Friday, 4 December 2009

Al Quran, Hadis, Zina dan Muzik

AbangSyeikh wrote:
Sekali_Sekala wrote:
Dan dari pandangan mata zahir ana, tidak ada satu hadispon yg diperturunkan ditopik kita ni... samada oleh ana atau oleh sdr AbangSyeikh yg boleh diragukan kesahihannya. Atau boleh tak sdr Ariji tunjukkan hadis yg diragui di sini?


Ariji, beritahu kami, di mana salahnya hadis yang kami bawa, bagaimana salahnya. Ingat, hujjah anda mesti ikut disiplin ilmu hadis, bukan main agak-agak ikut perasan kepala otak awak sendiri.

Ulamak hadis dari AhlusSunnah sendiri telah menkritik hadis-hadis, oleh itu keluarlah dari hasil kajian ilmiah mereka banyak hadis dha'if dan palsu dari kitab-kitab hadis. Langkah pertama ahli hadis periksa ialah sanad hadis, akan diperiksa setiap satu rawi hadis. Sekiranya terdapat rawi yang dha'if maka mereka akan beri penilaian kepada hadis itu berdasarkan penilaian rawi ini. Adakalanya mereka telah tersilap membuat penilaian, maka akan ada rakan-rakan ulamak hadis yang lain akan membetulkannya dengan disiplin ilimu hadis juga. Ulamak hadis pun manusia seperti kita juga yaitu membuat silap, tetapi mereka adalah orang yang berilmu dan berkelayakan untuk menilai hadis, bukannya orang yang BUTA ILMU HADIS yang nak tunjuk hebat dan pandai sehingga tidak mahu menggunakan hadis dalam berhujjah.

Aku sangat percaya, Ariji tidak pernah mengaji ilmu hadis, dia menolak hadis berdasarkan sangkaan dan perasaan sahaja tanpa berdasarkan ilmu.


Tengahmalam tadi komputer aku 'hang' dan terpaksa aku restart balik komputer. Nota aku mengenai dalil haram muzik dan nyanyi tak sempat nak di save-kan kira-kira 10%, oleh itu terpaksalah aku buat balik nota itu. Tengahmalam ini (insyaAllah) akan aku terangkan di mana silap terjemahan Al-Quran yang Ariji bawak tu (ada satu ayat). Bila dah silap terjemah maka sudah pasti dia akan salah memahaminya. Memang terjemahan Ariji itu sangat salah. Itulah akibatnya orang yang bergantung sepenuhnya kepada terjemahan Al-Quran, tidak mampu dia melihat Al-Quran yang asli dalam bahasa Arab.

Al israa' ayat 36
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Berdasarkan ayat di atas, setiap hadis yang saya jumpai maka antara langkah pertama adalah saya bersikap neutral terhadapnya.

Kemudian saya tapis dengan pendekatan al-Quran untuk melihat sejauh mana kebenarannya.

adapun hadis itu sendiri bersifat 'khabar angin'.

Malah jika seseorang memberi maklumat yang salah ini tidak bermakna semestinya dia seorang penipu, kerana mungkin berlakunya salah faham dan juga akibat kelemahan dari segi kemahiran melihat, mentafsir, mendengar dan sebagainya.

Andaikata seseorang itu buta warna, dimana warna biru yang dilihatnya kelihatan berwarna hijau.

Apabila dia melihat seseorang memakai baju biru kemudian dia berkata

'budak itu memakai baju warna hijau'

Maka si buta warna itu bukan seorang penipu tetapi hakikatnya maklumat yang dia sampaikan itu adalah salah.

Dan perkara sebegini boleh terjadi dalam hadis-hadis.

Adapun di dalam al-Quran lebih menekankan tentang akhlak nabi Muhammad berbanding sifat fizikalnya, maka siapakah kita hendak mewajibkan sesuatu berdasarkan sifat fizikal nabi Muhammad?

Maka dalam hal ini saya berpendapat bahawa hujah Dr Yusuf al-Qaradawi adalah lebih relevan apabila meletakkan hukum menyimpan janggut sebagai sunat.

Saya ingin bertanya kepada Abangsheikh adakah saudara sedang memakai jubah sekarang ini ketika membaca tulisan saya?

Saudara juga perlu menaiki unta sekurang2 nya sekali seumur hidup kerana menaiki unta adalah sunnah Rasul maka hukumnya wajib. Begitu?

Apakah itu yang al-Quran tekankan agar kita wajib mentaati Rasul? Atau lebih kepada akhlak Rasul yang kerapkali ditekankan dlm ayat al-Quran?

Maka dlm hal ini, saya berpendapat dalil yang dikemukakan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi lebih relevan.

Dalil al-Qardhawi: Apa yg diperintah oleh Al Quran ianya wajib, manakala apa yg datang dari sunnah, maka ia adalah sunnah, sunnah sifatnya adalah anjuran. Janggut, anjurannya adalah dari sunnah bukan Al Quran.

Apabila saya menyebut tentang hadis palsu pada tulisan yang lepas, saya tidak merujuk kepada hadis di dalam perbincangan ini secara khusus tetapi merujuk kepada semua hadis secara amnya.

Sebelum saya pergi jauh; ingin saya tegaskan di sini bahawa apabila saya menyebut tentang ulama, maka saya bermaksud hanya sebahagian ulama sahaja. Namun untuk memudahkan tugas saya di sini, saya akan menggunakan perkataan 'ulama' sahaja.

Antara isu yang saya boleh bangkitkan di sini berkenaan keraguan terhadap hadis adalah isu hukuman zina. (saya ambil satu contoh sahaja kerana penulisan ini mengambil masa yang agak panjang)

Dari Jabir bin Abdullah al-Anshari ra bahwa ada seorang laki-laki dari daerah Aslam datang kepada Nabi saw lalu mengatakan kepada Beliau bahwa dirinya benar-benar telah berzina, lantas ia mepersaksikan atas dirinya (dengan mengucapkan) empat kali sumpah. kemudian Rasulullah saw menyuruh (para sahabat agar mempersiapkannya untuk dirajam), lalu setelah siap, dirajam. Dan ia adalah orang yang sudah pernah nikah. Shahih: Shahih Abu Daud no: 3725, Tirmidzi II: 441 no: 1454 dan A’unul Ma’bud XII: 112 no: 4407).

Melalui dalil di atas, maka ulama meletakkan hukuman rejam sampai mati terhadap pesalah zina yang telah berkahwin.

Dan perbuatan ini meletakkan darjat Hadis lebih tinggi berbanding al-Quran kerana hukum terhadap pesalah zina adalah jelas diterangkan dlm al-Quran dlm An nur ayat 2;

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Ayat di atas jelas memberi hukum seratus kali sebat/pukulan terhadap pesalah zina samada wanita atau lelaki.

Persoalan sekarang; apakah orang yang telah berkahwin kemudian berzina; maka dia itu sudah tiada jantina sehinggakan sebahagian ulama menjatuhkan hukuman rejam sampai mati?

Bukankah telah jelas diterangkan dlm al-Quran? Bagaimana pula sebuah hadis yg bersifat khabar angin itu mampu mengatasi al-Quran iaitu wahyu yg diturunkan oleh Pencipta langit dan bumi?

Mari kita lihat hadis lain berkenaan zina dlm subtopik ini juga;

Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Umar bin Khattab ra pernah berkhutbah di hadapan rakyatnya, yaitu dia berkata, “Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad saw dengan cara yang haq dan Dia telah menurunkan kepadanya kitab al-Qur’an. antara ayat Qur’an yang diturunkan Allah ialah ayat rajam, kami telah membacanya, merenungkannya dan menghafalkannya. Rasulullah saw pernah merajam dan kami pun sepeninggal Beliau merajam (juga). Saya khawatir jika zaman yang dilalui orang-orang sudah berjalan lama, ada seseorang mengatakan, “Wallahi, kami tidak menjumpai ayat rajam dalam Kitabullah.” Sehingga mereka tersesat disebabkan meninggalkan kewajiban yang diturunkan Allah itu padahal ayat rajam termaktub dalam Kitabullah yang mesti dikenakan kepada orang yang berzina yang sudah pernah menikah, baik laki-laki maupun perempuan, jika bukti sudah jelas, atau hamil atau ada pengakuan.” (Mutafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 144 no: 6830, Muslim III: 1317 no 1691, ‘Aunul Ma’bud XII: 97 no: 4395, Tirmidzi II: 442 no: 1456).

Hadis di atas mungkin punca datangnya drp seseorang yg tidak berpuas hati kerana hukuman rejam tiada dalam al-Quran dan ingin menegakkan benang yang basah. (mungkin kerana ingin menyelamatkan diri drp kesalahan meletakkan hukum rejam terhadap pesalah)

Hadis di atas menggambarkan kegagalan Nabi Muhammad menjalankan perintah Allah sebagai seorang Rasul dalam menyampaikan al-Quran sehingga tercicir satu hukum berkenaan zina.

Kejelasan dan keperincian surah an nur ayat 2 terhadap hukuman keatas pesalah zina menambahkan lagi keraguan terhadap hadis tersebut.

Mari kita lihat hadis yang ketiga berkenaan zina juga;

Dari al-Bara’ ra, ia bertutur, “Saya pernah berjumpa dengan pamanku yang sedang membawa pedang, lalu saya tanya, ‘(Wahai Pamanda), Paman hendak kemana?’ jawabnya, ‘Saya diutus oleh Rasulullah saw menemui seorang laki-laki yang telah mengawini isteri bapaknya sesudah ia meninggal dunia, agar saya menebas batang lehernya dan menyita harta bendanya.’” Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 2351, Shahih Ibnu Majah no: 2111, 'Aunul Ma'bud XII: 147 no: 4433, Nasa’i VI: 110, namun dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah tanpa lafazh "menyita harta bendanya." Tirmidzi II: 407 no: 1373 dan Ibnu Majah II: 869 no: 2607).

Dengan menggunakan dalil di atas, maka ulama menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang yang berzina dengan mahramnya(iaitu dgn seseorang yg haram berkahwin dengannya cthnya; adik-beradik)

Sekali lagi saya mengajukan soalan yang sama; Apakah seseorang yang berzina dengan mahramnya itu sudah kehilangan jantina, apabila ulama menjatuhkan hukuman bunuh?

Sedangkan surah an nur ayat 2 yang diturunkan oleh Pencipta langit dan bumi dengan jelas menerangkan hukuman ke atas pesalah zina.

Siapakah makhluk al-Bara' ra itu (jika benar hadis itu sememangnya dari beliau) ingin mengatasi wahyu? Sedangkan beliau adalah dicipta drp setitis air mani?

Tidak nampak lagikah punca perpecahan umat Islam? Tidak nampak lagi kah kesan buruk akibat hadis yang meragukan itu sekaligus menjadi fitnah terhadap Nabi Muhammad?

maka mari kita hayati surah Al-Jaathiyah ayat 6 hingga 8;

[6]Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?[7] Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -
[8] Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Dan mari kita perhatikan surah Yunus ayat 15

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

Kemudian mari kita lihat komen Abangsheikh berkenaan isu muzik yang masih kami saling berhujah.

AbangSyeikh wrote:
وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُم بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan
sautmu / suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
(Al-Isra 17 : 64)

Imam AsySyaukani berpendapat bahawa perkataan 'saut' itu bermakna menyanyi.

Syaitan menggunakan nyanyian sebagai salah satu jalan untuk menyelewengkan manusia.

Maka dalam dalil di atas, Syaitan juga mendesak dan memujuk. Apakah perbuatan mendesak dan memujuk itu hukumnya haram?

Atau pun harus?

Apakah jika seseorang itu membunuh dengan pisau maka dijatuhkan hukuman haram terhadap penggunaan pisau?

Atau hukum menggunakan pisau itu harus?

Dalam dalil di atas Syaitan juga mengerah para penyokong; maka kenapa tidak diharamkan perbuatan mengerah penyokong tersebut?

Apakah masih belum mampu membezakan antara hukum haram dengan hukum harus?

AbangSyeikh wrote:

Lihatlah pada zaman ini golongan kuffar telah gunakan hiburan antaranya muzik dan nyanyian untuk melalaikan ummat Islam dari Al-Quran. Lihatlah realiti ummat Islam hari ini sedang sangat leka dengan hiburan baik dari barat atau dari timur. Mereka telah sangat lalai dari mempelajari A-Quran. Mereka telah sangat lalai dari membaca Al-Quran. Mereka telah sangat lalai dari mengambil hukum-hukum Al-Quran. Ummat Islam hari telah berjaya dicandukan oleh golongan kuffar terutamanya Yahudi dan Nasara dengan muzik dan nyanyian. Lihatlah syaitan dengan melalui Yahudi dan Nasara telah berjaya menyesatkan ummat Islam.

Di zaman ini bukti kebenaran ayat ini telah sangat terang

Maka saya juga boleh katakan di sini bahawa perbuatan seks bebas juga berleluasa pada zaman ini. Maka adakah melakukan seks itu hukumnya haram?

Atau pun hukumnya harus?

AbangSyeikh wrote:

وَأَنتُمْ سَامِدُونَ

Sedang kamu melengahkan (nya)?
( An-Najm 53 : 61)

Ibnu Abbas mengertikan kata Samidun سَامِدُونَ dengan makna bernyanyi (dalam keadaan bernyanyi-nyanyi). Pendapat ini didukung oleh Mujahid dan Ikrimah bin Abu Jahal.

Mari kita andaikan bahawa samidun itu bermaksud menyanyi.

Untuk melihat isu ini lebih jelas mari kita lihat beberapa ayat sebelum surah an najm ayat 61;

iaitu surah an najm ayat 59 hingga 61

[59] Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
[60] Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
[61] Sedang kamu adalah orang-orang yang MENYANYI?

Maka kenapa tidak diharamkan pula perbuatan tertawa dan perbuatan tidak mahu menangis? Kenapa hanya menyanyi yang diharamkan?

Atau ketiga2 perbuatan itu hukumnya harus?

AbangSyeikh wrote:

Golongan kuffar Yahudi dan Nasara telah gunakan medium muzik dan nyanyian untuk melalikan ummat Islam dari Al-Quran.

Ya, sememangnya banyak cara musuh Islam gunakan untuk melalaikan umat Islam.

Dan sememangnya hiburan itu adalah sifat duniawi; tidak semestinya hanya dengan muzik dan nyanyian.

Apa2 sahaja yang berkaitan dengan nafsu juga boleh melalaikan; seperti makan, minum, seks, harta, lawak jenaka, kemewahan, kuasa, dan sebagainya.

Maka mari kita perhatikan Surah al-Anaam ayat 32;

Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan dan hiburan yang melalaikan.

Ayat di atas menerangkan bahawa hiburan dengan duniawi tidak boleh dipisahkan.

AbangSyeikh wrote:

Berapa banyakkah ummat Islam hari ini yang belajar Al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya?

Berapa banyakkah ummat Islam hari ini yang konsisten dalam membaca Al-Quran setiap harinya.

Saya juga ingin menyahut seruan ini. Marilah kita sama2 dekatkan diri kita dengan al-Quran.

AbangSyeikh wrote:

Apakah tujuan golongan yang jahil dalam ilmu-ilmu Al-Quran mencari-cari dalil untuk mengharuskan muzik dan nyanyian? Sedangkan mereka sepatutnya berusaha belajar ilmu Al-Quran dan As-Sunnah.

Kepada pembuka thread ini fikir-fikirkanlah.

Mencari dalil dalam al-Quran adalah tugas mulia, walaupun mungkin ia dilakukan oleh orang2 jahil.

Apakah hanya orang2 yang berilmu tinggi sahaja layak mencari dalil dlm al-Quran?

Mencari dalil dalam al-Quran adalah salah satu peranan kita sebagai umat Islam.

Adapun mencari dalil untuk mengharuskan muzik dan nyanyian juga dilakukan oleh para ulama Sunnah Waljamaah.

Saya tidak keseorangan dalam meletakkan hukum harus terhadap muzik dan nyanyian. Saya, bersama2 parti PAS, parti UMNO, JAKIM, JAIS, para Mufti di Malaysia dan lain2 meletakkan hukum harus terhadap muzik dan nyanyian.

Wallahualam.

No comments: