HADIS. 3) Jahil mengenai USUL AL-FIQH. Sekian. Wallahu a’lam. |
Jika saya berdialog dengan puak Syiah 'tegar' sekalipun, mereka juga dijangka akan mengeluarkan dalil LUAR daripada al-Quran dengan panjang lebarnya dengan harapan dapat memberi 'lesen' untuk katakan TIDAK kepada taqwa terhadap ayat ayat tertentu dalam al-Quran, atau meng'ANAKTIRI'kan ayat-ayat tertentu.
Ini adalah sindrom yang KURANG ELOK.
Hakikatnya, puak kafir pun ada sindrom sebegini. Macam2 alasan mereka untuk meng'anaktiri'kan al-Quran.
Dengan harapan mereka dapat meng'halal'kan zina, mencuri, menipu dan sebagainya.
Dalam kes ini kita berdialog tentang hukuman zina.
Cuba bayangkan kalau ayat-ayat lain di'anaktiri'kan.
Seperti ayat tentang akidah, tauhid;
Sbg contoh; dalam kes meng'anaktiri'kan surah alfatihah ayat 6;
Selepas di'anaktiri'kan, maka versi baru tafsir ayat tersebut menjadi;
Pandukanlah kami ke jalan yang BENGKOK.
Maka saudara akan menuju ke jalan yang bengkok apabila mengikut tafsir tersebut.
Kalau dah masing2 'degil' dengan Hadis masing2, maka persoalan khilaf akan terus kronik mungkin untuk beberapa ratus tahun lagi atau mungkin sampai kiamat.
Apakah mereka tidak bersekolah agama seperti saudara Abangsheikh atau saya?
Atau adakah mereka tidak mempunyai kelulusan PhD? Master?
Atau adakah janggut mereka kurang lebat daripada puak Sunni?
Atau mereka 'bodoh' (perkataan favorite saudara Abangsheikh)?
Adakah kebenaran itu bergantung kepada di mana saudara lahir? Membesar? Atau bergantung kepada silibus pelajaran? Bergantung kepada sekolah agama mana yang kita belajar? Mazhab mana yang kita pegang?
Bergantung kepada ulama mana yang saudara ikut?
Kebenaran adalah LEBIH daripada itu.
Suka saya mengambil pendapat seorang 'pengembara' seperti saya.
Beliau mengatakan bahawa kebenaran itu diumpamakan seperti berikut;
1+2= kebenaran
Masing2 mendakwa membawa kebenaran masing2, tak kira lah ulama mana atau penganut agama mana.
Hakikatnya, jika
1+2=3.0001
atau
1+2=2.9999
Maka jawapan itu KURANG TEPAT.
Apakah yang menjadi HAKIM terhadap semua itu kalau bukan ALLAH?
Apakah hadis-hadis itu ayat-ayat Allah atau ayat-ayat makhluk?
Persoalan dalam kes ini adalah persoalan 'FAITH'.
FAITH saya terhadap al-Quran dan FAITH saudara Abangsheikh terhadap al-Quran.
Dan saudara Abangsheikh perlu ingat bahawa, ini bukan soal antara saudara dengan saya semata-mata, tapi juga antara saudara dgn Allah.
AbangSyeikh wrote: | ||
Ulamak telah beri peringatan mengenai golongan anti hadis iaitu mereka suka bawakan terjemahan Al-Quran sahaja. Ulamak telah ingatkan supaya kita periksa ayat Al-Quran yang asli supaya tiada penipuan dari Golongan Anti hadis itu. Satu daripada salah terjemahan ayat Al-Quran yang dapat aku kesan yang membawa makna yang bertentangan dengan makna asal ialah seperti apa yang Ariji tuliskan dalam thread ini. Kerana salahnya terjemahan itu dia telah buat kesimpulan yang salah pula dalam perkara yang dibincangkan, oleh itu kepada semua forumer, berhati-hatilah. Berikut buktinya : Sila lihat mukasurat 4 thread ini, posting ke 13, Posting dia itu kali terakhir di edit pada : Last edited by Ariji on Tue Dec 01, 2009 2:02 am; edited 2 times in total
Perhatikan teks asal ayat Al-Quran itu وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ Dan (ingatlah) tidaklah Kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main. Ayat وَمَا خَلَقْنَا telah diterjemahkan oleh Ariji sebagai Dan (ingatlah) kami menjadikan sedangkan yang sepatutnya diterjemahkan sebagai Dan (ingatlah) tidaklah Kami menjadikan |
Dalil yang ada 'error' itu diambil daripada web page berikut;
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_hujah_view.asp?KeyIDv=1411
Saya mengaku saya terlepas pandang tentang keciciran perkataan 'tidak' tersebut.
Malah, error yang terdapat dalam web page itu lebih banyak sebelum saya perbaiki.
Berikut adalah antara petikan yang mengandungi error tersebut;
Firman Allah di dalam Surah al-Anbia’ ayat 16-17
Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu ntuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, kami tidak melakukannya (17)
Istinbat dari ayat di atas:
Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua perkara: i-mainan dan ii- kegembiraan (lahwu). Kefua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami dari gaya ayat).
Untuk makluman, web page itu dikendalikan oleh pihak KERAJAAN MALAYSIA.
Manakala isu 'edit' itu satunya yang saya ingat adalah saya 'edit' seperti berikut;
Di bawah ini saya tertinggal huruf 'I' pada awal ayat, kerana kesilapan ketika 'copy'.
Quote: |
n Islam, the Koran is above over any books including hadiths. |
setelah di'edit' maka menjadi
Quote: |
In Islam, the Koran is above over any books including hadiths. |
isu 'edit' kali kedua itu saya dah kurg ingat. Saya rasa penerangan di atas sudah memadai.
AbangSyeikh wrote: |
Nampaknya dia telah buangkan perkataan "tidak" dalam terjemahan itu, ini suatu pengkhianatan dan penipuan. Banyak hari dulu aku dah ingatkan akan adanya kesalahan terjemahan oleh Ariji itu tapi dia tidak periksa dan betulkannya. |
Maka dengan penerangan saya di atas, dapat menangkis tuduhan saudara bahawa saya cuba mengkhianati atau menipu.
Oleh kerana saudara Abangsheikh sering melabelkan saya sebagai 'bodoh' dan sebagainya, maka ayat berikut sebagai peringatan; surah al-hujuraat ayat 11;
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain, harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan, sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment