Saturday, 5 December 2009

Nasihat Panas VS Soalan Panas





AbangSyeikh wrote:
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur'an) dan
Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah 2 : 129)



كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan ni'mat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan
Al-Hikmah (As Sunnah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.
(Al-Baqarah 2 : 151)



وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ ۚ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعْتَدُوا ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَ‌ٰلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ وَلَا تَتَّخِذُوا آيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَمَا أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنَ الْكِتَابِ وَالْحِكْمَةِ يَعِظُكُم بِهِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang ma'ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma'ruf (pula). Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, karena dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah sebagai permainan. Dan ingatlah ni'mat Allah padamu, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan
Al Hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al-Baqarah 2 : 231)



لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan
Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
(Ali Imran 3 : 164)


وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُ لَهَمَّت طَّائِفَةٌ مِّنْهُمْ أَن يُضِلُّوكَ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ ۖ وَمَا يَضُرُّونَكَ مِن شَيْءٍ ۚ وَأَنزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُن تَعْلَمُ ۚ وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا

Sekiranya bukan karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk menyesatkanmu. Tetapi mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak dapat membahayakanmu sedikitpun kepadamu. Dan (juga karena) Allah telah menurunkan Al-Kitab dan
Al-Hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu.
(An-Nisa 4 : 113)



Ayat-ayat yang aku berikan di atas semuanya menunjukkan bahawa Al-Quran dan Al-Sunah adalah dua serangkai yang tidak boleh dipisahkan, yang satu lebih tinggi dari yang lain. Sesiapa yang cuba memisahkan antara Al-Qura dan As-Sunnah dengan membuang salah satu darinya dengan yang lain maka dia telah berlaku zalim dan kufur kepada Allah sedangkan mereka tidak menyedarinya bahkan menganggap diri mereka telah mendapat petunjuk.



Ulamak-ulamak AhlusSunnah telah sepakat mengatakan bahawa As-Sunnah adalah menjadi sumber hukum yang kedua setelah Al-Quran. Tak ada seorang pun ulamak AhlusSunnah yang berpendapat bahawa As-Sunnah/Al-Hadis mengatasi Al-Quran sebagai metod berhujjah seperti yang ingin di implikat oleh Ariji ke atas mereka.

Aku merasa perlu untuk mengulangi lagi bahawa tidak ada seorang pun para sahabat dan tabi'in dan tabi' tabi'in dan para imam mazhab yang empat yang menolak penggunaan hadis sebagai sumber hukum. Tidak ada seorang pun dari mereka yang merasa pesimis terhadap penilaian hadis yag berbagai lantas mereka membuang hadis sebagai sumber hukum dalam Islam sepeti yang telah dirasakan oleh golongan anti hadis baik yang ori atau yang palsu.

Tidak ada seorang pun ulamak ahlusSunnah yang merasa pesimis terhadap penilaian yang berbagai terhadap hadis.

Kami dari Ahlus-Sunnah dan ahlu hadis tetap dengan metod penilaian hadis untuk menentukan sah atau tidaknya sesebuah hadis. Walaupun ada yang tersilap dalam memberi penilaian terhadap sesebuah hadis tapi AhlusSunnah tidak membuang ulumul hadis, mereka tetap dengan kaidah-kaidah yang telah digunapakai sejak ribu tahun.

Golongan anti hadis, baik yang ori atau yang palsu tidak mahu mengambil kaidah penyaringan hadis yang telah digunapakai sejak ribu tahun, lantas mereka menolak penggunaan hadis sebagai sumber hukum dalam Islam.

Golongan anti hadis yang dikatakan sebagi ori tu adalah yang paling tegar first class, tapi yang low class atau yang katakan sebagai anti hadis palsu tetap juga sebagai anti hadis, tidak ada bezanya.





وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan".
(Al-Furqan 25 : 30)


AbangSyeikh wrote:

Ariji wrote:
adapun hadis itu sendiri bersifat 'khabar angin'.

Malah jika seseorang memberi maklumat yang salah ini tidak bermakna semestinya dia seorang penipu, kerana mungkin berlakunya salah faham dan juga akibat kelemahan dari segi kemahiran melihat, mentafsir, mendengar dan sebagainya.




Kepada Ariji aku ucapkan salaamaa.

Mengatakan hadis sebagai khabar angin adalah suatu kenyataan kau yang sangat tidak bertanggungjawab. Tahukah kau apa itu hadis, kau ni jahil tentang hadis atau pon kau tidor atau ponteng semasa pelajaran hadis.

Sebuah berita yang dikatakan hadis samada marfu' atau tidak marfu' ke Nabi s.a.w. mesti ada sanad. Kalau tidak ada sanad, itu bukannya hadis.

Secara umumnya sanad adalah mata rantai (chain of narrators) pembawa-pembawa berita yaitu dari pengumpul hadis seperti Al-Bukhari atau Muslim hinggalah ke sahabat yang melaporkan berita dari Nabi s.a.w..

Setiap pembawa berita yang ada dalam sanad itu diketahui namanya dan diketahui sejarah hidupnya.

Ahli-ahli hadis hafal nama-nama pembawa-pembawa berita hadis yang berjumlah ribuan orang. Pembawa berita hadis itu dinamakan RAWI.

Setiap ahli hadis di tiga kurun pertama Islam, apabila meriwayatkan hadis, biasanya dia akan memberitahu semua nama-nama orang yang menyampaikan hadis kepadanya bermula dari orang ditemuinya hinggalah ke nama sahabat Nabi s.a.w.

Oleh itu setiap hadis yang diriwayatkan oleh ahli-ahli hadis mesti mempunyai senarai nama-nama RAWI. Setiap rawi ada sejarah hidupnya yang dihafal oleh ahli hadis. Ada rawi yang sahih dan ada rawi yang dha'if. Rawi yang dha'if kerana sebab antaranya lemah hafalannya. Rawi yang "maudhu'" adalah kerana dia adalah pembohong atau penipu. Walaupun munkin rawi yang dhaif dan rawi yang maudhu' kebetulan tidak berbohong semasa merawikan hadis, ahli-ahli hadis telah sepakat untuk mendhaifkan atau memaudhu'kan hadis yang ada mereka sebagai rawi. Ini adalah satu sikap berhati yang tidak ada dalam sistem pembawaan berita dari agama lain. Mengenai penilaian hadis dan rawi akan ada syarah yang lebih panjang.

Ilmu mengenai nama-nama rawi hadis dan perihal mereka dinamakan Ilmu Rijal Hadis.

HADIS YANG BERSANAD ADALAH BERITA YANG DIKETAHUI SIAPA PEMBAWA-PEMBAWA BERITANYA DAN DIKETAHUI SEJARAH HIDUP PEMBAWA-PEMBAWA BERITA ITU.

Oleh itu hadis-hadis yang bersanad itu sudah pastinya BUKAN khabar angin seperti yang ingin dituduh oleh si Ariji itu. Mengatakan hadis sebagai khabar angin adalah satu tindakan yang sangat jahat yang mana tindakan ini akan merosakkan Islam dan dasar-dasar hukum Islam.

Apabila dikatakan hadis sebagai khabar angin maka akan runtuhlah sendi-sendi Islam itu iaitu As-Sunnah atau Al-Hadis.

Aku harap semua forumer di sini faham dan berhati-hati dengan Ariji.

Apabila hadis di tuduh sebagai khabar angin, maka bagaimana dia nak beramal dengan ayat-ayat Al-Quran yang aku postkan di atas






Bukankah mereka yg mengatakan Hadis itu fakta tanpa boleh dipersoalkan inilah juga golongan yang meletakkan darjat hadis lebih tinggi drp darjat al-Quran?

Yang meletakkan hukuman zina secara rejam dan bunuh pada topik yang lepas itu siapa kalau bukan dari kalangan pakar Hadis dan ulama sendiri?

Bukankah golongan yang mendahulukan hadis drp al-Quran itu drp golongan pakar hadis sendiri?

Berapa ratus tahun lagikah puak Sunni dan Syiah ingin bergaduh?

Adakah mereka menggunakan al-Quran yang berbeza? atau hadis yang berbeza?

Apakah masing2 tiada pakar hadis?

Apakah di dalam Islam, halal dan haram itu ditentukan oleh pakar hadis? atau Allah?

Bukankah hadis itu terbahagi kepada sahih dan palsu?

Bukankah khabar angin juga terbahagi kepada sahih dan palsu?

Adapun salah faham yang aku maksudkan itu boleh terjadi kepada orang pertama yang meriwayatkan hadis itu sendiri, sebelum hadis tersebut dihafal, dan disebarkan.

Bukankah mereka manusia biasa macam kita?


No comments: