AbangSyeikh wrote: |
Kepada Ariji! You DESERVED it. وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِن فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun. (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : Ayat 26) "Kalimat yang buruk" itu adalah kata-kata kufur dan syirik lawan dari "Kalimat yang baik" yang bermakna kalimah thoiyyibah atau kalimah tauhid. Orang yang berilmu tahu bahawa golongan anti hadislah yang telah mengeluarkan kalimah-kalimah yang buruk apabila menolak hadis atau menolak sanad hadis yang sahih tanpa haq. |
Aku menolak tafsir ini, bahawa kalimah buruk merujuk kepada kata-kata kufur dan syirik semata-mata.
Kalimah buruk adalah kalimah yang buruk. Banyak lagi kalimah yang buruk, bukan hanya tertakluk berkenaan tauhid sahaja.
AbangSyeikh wrote: |
Aku tak berkata/tulis tanpa bukti, Perbuatan/tulisanmu telah menjawab segala kata-kata jahat itu ke atas dirimu. Orang-orang yang berilmu akan membenarkan kata-kata jahat itu, setuju atau tak setuju ia dilemparkan ke atasmu adalah perkara lain. Aku tidak lemparkan kata-kata jahat kepada orang yang beriman lagi solih. I'm a sharp shooter, tembakan aku tepat ke sasarannya, dan sasaranku itu dah kepanasan dan melatah lalu diwar-warkan segala kata-kata buruk yang telah ditembakkan kepadanya. Orang-orang yang melatah mana dia sedar, laa yasy'uruun. Ariji! Kau dengan angkuh awal-awal lagi menvonis Taliban sebagai sesat. Bila aku minta bukti kau tak beri. Apa yang kau beri itu bukan bukti ilmiyyah dan akademik bahawa mereka itu sesat, tapi itu hanyalah sebuah andaian liar tanpa berdasarkan ilmu yang tepat dan kukuh berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis yang sahih. Sekarang kau dah bertemu buku dengan ruas atau pun kau tak layak berlawan dengan aku. |
Pada dialog sebelum ini, saya meminta dalil terhadap Syariat yang dibawa oleh Taliban, dan membincangkannya dari perspektif al-Quran.
Dan perbincangan tentang Syariat yang dibawa oleh Taliban itu, bersandarkan kepada hujah yang diberikan oleh saudara sendiri, malah belum tentu Syariah itu yang benar-benar dibawa oleh Taliban. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Antara Syariat yang kita bincangkan sebelum ini adalah;
1)Kewajipan menyimpan janggut
2)Pengharaman muzik
Dan antara syariat lain yang aku minta dalil adalah seperti hukuman penjara terhadap mereka yang tinggalkan solat, hukuman tidak mengkafankan mereka yang tidak solat, dan dalil mengharamkan gambar-gambar hidup.
Siapakah aku untuk menerima bulat-bulat sesuatu perkara? Bukankah aku diberi akal untuk berfikir?
Adapun perkataan 'sesat' itu aku tidak tulis pun pada perbincangan tersebut.
Bercakap tentang melatah; hm... siapakah yang melatah sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Apa yang lebih penting di sini adalah hujah yang bernas, kalau sekadar kata-kata jahat, seribu muka surat pun boleh ditulis.
AbangSyeikh wrote: |
Golongan anti hadis ini ada berbagai-bagai tingkatan kebodohannya. Di Malaysia yang paling tinggi bodohnya ialah si Kasim Ahmad dan si Othman Ali. Aku kira si Ariji itu hanya berada di tingkat bawah saja. Ariji! Kau telah melukakan hati orang-orang yang beriman kepada Allah (Al-Quran) dan Ar-RasulNya (Al-Hadis). Kau dah memijak-mijak dasar ilmu kami yang telah diterima pakai sejak zaman Nabi s.a.w. dan zaman sahabat lagi, dan sekarang kau terimalah kata-kata buruk dari orang yang telah dizalimi. |
Luka atau tidak luka, hujah yang aku kemukakan itu bersandarkan al-Quran. Saudara diberi akal untuk berfikir.
Apakah al-Quran yang menjadi tunjang hujah aku itu bukan dasar ilmu yang diterima pakai pada zaman Nabi?
Gelaran anti hadis itu saudara sendiri yang mendakwa, aku tidak pernah mengatakan aku dari golongan anti hadis.
Malah maksud Hadis itu sendiri adalah lebih luas.
Saudaralah yang selama ini dengan rianya menggelarkan aku sebagai anti-hadis. Terpulanglah.
AbangSyeikh wrote: |
لَّا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Quran Surah An-Nisa, 4 : Ayat 148) Ariji! Kalau kau hidup dizaman Nabi s.a.w., apabila seorang sahabat yang mulia lagi solih membacakan kepada kau ayat Al-Quran, kau tentu akan menolak bacaan ayat Al-Quran yang keluar dari lisan sahabat r.a. itu, dengan alasan sahabat itu munkin tersilap dengar atau tersilap faham apa yang dia dengar dan lihat dari Nabi s.a.w.. Begitu juga dengan hadis Nabi s.a.w. yang disampaikan oleh sahabat r.a. yang mulia itu kepadamu Ariji. Aku tuduh kau ini bukan tanpa bukti, buktinya kau sendiri telah mepertikaikan kredibiliti seorang sahabat dalam menyampaikan hadis Nabi s.a.w.. Bila kau mempertikaikan kredibiliti sahabat, maka kau akan mempertikaikan hadis yang diriwayatkan oleh sahabat lantas kau akan menolaknya. Kau memang celaka Ariji kerana menghina sahabat Nabi tanpa bukti dan dengan tuduhan liar. Kredibiliti atau dhabit sorang sahabat yang mulia kau remehkan dan pertikaikan, tapi kredibiliti pemuka-pemuka anti hadis tidak pula kau sentuh. Kalau kau sentuh, sudah tentu kau akan tolak ajaran anti hadis mereka. Dan juga mengapa kau tidak pertikaikan kredibiliti diri kau sendiri daripada kau sibuk mempertikaikan kredibiliti sahabat r.a. dan rawi-rawi hadis yang sahih. |
Kata kunci yang aku kemukakan adalah meletakkan darjat al-Quran lebih tinggi daripada Hadis. Maka tuduhan saudara ini bersandarkan pendapat dan emosi saudara.
Nampaknya saudara seolah-olah meletakkan darjat Hadis setaraf dengan al-Quran. Inilah kesilapan saudara yang boleh saya katakan.
Adakah surah alfatihah ayat 6 yang saudara baca setiap hari meminta hidayah itu adalah dari al-Quran atau Hadis?
Saudara tahukah apa itu FAKTA?
Adakah fakta itu jelas dalam al-Quran atau Hadis-hadis yang saling bercanggah antara satu sama lain?
Apakah Al-Quran itu terbahagi kepada Sahih dan palsu? Atau Hadis yang begitu?
Adapun jika Hadis yang saudara bawa itu mengatakan sahabat Nabi berkata itu dan ini, maka belum tentu kata itu benar-benar diucap oleh sahabat Nabi.
Adapun tentang al-Hikmah yang saudara sebutkan dalam dialog sebelum ini, ia adalah sifat al-Quran; bukannya merujuk kepada Hadis semata-mata.
AbangSyeikh wrote: |
Sekian untuk malam ini. Masih ada lagi subhat-syubhat dari Ariji yang belum aku kupas kerana kesuntukan masa, bahan-bahan sudah ada cuma nak disusun menjadi ayat yang mudah dibaca. Dan juga aku ada banyak lagi assignment yang perlu aku siapkan. |
Ya, silakan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment