AbangSyeikh wrote: |
Orang yang menolak penggunaan dan pengamalan hadis yang sahih yang telah sampai kepada kita pada zaman ini sebenarnya adalah menolak Al-Quran itu sendiri. |
Sebelum saya pergi jauh, ingin saya nyatakan di sini, saya sedia mengakui kesilapan diri jika ada bukti yang jelas terhadap kesalahan saya.
Dan apa yang saya nyatakan di sini kebenarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui; masing2 berhak menggunakan akal masing2 dan masing2 menanggung risiko dosa dan pahala serta akan disoal kelak.
Saya tidaklah mendakwa di sini bahawa saya PASTI BENAR. Hujah ini hanyalah berdasarkan sedikit ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya.
Terlebih dahulu ingin saya membela diri saya dari tuduhan 'anti hadis' tersebut.
Saya dengan ini mendakwa bahawa saya seorang 'anti hadis palsu' dan bukannya 'anti hadis'.
Sebagai orang Islam yang akan disoal kelak, maka saya nyatakan disini bahawa pentingnya mengenalpasti hadis yang meragukan akan kebenarannya.
Saya mulakan dengan isu hadis sahih.
Hadis-hadis sahih yang didakwa oleh para ulama adalah berbeza dari kalangan ulama sendiri.
sbg contoh:
Ulama A kata Hadis A adalah Sahih manakala hadis B adalah palsu.
Ulama B kata Hadis A adalah palsu manakala hadis B adalah sahih.
Ulama C kata kedua2 hadis tersebut palsu.
Ulama D kata kedua2 hadis tesebut sahih.
Kepercayaan terhadap hadis2 tersebut membawa kepada hukum agama seperti; halal, haram, harus dan sebagainya.
sebagai contoh sebahagian ulama berpendapat muzik itu hukumnya harus, sebahagian lagi mengatakan muzik hukumnya haram.
Untuk memudahkan pemahaman saya gunakan isu seks.
Jika hukum melakukan seks itu haram, maka haramlah ia walaupun dilakukan terhadap isteri sendiri.
Jika hukum melakukan seks itu harus, maka sudah tentu hukumnya bukan haram.
Jika saudara mengatakan bahawa melakukan seks itu haram kerana zina itu haram, maka saya berhujah di sini bahawa melakukan seks tidak semestinya dengan berzina.
Berbalik kepada isu muzik, tiada dinyatakan di dalam al-Quran bahawa hukum mendengar muzik itu haram. (wallahualam saya sedia mengakui kesilapan jika terdapat bukti berkenaan kesalahan saya)
Kemudian mari kita merenung surah Nahl ayat 116
Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
Ayat di atas jika kita sandarkan kepada isu hukum mendengar muzik, maka ini bermakna kita tidak boleh sewenang2nya meletakkan hukum terhadap sesuatu perkara kerana ditakuti akan melanggar larangan Allah.
Dengan erti kata lain, apabila kita meletakkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka kita berisiko akan dimurkai Allah jika hukum yang kita letakkan itu adalah tidak benar.
Mari kita analisis hukum yang dikenakan terhadap perbuatan mendengar muzik.
1) Dalam al-Quran tidak dinyatakan dengan jelas dan nyata bahawa hukum mendengar muzik itu haram.
(wallahualam saya sedia mengakui kesilapan jika terdapat bukti berkenaan kesalahan saya)
2) Ada ayat2 al Quran yang boleh digunakan untuk meletakkan keharusan dalam mendengar muzik.
seperti dalam ayat2 berikut
Surah al-Jumaah ayat 11:
Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Surah al-Anbia’ ayat 16-17
Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, kami tidak melakukannya (17)
Surah al-Anaam ayat 32
Maksudnya: Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan( yang sia-sia) dan hiburan yang melalaikan.
Dan sebagaimana kita sedia maklum, hukum harus ini boleh bertukar menjadi halal dan haram dlm kes2 yg tertentu sebagaimana perbuatan melakukan seks.
Kesimpulan daripada analisis di atas menunjukkan bahawa al-Quran memberatkan hukum harus terhadap muzik berbanding haram.
Kemudian mari kata hayati ayat2 berikut
An nisa ayat 82
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
al maaidah ayat 45
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
al-maidah ayat 47
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik
Al- Furqan ayat 30
Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
AbangSyeikh wrote: |
Tetapi golongan anti hadis tidak mahu terima semua hadis-hadis itu, mereka tolak mentah-mentah, kalau ambil pun hanya untuk menghalalkan apa-apa saja pekerjaan yang telah biasa mereka kerjakan, bukan kerana untuk taqwa kepada Allah. Golongan anti hadis tidak mahu terima kata-kata ulamak yang berdasarkan hadis seperti Ariji tu. |
Maka dgn hujah2 di atas, maka saya bukanlah seorang yg menolak hadis mentah2. Cuma saya meletakkan darjat al-Quran lebih tinggi drp Hadis.
Adapun KEPALSUAN hadis tidak objektif. Sesebuah hadis boleh jadi 10% Sahih, 90% sohih dan sebagainya. Untuk menyaring kepalsuan hadis ini, saya mengambil langkah menggunakan pendekatan al-Quran.
Adapun isu hadis palsu ini bukan soal main2. Hadis adalah berkenaan tuturbicara dan perilaku Nabi Muhammad. Maka hadis palsu boleh saya kategorikannya sebagai FITNAH terhadap Nabi Muhammad.
Maka dalil yang dikemukakan oleh saudara Abang sheikh seperti berikut boleh juga digunakan dalam isu ini.
AbangSyeikh wrote: |
Rasul berkata : "Ya Rabbi, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak di acuhkan". (Terjemahan Al-Quran Surah Al-Furqan : Ayat 30) |
Kerana untuk acuh terhadap al-Quranlah maka saya mengutamakan al-Quran.
AbangSyeikh wrote: |
Puak-puak anti hadis itu sangat enggan untuk ikut ayat Al-Quran ini. "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Ar-Rasul dan ulil amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Ar-Rasul, sekiranya adalah kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Terjemahan Al-Quran Surah An-Nisa 4 : Ayat 59) Golongan anti hadis (semoga Allah laknat mereka sekiranya mereka enggan bertaubat) sudah pasti tidak mampu dan sudah pasti tidak akan beramal dengan ayat Al-Quran ini. Bagaimana hendak beramal dengan ayat Al-Quran ini kalau mereka tidak mahu terima hadis. |
Maka Malangnya apabila seorang hamba Allah yang cuba membersihkan fitnah terhadap terhadap Rasul, apabila digelar anti-hadis.
Sedangkan hamba Allah itu adalah bukan 'anti-hadis', tapi 'anti hadis palsu'.
Hadis, sebagai sesuatu yang kontroversi; yang isunya menjadikan umat Islam terbahagi kepada banyak golongan. Maka fenomena hadis ini adalah satu ujian Allah terhadap umat Islam.
Sekali_Sekala wrote: |
AlQuran diturunkan dlm bahasa Arab, kalau setakat kita baru mahir bahasa Arab sepertimana Mat2 bangla di stesen minyak suatu ketika dulu... merah ka hijau? hehe... takkanlah mampu menyakinkan orang ramai. |
Adapun dlm hal ini, saya menggunakan tafsir biasa yang popular digunakan oleh bangsa Melayu pada hari ini.
Al-Quran adalah untuk semua, tidak tertakluk kepada orang2 fasih bahasa Arab sahaja.
Al-Quran juga tidak hanya untuk mereka yang bergelar ulama, ustaz dan sebagainya. Malah saya juga menggalakkan orang kafir belajar al-Quran dgn harapan Allah membuka pintu hidayat kepada mereka.
Adapun orang yang fasih dlm bahasa Arab 100% belum tentu mampu memahami al-Quran 100% kerana untuk memahami al-Quran kita memerlukan pengalaman, kajian, keikhlasan, keimanan, akal yang sempurna dan sudah tentu juga hidayah petunjuk dariNya.
Adapun tafsir al-Quran yang ditulis oleh para ulama itu sendiri berbeza2. Dalam hal ini, aku beberapa kali terdengar ucapan Tun Mahathir supaya umat Islam menulis tafsir edisi baru. Aku sokong cadangan ini. Tafsir al-Quran perlu diperbanyakkan demi membantu mereka yang kurang mahir dalam bahasa Arab dan juga sebagai kajian para ilmuan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment