Sunday 20 December 2009

Kahwin Lari

Di Malaysia, kes kahwin lari sering diperkatakan. Biasanya Selatan Thai menjadi tempat pilihan para pelaku.

Bagi melihat isu ini dari perspektif al-Quran, maka marilah kita perhatikan petikan daripada Surah An Nisa' ayat 25;

...Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin ahli mereka.

Sebahagian ulama mentafsirkan mereka itu sebagai hamba perempuan, hakikatnya perkataan yg tepat bg perkataan hamba (servant) ada dlm Surah An Nuur ayat 32. Hamba (slave) pula sila rujuk Surah Al-Baqarah ayat 177.

Mungkin ada juga ulama yang mentafsirkan 'mereka' sebagai tawanan perang. Hakikatnya perkataan yang tepat bagi tawanan perang adalah 'Asra' sebagaimana di dalam Surah Al-Insaan ayat 8.

Oleh itu 'mereka' dalam Surah An Nisa ayat 25 itu lebih sesuai ditafsirkan sebagai 'perempuan yg dilindungi oleh penjaga'.

Manakala perempuan janda terkecuali daripada golongan tersebut kerana mereka telah merdeka daripada 'penjaga' apabila berkahwin, maka dibolehkan untuk kahwin tanpa minta izin 'penjaga'.

Wallahualam.

No comments: