Monday, 7 December 2009

Kassim Ahmad Dan Akta ISA


Berikut adalah sebahagian tulisan Kassim Ahmad di laman blognya; http://kassimahmad.blogspot.com/

Berhubung dengan apa yang disebutkan dalam Quran ialah cerita Nabi Musa berguru dengan seorang hamba Allah yang diberi ilmu oleh Tuhan. (Lihat Quran, 18: 60-82). Dalam cerita ini, salah satu kejadian yang disaksikan oleh Nabi Musa ialah guru itu tidak semena-mena membunuh seorang pemuda yang tidak berdosa. Reaksi Nabi Musa ialah memarahi beliau. Akhirnya, guru itu menerangan kepada Musa bahawa ibu-bapa pemuda itu orang mukmin yang baik, tetapi pemuda ini akan menjadi suatu bebanan besar kepada mereka, kerana kejahatan dan kekafirannya. Guru itu menambah bahawa perbuatanya bukan dating dari dirinya sediri, tetapi dari Yang Maha Mengetahui.

Jadi, dari peristiwa ini, kita boleh menggubal suatu undang-undang, iaitu kemudaratan kecil (pembunuhan pemuda itu) diharuskan untuk mencegah kemudaratan yang besar (umpamanya seperti peranan Hitler dalam Perang Dunia Kedua).

Oleh kerana undang-undang ISA ini sangat luas kuasanya, ia perlu dipinda supaya ia lebih jelas, adil dan tidak boleh disalah-gunakan oleh Kerajaan.



Melalui satu artikel di laman blognya, Kassim Ahmad telah meng'halal'kan akta ISA dengan menggunakan dalil daripada al-Quran, 18:60-82.

Satu perkara yang mungkin beliau terlepas pandang adalah ayat terakhir daripada dalil tersebut iaitu 18:82;

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

Di dalam kisah Nabi Musa tersebut, pemuda yang berkelakuan aneh itu melakukan 'kemungkaran' tanpa mengikut fikirannya sendiri.

Berbeza dengan isu Akta ISA, di mana kemungkarannya dilakukan dengan menggunakan akal manusia. Maka dengan ini saya berpendapat bahawa hujah beliau adalah kurang tepat.

No comments: