Tuesday, 6 April 2010

Zaman Kejatuhan

Menggunakan perkataan 'zaman' untuk isu ini mungkin tidak sesuai, mungkin juga sesuai. 'Zaman' didefinisikan sebagai 'waktu'. Jika 'waktu kejatuhan' dipilih, rasanya... Hm...

Tahap emosi saya merudum. Saya tidak dapat menipu diri sendiri. Saya masih ada hati padanya. Saya pernah melalui situasi ini suatu ketika dahulu.

"Jika awak tidak datang pada malam ini, lupakan saya untuk selama-lamanya!"

Entah, adakah ini dikenali sebagai cinta tiga segi, saya pun kurang pasti. Tetapi kehadiran saya pada malam itu seakan penting, bagi merungkai permasalahan kami bertiga. Ketika itu saya masih dalam keadaan 'jauh' dari 'mendekati' Kitabullah, walaupun sudah ada 'sijil' dari sebuah sekolah agama. Ya, sekolah beraliran Sunni.

Kehadiran saya pada malam itu adalah suatu yang patut, kerana Islam mengsyorkan Syura, iaitu perundingan bersama. Bukan saya tidak mahu pergi. Tetapi oleh kerana perasaan malu, malu kerana mata saya bengkak, setelah kehilangan sejumlah air yang keluar dari lubang kecil itu. "Patutkah mereka melihat mata saya yang bengkak ini?"

Akhirnya saya hadir jua. Tetapi ketika itu mereka mula beredar pergi. Gelanggang squash, di situlah mereka selalu study group bersama kawan-kawan di waktu malam. Saya hanya sempat berbual dengan orang ketiga, atau sayalah orang yang ketiga?

Yang pastinya saya yang mengalah. Saya doakan mereka berdua bahagia. Tetapi mereka putus jua setahun dua kemudian.

Yang ditekankan di sini adalah emosi. Suatu perasaan apabila melepaskan sesuatu yang diingini. Mengikut pengalaman yang itu, penawarnya adalah pengganti. Itulah yang sedang saya cuba cari sekarang ini, namun belum jumpa lagi.

Saya mendapat idea ini, bukan sekali, tetapi untuk kali ke berapa tidak pula saya kira. Saya membelek ahli yang join monotheistic group di Facebook. Ada seorang gadis, dia join group yang menolak amalan berkhatan dan hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina.

Bukannya saya ingin melamar dia. Haha. Hendak melamar perempuan bukan main redah saja. Masa saya melamar Hani dahulu pun setelah saya mendapati dia single.

Tetapi sememangnya saya tertarik dengan mereka yang berfahaman monotheistic. Bukankah itu calon yang saya perlu dapatkan untuk dijadikan isteri? Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 221; 

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan musyrik sehinggalah mereka beriman. Bagi seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada seorang perempuan musyrik walaupun jika dia membuatkan kamu tertarik. Dan janganlah kamu berkahwin dengan lelaki-lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Bagi seorang hamba lelaki yang beriman itu lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun dia membuatkan kamu tertarik. Yang itu mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan keampunan dengan izinNya. Dia menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka beringat.

Tafsir bagi ayat ini mungkin agak kontroversi. tapi cubalah anda fikir, apabila Allah berfirman bahawa hukuman bagi penzina adalah sebat, manakala Imam Shafie yang 'menyebabkan' jutaan anak perempuan dinikah paksa oleh si bapa, berpendapat bahawa hukumannya adalah rejam sampai mati, yang mana satu anda ikut?

Allah atau Imam Shafie?

Apatah lagi apabila seolah-olah Nabi Muhammad mempunyai 'lesen' untuk melanggar perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 2. Padahal, mari kita perhatikan Surah An Nisa' ayat 105;

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Ayat ini menerangkan perintah Allah kepada Nabi Muhammad agar baginda menjadikan al-Quran sebagai hakim terhadap permasalahan manusia.

Dalam erti kata lain, Surah An-Nur ayat 2 sepatutnya menghakimi kesahihan riwayat hadis yang berkenaan hukuman rejam sampai mati. Bukannya dengan ber'taqlid' dengan al-Bukhari atau Imam Shafie. 

Padahal, ber'taqlid' itu bercanggah dengan Surah Al-Isra' ayat 36;

Janganlah kamu berpegang kepada apa yang kamu tiada padanya pengetahuan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran dan hati, semua itu akan padanya ditanya.

Dan ini antara kelemahan al-Bukhari dalam melakukan proses mengsahihkan riwayat hadis. Adakah beliau 'terlepas pandang' Surah an-Nisa; ayat 105 ketika membukukan Kitabnya itu? Hakikatnya, ribuan riwayat hadis lain telah beliau 'buang' ketika melakukan proses ini.

Kepupusan hadis sahih yang sahih dalam erti kata sebenar, sememangnya satu kehilangan. Apa tidaknya, itu adalah fakta sejarah. Padahal, tiada dalil dalam al-Quran bahawa kesahihan fakta sejarah di luar al-Quran itu terjamin sehingga ke hari Kiamat.

Dan tiada pula wujudnya kitab yang bertajuk 'Sahih Abu Bakar', atau 'Sahih Omar'. Padahal, mereka pernah hidup ketika Nabi Muhammad masih hidup, dan pernah mendengar suara baginda secara live. Sudah tentu kitab hadis mereka lebih mutawattir dan lebih sahih berbanding Kitab Sahih Al-Bukhari.

Isu hukuman ke atas kesalahan zina inilah antara yang terawal saya berdebat dengan Abangsheikh suatu ketika dahulu, sebelum kemudiannya dia menfatwakan bahawa saya telah murtad.

Mungkin masih ramai lagi yang 'sudi' menfatwakan saya sebagai murtad. Tetapi mengikut apa yang saya lalui, isu kafir-mengkafir ini adalah lazim dialami oleh seseorang pengkaji agama. Cuba bilang, berapa banyakkah mazhab Islami yang wujud pada hari ini?

Apabila sampai ke perenggan ini, ingin pula saya tukar tajuknya. Saya cuba mencari-cari untuk sambungkan balik mana-mana isu berkaitan 'zaman kejatuhan'.

Selepas ini, bila terserempak dengan Hani, saya mahu menegurnya. Emel saya dia sudah tidak balas lagi. Facebooknya yang saya request pun tidak diacceptnya. Saya baru saja menjumpai Facebooknya kira-kira sepuluh hari lepas. Itupun rakan perempuan saya yang bagi.

Saya baru sahaja 'mendapat tahu' bahawa sebelum saya, sudah ada beberapa lamaran yang dia tolak. Wah, agak laku juga dia ni rupanya. Haha.

Namun, apabila request Facebook tidak diaccept, ini memberi signal ada something wrong gone somewhere. Kami tidak pula pernah bergaduh sebelum ini.

Mungkin perasaan ini ada kerana belum mengenali jauh lagi hatibudinya. Saya pernah sukakan seseorang, kemudian perasaan itu berganti apabila saya mula mengenali hatibudinya untuk jangka masa yang agak lama atau mungkin tidak lama sangat. Perasaan suka itu bertukar menjadi kasih seorang sahabat.

Wallahualam.

Sunday, 4 April 2010

Motivasi

Prestasi akademik saya agak menurun sejak akhir-akhir ini. Seiring dengan motivasi belajar? Ada sesuatu yang tidak kena.

Kira-kira lima minggu lagi sebelum tiba minggu final exam. Masih sempat untuk saya wake up. Apabila mencoret tentang wake up ini, ada sesuatu yang menarik perhatian, oleh kerana main profile picture saya di Facebook adalah berimejkan ayat 'Wake Up Project'.

"Ariji sekarang semakin malas, kata cik tadi di kelas bila awak ponteng." Khamis lepas, saya cuba ponteng lagi kelas subjek itu, gara-gara kerana mengantuk, tetapi gagal apabila didapati kelas itu cancel last minute.

Antara faktornya adalah kesukaran untuk tidur lena pada waktu tengah malam. " Kebanyakan student di sini mengalami masalah ini." kata rakan saya ketika membincangkan tentang isu tidur tak lena.

Pada malam Jumaat lepas, saya tidak tidur malam hingga ke awal pagi. Selepas solat Subuh, saya mengambil kasut yang basah itu. "Pakai je lah kasut basah pun."

Pada suatu malam, seekor kucing telah masuk ke rumah saya tanpa meminta izin dari saya. Lalu ia pergi ke kasut saya yang sedang berjemuran. Kasut itu dijemur kerana telah kebasahan akibat menjalani aktiviti di Pantai Penarik pada Ahad lepas. Sila rujuk kepada coretan blog saya yang bertajuk "Rambut". Walaupun mungkin ia telah kering, tetapi ia dibiarkan saja di situ.

Ia mengangkang. Saya melihatnya. "Seperti ada sesuatu yang tidak kena." Lalu terpancarlah air daripada alat kemaluan kucing itu, menuju ke arah kasut saya.

"Oi...!!!" Kucing itu terkejut mendengar jeritan saya lalu berlari keluar ke arah pintu rumah.

Inilah antara sebab kenapa saya berjogging dengan memakai kasut yang basah pada pagi Jumaat itu, dek kerana kasut itu tidak sempat untuk mencapai status kekeringan air akibat basuhan bagi membersihkannya daripada produk yang dikeluarkan oleh alat kemaluan kucing tersebut.

Pagi itu, saya memasang earphone di telinga. Lagu 'Tunjukkan Aku' dari Boneca. Apabila menulis cerpen ini, ingin saja saya menggunakan pronoun 'aku'. Perkataan tersebut dirasakan lebih sesuai untuk cerpen. Cuma saya ingin consistent dengan pronoun 'saya' dalam tulisan blog ini.

"Apa itu pronoun?" Tanya rakan serumah saya ketika meminta saya mengajarnya Bahasa Inggeris.

"Er, saya lupa, oh, pronoun itu ganti nama." kata saya selepas membaca nota yang dibawanya.

Ketika pulang dari berjogging selepas menuruni bukit, saya perasan ada Hani di situ, dengan beribakan sebuah laptop.

"Agak ramai student yang jogging pada waktu petang." kata seseorang, bukan semasa saya berjalan pulang itu, tapi yang ini adalah flashback yang lain. Ketika di kampung dulu, saya pernah selalu jogging pada waktu petang.

"Anak awak masuk SUKMA ke?

"Kenapa pula?"

"Ya lah. Saya selalu terlihat anak awak jogging pada waktu petang."

Dialog ini yang dapat saya gambarkan, berdasarkan kisah yang diceritakan oleh mak saya suatu ketika dahulu. Mungkin kerana ketika itu 'musim' SUKMA, memberi ilham kepada makcik itu untuk mengemukakan persoalan tersebut.

"Nah." Mak saya menghulurkan sebuah kitab.

Saya menyambut dan melihat kitab itu.

"Ini buku berkenaan hadis." bisik saya. Saya membelek-beleknya.

"Ini adalah koleksi riwayat hadis-hadis yang terpilih." bisik saya.

Hakikatnya, sudah terlalu banyak kerosakan di muka bumi yang terhasil akibat riwayat hadis tertentu yang bersifat fitnah, walaupun ia pernah 'dicop' dengan 'logo' sahih. Padahal, kerosakan itu datang daripada manusia itu sendiri.

Saya masih belum bercadang untuk berjogging pada waktu petang buat masa ini. Pada waktu pagi, suhunya lebih rendah. Tetapi waktu matahari terbenam juga tidak kurang romantiknya. Melihat langit yang colorful itu mengingatkan saya pada Pencipta.

Berbalik semula kepada isu motivasi. Dimanakah target 4 flat saya pada semester lepas? Dimanakah prinsip study first?

Wajah Zira pun sudah tidak kelihatan pada semester ini. Kelibat Faezah juga. Bukan Faezah si penari zapin, tapi ini Faezah yang lain. Mungkin dia sedang menjalani praktikal.

Suatu ketika dahulu dia pernah menjadi 'posman'. Itulah detik perkenalan saya dengan Zira, Faezah, dan Sarah. Mungkin mereka semua sedang menjalani praktikal.

Nampaknya coretan saya kali ini sifat melencongnya agak tinggi. Lihat saja tajuknya, 'Motivasi'; tetapi, sejauh mana ia menceritakan tentang motivasi? Sekian dahulu coretan kali ini.

Wallahualam.

Saturday, 3 April 2010

Mazhab Sunni dan Amalan Berkhatan

Imam Malik menfatwakan bahawa hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, dari perspektif mazhab Sunni, dibolehkan menolak amalan berkhatan. Ini kerana dari perspektif mazhab Sunni, meninggalkan amalan sunat adalah tidak berdosa.

Apatah lagi apabila al-Qaradawi menfatwakan bahawa hukum berkhatan bagi perempuan adalah harus, dengan hujah bahawa tiada dalil yang kukuh bagi mewajibkan amalan berkhatan ke atas perempuan.

Antara hujah lain bagi menolak amalan berkhatan adalah;

1) Amalan ini bersumberkan daripada Israeliyyat.

Abu Hurairah dikategorikan sebagai antara periwayat Israeliyyat, dan dipercayai meriwayatkan hadis berikut;

Berkhatan Nabi Ibrahim ketika baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Riwayat hadis ini hampir menyamai ayat tertentu di dalam Kitab Kejadian, antara bezanya dari segi umur Nabi Ibrahim ketika berkhatan. Mari kita perhatikan Kitab Kejadian 17:24.16;

Ibrahim berumur sembilan puluh sembilan ketika dia dikhatankan.

2) Allah menyempurnakan penciptaan manusia.

Ini berdasarkan dalil daripada Surah As-Sajdah ayat 7;

Yang menyempurnakan segala-galanya yang Dia ciptakan dan Dia mulakan penciptaan manusia daripada tanah.

3) Air kencing sebagai faktor kekotoran.

Mereka mendakwa bahawa kulup itu kotor. Seolah-olah inovasi mereka terhadap kejadian manusia lebih bijaksana daripada yang Maha Bijaksana.

Padahal, yang mengotorkan itu adalah air kencing. Maka sepatutnya air kencing itu yang perlu 'dipotong'.

Atau mereka sepatutnya memotong jari mereka selepas menyentuh tahi? Kenapa tidak saja mereka buang usus perut mereka yang menyalurkan najis itu?

4) Teori bahawa Nabi Muhammad dikhatankan oleh Abu Mutalib.

Dengan teori ini, maka amalan berkhatan adalah Sunnah Abu Mutalib, bukannya Sunnah Nabi Muhammad.

5) Cubaan mewujudkan fitnah bagi menegakkan benang yang basah.

Ada teori yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan. Teori ini menjelaskan bahawa baginda dilahirkan dalam keadaan cacat.

Ada juga teori yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad dikhatankan oleh Malaikat Jibrail. Kedua-dua teori ini ditolak oleh Al-Qaradawi.

6) Amalan berkhatan boleh membawa maut.

Ada kes bayi maut akibat berkhatan.

7) Membuat pengubahan terhadap ciptaan Allah bagi tujuan keagamaan adalah dianggap jahat.

Ini berdasarkan dalil daripada Surah An Nisa' ayat 119;

"Dan aku akan menyesatkan mereka dan membangkitkan nafsu mereka, dan aku akan mengarahkan mereka, supaya mereka akan tandakan telinga-telinga binatang ternakan, dan aku akan mengarahkan mereka agar akan membuat pengubahan terhadap ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil Setan sebagai penyokong selain daripada Allah, maka dia benar-benar sesat satu kesesatan yang hebat.

8) Al-Quran mengesahkan dan menggantikan Kitab-kitab sebelumnya.

Al-Quran mengesahkan dan menggantikan Kitab Taurat. Dengan turunnya al-Quran, maka terungkailah kekeliruan dan kepalsuan yang terdapat dalam Kitab Taurat versi tidak asli.

Ini berdasarkan dalil daripada petikan Surah al-Maidah ayat 48;

Dan Kami telah menurunkan kepada kamu Kitab dengan kebenaran, mengesahkan apa sebelum bagi Kitab itu dan menggantikannya...

Wallahualam.

Friday, 2 April 2010

Nabi Muhammad dan Superman

Sifat 'Superman' yang ada dalam 'Nabi Muhammad' versi mereka antaranya adalah;

1) Baginda mempunyai 'lesen' untuk melanggar perintah Allah dalam al-Quran. Contohnya hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina, di mana ia melanggar perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 2.

Contoh yang lain adalah Nabi Muhammad membenarkan pembunuhan kanak-kanak dan perempuan ketika berperang. Ini bertentangan dengan Surah al-An'am ayat 164. Sila juga rujuk Surah an-Nisa' ayat 75.

Lagi contoh adalah hukuman mati ke atas pesalah minum arak yang didapati bersalah untuk kali ke-empat.

2) Baginda berkeupayaan mencipta hukum agama tambahan.

3) Nabi Muhammad mempunyai nafsu seks yang luarbiasa, pernah melakukan hubungan seks dengan sembilan perempuan dalam satu malam. Baginda mempunyai tenaga seks 30 lelaki.

4) Menyebut 'Nabi Muhammad' tanpa disertai 'Selawat Allah ke atasnya dan sejahtera' adalah tidak menghormati baginda.

5) Nabi Muhammad mempunyai kuasa shafaat dan akan menyelamatkan kita pada Hari Pengadilan.

6) Nabi Muhammad menduduki tempat tertinggi mengatasi Rasul yang lain.

7) Baginda tidak pernah berdosa.

8) Kita perlu mengagung-agungkan Nabi Muhammad.

Wallahualam.

Thursday, 1 April 2010

Nabi Muhammad, Superman dan Amalan Berkhatan

Apabila saya menolak 'Nabi Muhammad' versi mereka, mereka menuduh saya menolak Kerasulan Nabi Muhammad. Seterusnya menuduh saya sebagai Kafir?

Apa tidaknya, apabila Kitab-kitab selain daripada Kitabullah yang mereka 'beriman', antaranya menerangkan Nabi Muhammad itu adalah 'Superman'.

Dan kemungkaran ini antaranya yang sedang ditentang oleh seorang ulama Sunni. Sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1032

Hakikatnya, budaya meng'Superman'kan Nabi Muhammad berleluasa dikalangan penganut Sunni. Tidak hairanlah jika ulama Sunni tersebut mendapat tentangan yang 'istimewa' daripada kelompok Sunni itu sendiri.

Dan hakikatnya, mereka tidak mampu 'beriman' kepada Kitab-kitab tersebut secara keseluruhan. Mari kita perhatikan hadis Sahih Muslim, 2362;

Aku adalah manusia seperti kamu. Apabila aku memberi apa-apa arahan agama, terimalah ia. Apabila aku mengemukakan pendapat peribadiku, ingatlah bahawa aku adalah hanya manusia.

Mereka mendakwa 'Superman' versi mereka itu buta huruf, tetapi 'Superman' itu tahu pula bahawa Nabi Ibrahim pernah berkhatan? Adakah kebolehan mengesahkan fakta sejarah lampau itu antara satu kelebihan 'Superman'? Jika baginda sekadar mengetahuinya daripada khabar sejarah orang awam, adakah baginda akan menjadikannya sebagai hukum agama? Sehinggakan mereka mewajibkan amalan berkhatan dengan menggunakan dalil daripada Surah al-Nahl ayat 123;

Kemudian Kami mewahyukan kepada kamu: "Kamu hendaklah mengikut fahaman Ibrahim, monoteisme, dan dia bukanlah dari orang-orang musyrik."

Suara siapakah yang menyampaikan sejarah Nabi Ibrahim itu kepada baginda? Atau mereka telah terpedaya dengan riwayat hadis tertentu yang direka oleh penganut Yahudi?

Dan antara lima 'fitrah' yang diterangkan dalam satu riwayat hadis iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak, mereka hanya meletakkan hukum wajib ke atas amalan berkhatan? Yang lain pula mereka meletakkan hukum sunat?

Lebih-lebih lagi apabila seolah-olah manusia yang kehilangan 'anggota badan' tertentu tersebut lebih sempurna daripada manusia versi original?

Manusia versi original itu abnormal? Lalu dikhatankan untuk menjadi normal?

Padahal, itu adalah hasil daripada inovasi makhluk terhadap kesempurnaan ciptaanNya.

Jika saya bacakan Surah An-Nur ayat 2 bagi menolak hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina, telinga mereka menjadi 'pekak', ini kerana 'Nabi Muhammad' versi mereka adalah 'Superman'.

Wallahualam.

Tuesday, 30 March 2010

Rambut

Sudah berapa tahunkah saya melakukan amalan menyikat rambut dengan jari?

"Rambut awak terlalu kering." Komen seorang rakan perempuan saya. Ya, sudah berapa lama saya tidak menggunakan minyak rambut atau gel, atau apa pun produknya, selain daripada yang digunakan ketika mandi.

"Untuk memikat perempuan, awak kenalah kemaskan rambut awak." Satu lagi nasihat yang diberi.

Mengeringkan rambut dengan tuala, kemudian menyikat dengan jari. Itulah amalan kebiasaan saya selepas mandi.

Apabila saya terlihat ketidakkemasan rambut saya di cermin, kemudian saya berkata "What is wrong with my hair?"

Dalam ramai-ramai perempuan di dalam gambar ini, yang manakah berkenan dengan rambut saya ini? :D


Ketika ini kami berada di Pantai Penarik, Terengganu.

Saya terlihat ada 'wajah' seorang pengacara TV3 pada dinding sekolah yang berdekatan. Yang seorang lagi tidak pula saya cam. "Mungkin dia pernah belajar di sekolah ini."

Wallahualam.

Lamaran SMS

"Bagaimana si dia melamar awak? Face to face? Atau SMS?"

"SMS je."

Dikala lamaran saya yang berbentuk SMS, its result showed that it was clearly and decidedly quarantined, kira-kira dua minggu lalu, bestfriend saya yang seorang ini baru sahaja mendapat boyfriend baru lebih seminggu lepas, saya tidak pasti tentang tarikh sebenarnya.

Saya banyak kali juga terserempak dengan boyfriend barunya itu. Cuma baru tadi mendapat kepastian itulah orangnya, gara-gara gelaran 'adik' terhadap boyfriend barunya itu. Juga gara-gara penangguhan jawapan daripada Sha terhadap soalan "Adakah lelaki itu adik kandung awak?"

Sha, nama panggilan saya terhadapnya. Kami pernah melalui 'detik pergaduhan'. Ketika itu, hati saya 'panas' lebih daripada biasa. Kesabaran adalah penawarnya.

Hakikatnya, kami mempunyai lebih banyak detik manis bersama daripada detik pahit.

Pernah juga dia SMS saya bertanyakan hukum tentang arak.

"Hukumnya dari perspektif al-Quran adalah harus tetapi terhad untuk tujuan yang tertentu. Contohnya seperti untuk tujuan perubatan dan sebagainya. Tetapi mengikut mazhab tertentu hukumnya adalah haram. Saya boleh umpamakannya seperti dadah."

Arak, dari segi kajian saintifik, setahu saya, ia membantu mengubati penyakit tertentu.

Saya gembira melihatnya gembira. Sejarah cintanya agak pahit. Dikecewakan berkali-kali. Itu yang dia beritahu saya.

"Saya harap hubungan kami kekal ke akhir hayat." Ayat ini seingat saya dia chat dalam Facebook. Tinggi harapannya.

Setahu saya, mereka kira-kira lebih setahun telah berkenalan. Lebih kurang sama dengan tempoh perkenalan antara saya dan dia.

Agak aktif saya membuat perenggan untuk coretan kali ini. Mungkin saya perlu berhenti terlebih dahulu menulis. Semacam tidak banyak untuk saya ceritakan.

Cuma saya harap saya juga dapat bercinta bahagia suatu hari nanti.

"Saya perasan kamu hampir setiap hari menghantar bungkusan nasi berdekatan dengan rumah saya." kata seorang pegawai institusi pengajian saya kepada seorang rakan saya semasa bermesyuarat tadi.

"Adakah saya mempunyai komitmen setinggi itu apabila bercouple suatu hari nanti?"

Baiklah. Mungkin ada benarnya jika saya tamatkan coretan untuk kali ini. Ingin saja saya menulis ayat "Wallahualam". Ya, ia kelihatan seperti sebuah perkataan, tetapi dari perspektif Bahasa Arab, ia adalah sebuah ayat. Tetapi terasa seperti ada sesuatu lagi hendak saya coretkan. Ya, ada.

Daripada saya 'terkial-kial' menulis begini, ah, baiklah.

Wallahualam.

Sunday, 21 March 2010

Pengurusan Bisnes dan Al-Quran

Pengurusan pada hari ini didefinisikan sebagai "melakukan sesuatu melalui orang lain." Mengikut konsep ini, Pengurus difahami sebagai seseorang yang bekerja melalui orang lain. Pengurus yang baik, oleh itu, adalah seseorang yang tidak hanya tahu apa sepatutnya perlu dilakukan tetapi secara tepatnya bagaimana untuk melakukan sesuatu. Mari kita perhatikan petikan Surah Az-Zukhruf ayat 32;

... Dan Kami meninggikan sebahagian daripada mereka di atas yang lain dalam kedudukan, agar mereka berkhidmat antara satu sama lain...

Ayat ini merangkumi keseluruhan falsafah dan kewajaran bagi pengurusan moden. Ia menekankan, betapa pentingnya, penciptaan hirarki yang sesuai dan pembahagian tanggungjawab bersubjek kepada kebolehan individu. Ia secara asasnya menandakan penciptaan bagi carta organisasi daripada pengurusan atasan kepada pengurusan yang lebih rendah.

Bekerja melalui orang sebenarnya mengpraandaikan keakanan bagi orang untuk mentaati. Oleh itu, ianya perlu bagi mereka yang diberi kerja untuk menyiapkan tugas untuk mentaati semua arahan yang halal dan munasabah dan melakukannya dengan bertanggungjawab. Ini bersesuaian dengan petikan Surah An-Nisa' ayat 4;

Wahai kamu yang beriman, taatilah Allah dan Rasul dan yang berkuasa di antara kamu...

Tanpa semangat ketaatan sukarela antara yang bekerja, penciptaan bagi hirarki tidak akan menyediakan apa-apa tujuan.

Al-Quran juga menerangkan kepentingan perundingan bersama (syura) dan kerja berkumpulan. Mari kita perhatikan petikan Surah Asy-Syura ayat 38;

... Dan urusan mereka dilakukan dengan perundingan bersama di antara diri mereka...

Mari pula kita perhatikan petikan Surah al-Imran ayat 159;

... Maka maafkanlah mereka dan pintalah kemaafan untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam hal itu; Kemudian apabila kamu yakin, maka bertawakkallah kamu atas Allah; Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertawakkal.

Prinsip bagi kesamarataan peluang mengpostulatkan bahawa semua ahli bagi sesebuah organisasi akan mendapatkan peluang yang samarata dan adil untuk berkembang, menyumbang, dan mendapatkan anugerah. Mari kita perhatikan petikan Surah Al-Hujurat ayat 13;

Wahai manusia, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu kepada bangsa dan puak, supaya kamu boleh mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa...

Menjadikan orang apa yang mereka sepatutnya lakukan memerlukan darjah komitmen tertentu yang mana hanya boleh dicapai melalui motivasi. Ia adalah fakta yang didirikan bahawa cara Pengurus berperilaku atau berhadapan dengan subordinat menentukan tahap dan ketahan lamaan motivasi dan komitmen mereka kepada takat yang hebat. Mari kita perhatikan sekali lagi petikan Surah Al-Imran ayat 159;

... Jika telah kamu berkasar dan berhati garang, mereka akan menghilang daripada kamu. Maka maafkanlah mereka dan pintalah kemaafan untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam hal itu...

Ayat ini menekankan dua aspek; pertama, bahawa gelagat belas kasihan dan simpati terhadap teman dan pengikut, dan kedua, pengambilan bagi pendekatan partisipatori apabila berurusan dengan mereka contohnya berunding dengan mereka, adalah cara yang paling efektif bagi pengurusan. Jika perkara ini diabaikan, 'mereka akan menghilang daripada kamu', contohnya mereka tidak akan memberi perhatian atau minat terhadap anda atau kerja apa yang anda libatkan.

Wallahualam.

Saturday, 20 March 2010

Bidadari Dari Langit

Suatu ketika dahulu, saya pernah menggubah sebuah karya bertajuk "Bidadari Dari Langit", yang pernah dipersembahkan dalam versi Sibelius di UiTM Malaysia dalam keadaan susunan muzik yang teruk. Ya, karya itu dipersembahkan dalam keadaan 'separuh siap'.

Dari mana datang ilhamnya? Dari seseorang. Oleh kerana saya baru sahaja add facebook dia, ini mencetuskan idea untuk saya coretkan sesuatu.

Karya itu tidak kemana, hanya di dalam 'simpanan'. Siapakah yang bertanggungjawab mengangkatnya ke persada jika bukan komposernya? Pendapatan dalam bidang muzik di Malaysia yang merudum seiring dengan peningkatan dalam penggunaan Internet sejak kebelakangan ini, sedikit sebanyak memberi kesan kepada para pekarya muzik.

Ketika itu mungkin pada tahun 2007, ya, perempuan berwajah bulat memang menjadi taste saya. Lihat saja Marit Larsen, Hani, Tomoko dalam drama Great Teacher Onizuka, atau mana-mana perempuan lain yang pernah saya berkenan, kebanyakan dari mereka adalah berwajah bulat.

Ada juga yang tidak berwajah bulat, seperti Faezah, si penari zapin. Secara kebetulankah, Hani juga seorang penari.

Tadi baru saja saya melihat Ani Mayuni menggelek punggung di pentas terbuka. Tidak pula saya budget yang dia akan menggelek punggung. Saya tidak berapa kenal siapakah Ani Mayuni. Rupa-rupanya dia adalah seorang penyanyi dangdut.

Saya ingin aktif kembali. Apakah saya terlupa bahawa saya adalah seorang komposer, pernah menggubah beberapa karya berinspirasikan Faezah, seperti karya She Loves Me Not dan Kanser Cinta.

Adakah saya patut menggubahkan satu karya berinspirasikan Hani? Ya, tadi saya ternampak dia berada di berhampiran pentas, tidak jauh daripada saya. Rasanya dialah juga yang menari tadi. Tidak berapa cam wajah itu di pentas. Rasanya ya. Bukankah dia seorang penari.

Pernah saya akui suatu ketika dahulu, kaum Hawa sememangnya memberi inspirasi yang ketara kepada saya. Cuba tanya Melly Goeslaw, apakah bukan kaum Adam yang menjadi inspirasinya?

Melly Goeslaw, karyanya sememangnya 'kena' dengan jiwa saya. Ya, saya mahu aktif kembali. Buku-buku muzik yang tersimpan dalam almari itu saya patut belek kembali. Ya, komposer juga sepatutnya perlu membaca buku-buku yang tebal. Ilmu yang ditinggalkan oleh nenek-moyang secara turun-temurun boleh dijangka akan banyak membantu.

Kejayaan dalam bidang ini semestinya berpaksikan ilmu dan kemahiran. Saya harap umur saya masih panjang, agar saya dapat aktif kembali suatu masa nanti. Penerbit boleh dikatakan tidak akan datang bergolek, tetapi si komposerlah yang perlu bersedia dengan bekalan ilmu dan kemahiran, kemudian mempersembahkan hasil karya kepada si penerbit.

Mungkin juga saya sekadar menjadi komposer 'jalanan', seperti yang dilakukan oleh band Boneca, itu bukanlah isu yang ketara. Yang menjadi visi adalah kepuasan dalam berkarya. Saya rasa, sesiapa yang berdarah seni memahami tentang perkara ini.

Boneca, karya mereka satu dua yang pernah saya dengar sememangnya bertaraf lima bintang, seperti lagu Cela dan Tunjukkan Aku. Mungkin bukan dari segi susunan muzik, namun dari segi melodinya. Tidak pula saya sempat untuk menghayati kesemua karya mereka.

Hanilah yang 'mengenalkan' saya dengan Boneca, apabila lagu daripada band itu yang saya jumpa di halaman utama taggednya.

Padahal, lagu yang bermodalkan suara dan gitar akustik sahaja sudah mampu menjadi sebuah karya yang hebat, seperti lagu Kimia nyanyian Imelda Ahmad.

Wallahualam.

Friday, 19 March 2010

Jika Dia Sedang Berpunya

Jika dia sedang berpunya, jangan saya yang disalahkan. Kerana dia memberitahu saya dia masih single. Sudah tiba masanya untuk saya mencari yang lain.

Soalnya cuma ingin mencari titik pertemuan. Harap-harap dapat jumpa calon yang sefahaman dengan saya dalam soal agama.

Wallahualam.

SUKYA

SUKYA adalah singkatan kepada Sukan Anak Yatim Kebangsaan. Pagi keesokannya selepas saya 'putus cinta', kami bergerak ke Stadium Tertutup Gong Badak. Bukan sahaja warna pakaian yang colorful (atau juga colourful), malah gelagat atau karenah manusia di situ berwarna-warni juga. Mungkin daripada semuda tujuh tahun sehingga lebih enam puluh tahun, masing-masing ada sumbangan tersendiri dalam menjayakan SUKYA ini.

Dalam empat hari menjayakan SUKYA, sempat juga telinga saya mendengar seorang ahli politik berkempen tentang Imam Shafie. Bukankah sepatutnya itu yang menjadi titik pertemuan antara PAS dengan UMNO?

Mungkin masing-masing ada losyen yang dapat memelihara kulit muka daripada menjadi hangit dek kerana sinaran si Mentari, saya pula mengabaikan keperluan ini. Kehangitan kulit saya selepas sesi jemuran agak menonjol dalam gambar-gambar yang diambil.

Aktiviti ini sememangnya meningkatkan kadar perkenalan saya dengan anak-anak yatim. Mungkin sebelum ini saya tidak tahu bahawa antara mereka itu adalah anak yatim, selepas membabitkan diri dalam aktiviti ini kemudian saya jadi tahu pula. Alhamdulillah, setakat ini, saya masih belum menjadi anak yatim, tetapi detik itu bisa datang bila-bila masa sahaja.

Pernah juga saya berdoa agar saya dimatikan dalam keadaan beriman sebelum kufur. Saya lebih rela mati pada hari ini dalam keadaan beriman, daripada mati pada tahun depan dalam keadaan kufur. Bukan sahaja saya, malah bakal anak saya nanti juga bisa menjadi seorang anak yatim.

Apabila melihat gadis-gadis itu, bertanya pula saya kepada diri saya, "Apa sebenarnya yang kamu mahu?"

Ya. Apa sebenarnya yang saya mahu. Mahu saja saya teruskan status single not in a relationship ini untuk beberapa tahun lagi.

Ada juga mulut saya berkata ketika menjamu jus buahan, "Apa yang penting? Kasih... Sayang..." Di sekitar saya ketika itu terpamernya kasih sayang antara kami dan juga sebuah keluarga yang berada di meja makan bersebelahan kami. Ditambah pula dengan persoalan apa sebenarnya yang saya mahu daripada seorang teman hidup. Rasa-rasanya, sudah agak panjang saya menulis tentang teman hidup.

Atau saya sepatutnya tidak terlalu memikirkan tentang hal ini, cuma teruskan sahaja dengan amalan berkasih sayang antara sesama manusia dan tunggu sahaja jodoh 'datang'.

Ira, salah seorang bestfriend saya, dia juga seorang anak yatim. "Abah saya meninggal ketika saya berumur dua tahun." katanya.

"Kenapa saya tidak tahu tentang perkara ini?" Adakah saya terlupa atau maklumat ini tidak sampai kepada saya? SUKYA menjelaskan bahawa Ira adalah seorang anak yatim. Tidak disangka pula saya bertemu dengannya dalam program ini.

Malah, sebelum ini, saya tidak tahu pula yang saya hanya sekadar menggantikan 'kerusi kosong' yang ditinggalkan oleh anak yatim yang lain, dan bahawa barisan urusetia daripada institusi pengajian kami asalnya diwakili oleh anak-anak yatim. Apa tidaknya, kerana saya telah absent mesyuarat yang diadakan sebelum program berjalan.

"Friendship is priceless." Seingat saya, saya pernah mengungkap kata-kata ini. Persahabatan adalah tersandar dengan kasih sayang, bila direnung, ianya bersifat priceless.

Ira yang satu lagi, bukan yang telah saya ceritakan di atas, dan dia tiada dalam program YUKSA ini, tetapi saya terbaca quotenya di Facebook, tentang kasih sayang; yang menerangkan bahawa kita belajar apa itu 'kasih sayang' adalah dengan menyayangi seseorang.

Pada malam dinner itu, Faizal AF menyanyikan lagu Dealova. Ya, boleh tahan. Dia menyanyikannya dengan stylenya tersendiri, bukannya daripada style penyanyi asal. "Agak handsome juga Faizal ni."

Ya, dia memang handsome, dan selalu tersenyum.

Pada malam itu juga, jika mengikut jadual asal, mungkin saya berpeluang melihat Hani menari di event yang satu lagi. Jika saya pergi ke sana, biarlah dengan motif yang lain. Saya mahu 'melupakan' cinta itu. Boleh saja jika saya mencari jalan untuk ke sana, tetapi bagi saya, meluangkan masa dengan kawan-kawan baru mungkin lebih berharga daripada 'terkejar-kejar' pada yang tidak sudi.

Bersosial. Lelaki dengan wanita, Melayu dengan Cina, semua itu dijadikan untuk saling berkenalan.

Jika dilihat ketika saya mula belajar membetulkan pasir bagi acara lompat jauh, mungkin saya kelihatan seperti  agak 'slow'. Rupa-rupanya, membiarkan tarikan graviti secara agresif menarik cangkul itu adalah cara yang salah dalam meratakan pasir. Lama-kelamaan, kerja itu menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

"Boleh saya pinjam topi?" Pinta saya kepada seorang anak yatim. Saya tertinggal topi 'Besball' pada hari itu. Topi style ini setahu saya adalah daripada sukan Besball. Kepanasan si Mentari memberi saya sebab untuk meminjam topi.

Secara kebetulankah, acara sukan yang lain semua sudah tamat, yang tinggal hanya acara lompat jauh. Ketika para penonton mula beredar, saya masih lagi memegang cangkul.

Agak menyeronokkan apabila menulis tentang pengalaman hidup, tetapi biarlah saya berhenti setakat ini dulu. Apapun, pengalaman menjayakan SUKYA memberi satu lagi slot sweet memory dalam hidup saya. Alhamdulillah.

Wallahualam.

Sunday, 14 March 2010

Putus Cinta

Orang memanggilnya Hani. Saya mula mengenalinya ketika menghadiri satu kursus pada akhir Januari lepas. Ketika itu, saya telah jatuh hati padanya.

"Jangan pandang saya macam itu, nanti awk akan jatuh cinta. Saya tahu awak jenis yang cerewet dalam memilih pasangan, tetapi perempuan dijadikan daripada rusuk kiri lelaki." katanya.

Saya terdiam mendengarnya. Ya, memang benar, saya sedang jatuh hati ketika itu. Apakah bezanya antara 'jatuh cinta' dengan 'jatuh hati'? Ah, abaikan soalan ini. Mari kita teruskan jalan ceritanya.

Ketika itu adalah ketika menjamu makan malam. Sebelum itu, seingat saya ia adalah pada hari yang berbeza, ketika waktu petang, dia telah mempersoalkan secara bertubi-tubi proposal saya, iaitu logo yang berbaur Masonic. Ya, sejak saya bergelumang dengan Wakeup Project Team, saya semakin mengenali apa itu Freemansonry. Ketika itu saya mengesan persamaan 'pertama' antara dia dan saya, iaitu sikap 'mempersoal'.

Lihat sahaja tulisan di blog saya, bagaimana saya 'mempersoal' khususnya dalam bab agama. Saya melihatnya dan berkata "Perempuan ini agak cantik juga, tapi tidaklah cantik sangat."

Terlalu banyak kenangan ketika kursus itu. Plot cerita dan kenangan yang kurang tersusun dalam memori ini mengehadkan keupayaan saya untuk menulis secara realistik. Tapi tak mengapalah, kerana tema utama dalam coretan ini bukannya kursus itu, tetapi berkenaan cinta.

Setelah kami berpisah, mungkin kerana kuasa cinta, saya mula mencari nombor handphonenya. Entah macam mana, saya mendapat nombor yang salah, yang disangkakan betul. Mengapa terjadi begini, nombor siapakah yang kawan saya berikan itu?

Kira-kira pukul 2:30 petang, ketika sedang menyiapkan pemasangan banner 'Bolasepak Tujuh Sebelah', dia telah menegur saya dan memberi saya kesempatan untuk mendapat nombor yang betul. Mesej pertama yang dihantar adalah kepada nombor yang salah."Ah, penat saya tunggu, patutlah dia tidak reply."

Mesej kedua dihantar ke nombor yang betul, kira-kira dua minggu baru dibalas. Katanya terlupa kerana ketika itu dia tiada kredit.

Kemudian, mungkin selepas itu atau hari berikutnya, maklumat ini telah tergugat dalam memori saya, saya melamarnya dengan menghantar mesej, disertakan 'amaran' bahawa fahaman agama saya bercanggah dengan fahaman Islami arus perdana di Malaysia.

Saya tidak mahu nanti, hubungan putus dek kerana kelewatan mengetahui realiti fahaman agama saya yang berbeza.

Dia tidak kata ya atau tidak, tetapi dia minta untuk berjumpa. Malangkah, kerana sehingga ketika saya sedang menulis coretan ini, tiada perjumpaan secara rasmi antara kami. Perjumpaan terserempak itu dikira tidak rasmi.

"Ariji, saya jumpa tagged dia lah." Sejak itu saya mula minat untuk bertagged. Lama-kelamaan, saya register juga akhirnya. Sejak itu, saya mula agak aktif menghantarnya emel melalui tagged.

"Hani, saya dengar pelbagai cerita negatif tentang awak. Bila kita boleh jumpa?"

"Cerita apa?"

Kali pertama dia call saya, "Tolong beritahu saya siapakah yang menyebarkan berita itu, saya teraniaya."

Saya tidak memberitahunya, dan dia berkecil hati. "Bulan ini saya busy, kita jumpa lain kali" Sudah lama saya menunggu, perlu pula tunggu April menjelma?

"Kita kenal pun tak, awak. Takkan main nak couple je. Entahlah, tak tahu nak cakap apa." Jawapan ini diberikan setelah saya meminta kata putus bagi persoalan samada dia menerima saya sebagai kekasih atau tidak, memberi penyelesaian yang bermakna kepada perjalanan cinta ini.

Maka saya simpulkan di sini, bahawa lamaran saya telah gagal. Teringat pula pesan kawan perempuan saya, "Samada si dia terima atau tidak, itu soal nombor dua. Yang penting awak beranikan diri dan luahkan perasaan."

Lalu saya menaip coretan ini, sehingga ke perenggan ini. Ini kisah perjalanan cinta saya. Mungkin kisah anda lebih menarik atau memang kurang menarik. Apa pun, kenangan yang dilalui, memberi warna memori yang indah. Walaupun mungkin hati terluka, tetapi itulah lumrahnya.

Wallahualam.

Saturday, 13 March 2010

Kahwin Paksa dan Hadis

Mari kita perhatikan hadis berikut;

"Seorang perempuan janda adalah lebih mempunyai hak di atas dirinya sendiri daripada walinya dan kiranya perempuan itu masih perawan (dara) bapanya berkuasa mengahwinkan.” Diriwayatkan oleh ad-Daaruqutni.


Atau sebenarnya hadis itu merujuk kepada keizinan penjaga si perempuan? Mari kita perhatikan petikan Surah An Nisa' ayat 25;

...Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin ahli mereka.

Hakikatnya, dalam mazhab Sunni sendiri ada hujah bagi menolak amalan kahwin paksa, sila rujuk http://ulamasunnah.wordpress.com/2008/02/19/menolak-nikah-paksa/

Wallahualam.

Friday, 12 March 2010

Kahwin Paksa dan Ikan


jeragang wrote:
Maaf, saya tidak berniat utk sengaja memperpanjangkan isu ini, tetapi saya menampak suatu kepalsuan yg sangat karut berkenaan al-Qur’an yg ditimbulkan oleh Ariji.

Dan saya bukanlah seorang yg faqih dlm hal agama, apatah lagi utk menafsirkan Ayat2 al-Qur’an... mentelah pulak penguasaan bahasa Arab saya masih sangat lemah...

Tetapi saya tidak akan membiarkan kekarutan pemikiran Ariji berterusan di SOL ini, dan saya berikhtiar utk menyanggah pemesongan Ariji agar tidak ada pihak yg terus terkeliru. Dan saya tidak tahu tahap kemampuan Ariji dlm bahasa Arab, sehingga Ariji sanggup membuat tafsiran yg saya kira sangat kartun sekali.....
Agak memberangsangkan...


jeragang wrote:

sila rujuk surah an nur ayat 33 – Ariji

Ariji, bila membaca Qur’an, kita mesti baca keseluruhan Ayat, dan dlm banyak keadaan, kita kena melihat Ayat yg sebelum dan sesudahnya.. barulah tahu apa maksud yg hendak diceritakan...

Qur’an bukannya kamus, yg boleh diambil satu atau dua perkataan, kemudian menafsirkannya maknanya berdasarkan akal....

Terjemahan Ayat 33 Surah an-Nur berbunyi : “Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya, hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka; dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu, Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia, Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Tafsiran ringkas :

1. Orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah mereka menjaga kehormatannya daripada terdorong melakukan perkara yang diharamkan, dan hendaklah mereka berusaha dan berikhtiar, semoga Allah melapangkan hidup mereka sehingga mampu berumahtangga.

2. Masalah hamba-abdi telah wujud lama sebelum Islam. Bagi menghapuskannya, Islam mengadakan berbagai-bagai cara, di antaranya ialah yg tersebut dlm Ayat di atas, iaitu di mana hamba abdi yg mahu membuat perjanjian utk memerdekakan dirinya dgn jumlah bayaran yg tertentu secara bberansur-ansur, maka hendaklah dipenuhi permintaannya itu dan diberi bantuan dari pemberian zakat dan lain-lainnya. Sebab itulah golongan hamba termasuk dlm ‘Asnaaf yang 8’ yg berhak mendapat bahagian dari hasil zakat.

3. Biasanya kaum-kaum Jahiliyah memaksa hamba2 perempuan mereka melacurkan diri dan mereka mengambil hasilnya. Oleh kerana perbuatan yg keji ini pernah dilakukan oleh kaum munafik dlm Islam, maka Allah menegaskan laranganNya tentang perbuatan yg demikian itu.

4. Hamba-hamba perempuan yg dipaksa melacurkan diri, diampunkan dosanya oleh Allah, sementara orang2 yg memaksanya akan ditimpa kemurkaan Allah dan azabNya.

Ariji, itu ceritanya... kisah hamba abdi yg dipaksa jadi pelacur...!! tak ada kena-mengena langsung dgn kahwin paksa.
Kata kunci dlm isu ini adalah perkataan 'fataya', yg ditafsirkan oleh saudara Jeragang sbg 'hamba perempuan'.

Hakikatnya, dlm Surah al Kahf ayat 10, mereka menterjemahkan 'fataya' sebagai 'org2 muda'.

'fataya' dalam Surah Yusof ayat 36 pula ada yg terjemahkan sbg 'lelaki muda' atau 'khadam'(hamba)

'fataya' dlm Surah al Kahf ayat 80 pula ada yg terjemahkan sbg 'teman' atau 'lelaki muda'

'fataya' dlm Surah al-Anbiya ayat 60, ada yg terjemahkan Ibrahim sebagai 'anak muda'

hakikatnya perkataan yg lebih tepat bg perkataan hamba (servant) ada dlm Surah An Nuur ayat 32. Hamba (slave) pula sila rujuk Surah Al-Baqarah ayat 177.

maka 'fataya' dlm Surah an-Nur ayat 33 lebih tepat ditafsir sbg 'perempuan muda'

kata kunci kedua pula adalah perkataan 'bagha'a' secara literalnya ditafsir sbg 'mencari di luar drp perkara yg diizinkan/dibenarkan''

Surah an-Nur ayat 33 itu menceritakan hal perkahwinan,

Maka sy tafsirkan sbhgian ayat tersebut spt berikut dan mari kita lihatnya dari skop perkahwinan;

'Dan jgnlah memaksa perempuan muda kamu kepada kemahuan jika mereka ingin menjadi bebas'.


jeragang wrote:

Simple shj saudara jeragang. jika Allah haramkannya, maka haramlah. Jika Allah haruskannya, maka haruslah. Yg menghalalkan ikan bukannya Imam tertentu, dan bukannya dari Kitab tertentu selain Kitabullah, sila rujuk al Maidah ayat 96 yg menerangkan keharusan makan ikan – Ariji

Ayat 96 surah al-Maa’idah adalah sambungan dari (dan hendaklah dibaca bersama dengan) Ayat 94 dan Ayat 95.

Terjemahan Ayat 94 Surah al-Maa’idah : “Wahai orang-orang yang beriman! Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah terkena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepadaNya semasa ia tidak melihatNya dan semasa ia tidak dilihat orang; Oleh itu, sesiapa yg melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.”

Ayat 95 : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram; Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang akan ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Ka’bah (utk disembelih dan dibahagikan kpd fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya; Allah ampunkan apa yang telah lalu, dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyiksanya; Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi berkuasa membalas dengan azab siksa.” 
Ayat 96 : “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan binatang yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang darat selama kamu sedang berihram; Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.”

Ariji... Ketiga-tiga Ayat itu adalah ihram punya cerita... Bukan pasal binatang sembelihan dan bangkai yg boleh dimakan...!


1) Saya andaikan bahawa pada pendapat Jeragang, ikan adalah haram dimakan dgn menggunakan dalil drp Surah al-Maidah ayat 3 yg menerangkan bahawa bangkai haram dimakan.

Maka berani pula Jeragang makan ikan atas dasar ajaran nenek moyang, walaupun jika ianya diharamkan dlm al-Quran?

2) Surah al-Maidah ayat 96 tidak menerangkan bahawa tangkapan laut haram dimakan, tetapi menerangkan bahawa tangkapan darat haram dimakan selagi sedang berihram.


jeragang wrote:

Al-Quran menerangkan hukum agama secara terperinci ttg Solat. Ini yang saya faham daripada al-Quran – Ariji

Ayat berapa, Surah mana...? Apa yang kau faham...?? Kalau setakat jawab secara umum begitu, budak darjah 6 pun boleh...! Macam ni ke jawapan dari orang yg (kononnya) ingin mengikut Qur’an 100% sehingga berani memperlekehkan ulama’ hadis???
Allah berfirman bahawa al-Quran adalah Kitab yang penuh terperinci. Sila rujuk Surah al-an'am ayat 114. Jika saudara Jeragang ragu2, maka ada baiknya sila rujuk Surah al-Baqarah ayat 2...

Wallahualam.

Thursday, 11 March 2010

Rukun Iman dan Kitab Al-Bukhari


jeragang wrote:
Ariji wrote:
spanarhidup wrote:
maaf off topik... Very Happy

pok de nok mencelah sikit .....sudah lama lah jugok pok de perhatikan tulisan ariji ni dan menimbulkan kemusykilan dlm batu kepala pok de ni...cuma sekadar bertanya saja ..kalu nok jawab atau hurai pok de dok pandai..

soalannya apa betul ariji tidak percaya akan hadith...titik (pinjam kata tok J).


masa sy skolah rendah dulu sy bljr rukun iman. ada 6 semuanya.

tp xjumpa pun 'beriman pada Kitab al-Bukhari'

Wallahualam Cool


habis tu... kau beriman dgn Kasim Ahmad....?

Ariji, inilah masalah utama kau... orang tanya lain, kau konar kot lain.... tak pasal2 nama Bukhari pulak yg timbul.... tadi nama imam Syafie lah... mazhab lah....!

Soalannya, apa betul kau tak percaya Hadis... jawab je lah, ya atau tidak.... jgn lah pusing kot lain....

Soalan tambahan aku ni agak kasar.... Ariji, kau agama apa sebenarnya...? cara kau menulis, tidak langsung menggambarkan yg kau seorang Muslim.....


Kassim Ahmad aku baru saja 'mengenali' namanya akhir tahun 2009. tu pun slps abangsheikh berkali2 mengaitkan dia dgn aku. aku pn try la google.

Apabila aku menyebut hadis, aku merujuk kpd tulisan Kitab2 tertentu. bukannya merujuk kpd pertuturan Nabi atau 'kisah benar' Nabi.

Tidak perlulah aku merujuk 'lebih jauh', ini kerana aku mahu berlepas diri drp wabak salah faham/fitnah yg terdapat dlm Kitab tersebut.

Muslim dari perspektif Islam bermaksud 'submission to the Creator', bukannya 'submission to the Creation'.

Wallahualam. Embarassed

Al-Quran dan Kahwin Paksa




jeragang wrote:


Ariji wrote:


Perkataan Koranic yg aku tulis itu merujuk kepada sikap pro-al-Quran, dimana sedia menolak apa jua fahaman yg bertentangan dgn al-Quran.

Dan hakikatnya, sifat Koranic ini juga berlaku dikalangan penganut Sunni (sunnah waljamaah).

Sbg cth, dhulu mereka memaksa anak perempuan bernikah, ini tidak Koranic. Ini ajaran Imam Shafie.

Skrg mereka berkata 'tiada paksaan dlm perkahwinan', ini lebih Koranic.

Persoalannya berapa ratus tahunkah utk mereka menjadi Koranic?

Tentang isu 'anti hadis' tersebut tak ubah hanya gelaran semata2. Aku hanya cuba utk mengikut ajaran al-Quran.

Wallahualam. Wink

Pro-Qur’an….? Inilah pertama kali aku dengar istilah ini dlm agama Islam…. Kalau dlm kalangan orang yg tak ada agama, aku tak tahu lah….

Okey, kau nak ikut Qur’an 100%...? Kitab al-Qur’an mengandungi 30 juzuk, dan 114 Surah, right…? Aku ada tiga soalan mudah…

Soalan 1… Dalam Ayat berapa dan Surah mana dlm Qur’an yg menceritakan ‘tiada paksaan dlm perkahwinan’…? Ini cuma soalan tingkatan 2.


sila rujuk surah an nur ayat 33.



jeragang wrote:

Soalan 2…. Al-Qur’an telah menggariskan bahawa manusia diharamkan memakan bangkai, iaitu binatang yg mati bukan kerana disembelih…. Mcm mana kau makan ikan…? Adakah kau sembelih dulu ikan tu sebelum ia mati…? Mcm mana dgn ikan yg telah mati yg dijual di pasar, bukankah itu juga bangkai…? Apakah semua orang yg makan ikan dan belalang dikira termasuk dlm golongan yg bertentangan dgn Qur’an…? Ini cuma soalan SRP.


simple shj saudara jeragang. jika Allah haramkannya, maka haramlah.

Jika Allah haruskannya, maka haruslah.

yg menghalalkan ikan bukannya Imam tertentu, dan bukannya dari Kitab tertentu selain Kitabullah, sila rujuk al Maidah ayat 96 yg menerangkan keharusan makan ikan.



jeragang wrote:

Soalan 3… kau solat 5 waktu…? Subuh 2 rakaat, Zohor, Asar dan Isyak 4 rakaat, maghrib 3 rakaat…? Boleh berikan Ayat berapa dan Surah mana dlm al-Qur’an yg mendetailkan tentang waktu2 dan bilangan rakaat Solat fardu….. ini soalan tingkatan 4.


Al-Quran menerangkan hukum agama secara terperinci ttg Solat. Ini yang saya faham daripada al-Quran.



jeragang wrote:

Sila jawab soalan, jgn melencong dgn merapu istilah yg bukan2, dan soalan ini tidak ada kena mengena dgn Imam Syafie rahimahullah atau apa2 mazhab…..


Merapu ikan kerapu?

Wallahualam. Embarassed

Sunday, 7 March 2010

Konsep Produk

Suatu produk adalah apa sahaja, diingini atau tidak, yang seseorang atau organisasi terima dalam satu pertukaran. Gol asas bagi pembuatan keputusan pembelian adalah untuk menerima faedah ketara dan tak ketara yang berkaitan dengan suatu produk. Aspek ketara termasuklag mempakej, gaya, warna, saiz, dan sifat. Kualiti tak ketara termasuklah perkhidmatan, imej peruncit, reputasi pekilang, dan status sosial yang berkaitan dengan produk. Penawaran produk organisasi adalah elemen penting dalam mana-mana campuran pemasaran.

Produk pengguna diklasifikasikan kepada empat kategori: produk mudah, produk beli-belah, produk khusus, dan produk tak-dicari. Produk mudah adalah secara relatifnya murah dan memerlukan usaha beli-belah yang terhad. Produk beli-belah adalah bagi dua jenis: homogen dan heterogen. Kerana persamaan bagi produk homogen, mereka dibezakan secara utama dengan harga dan sifat. Sebaliknya, produk heterogen memujuk pelanggan kerana ciri-ciri mereka yang jelas berbeza. Produk khusus memiliki faedah unik yang diingini dengan tinggi bagi pelanggan tertentu. Akhir sekali, produk tak-dicari adalah samada produk baru atau proudk yang memerlukan penjualan aggresif kerana mereka secara amnya dihidari atau terlepas perhatian oleh pelanggan.

Item produk adalah versi spesifik bagi produk yang boleh direkabentuk sebagai satu penawaran ketara antara produk organisasi. Garis produk adalah sekumpulan bagi campuran produk terdekat yang ditawarkan oleh suatu organisasi. Campuran produk organisasi termasuk semua produk yang ia jual. Kelebaran campuran produk merujuk kepada jumlah garis produk suatu organisasi tawarkan. Kedalaman garis produk adalah jumlah item produk dalam garis produk. Firma mengubah produk yang wujud dengan menukar kualiti, ciri fungsian, atau gaya mereka. Pengembangan garis produk wujud apabila firma menambah produk baru untuk mewujudkan garis produk.

Jenama adalah nama, istilah, atau simbol yang mengenalpasti dan membezakan produk firma. Jenama yang diwujudkan menggalakkan kesetian pelanggan dan membantu produk baru berjaya. Strategi penjenamaan memerlukan pembuatan keputusan tentang jenama individu, famili, pengilang, dan peribadi.

Mempakej mempunyai empat fungsi: mengandungi dan melindungi produkl mempromosikan produk; memudahkan penyimpanan, penggunaan, dan kemudahan produk; dan memudahkan mengitar semula dan mengurangkan kerosakan persekitaran. Sebagai alat untuk promosi, mempakej mengenalpasti jenama dan sifatnya. Ia juga menyediakan fungsi kritikal bagi membezakan suatu produk dari menyaingi produk dan menghubungkannya dengan produk yang berkaitan dari pengilang yang sama. Label adalah bahagian integral bagi suatu produk, dengan fungsi memujuk dan bermaklumat. Pada dasarnya, pakej adalah peluang terakhir pemasar untuk mempengaruhi pembeli sebelum mereka membuat pembuatan keputusan pembelian.

Di samping cetak rompak jenama, pemasar antarabangsa mesti tujukan pelbagai perhatian berhubung dengan menjenama dan mempakej, termasuklah memilih polisi jenama-nama, menterjemah label dan memenuhi keperluan melabel negara-hos, membuat pakej bersesuaian secara astetik dengan budaya negara-hos, dan menawarkan saiz bagi pakej yang lebih disukai dalam negara hos.

Waranti produk adalah alat yang penting kerana mereka menawarkan pelanggan pelindungan dan membantu mereka mengukur kualiti produk.

Wallahualam.

Wednesday, 3 March 2010

Mensegmen dan Membidik Pasaran

Pasaran adalah dikompos bagi individu atau organisasi dengan kebolehan dan keinginan untuk membuat pembelian bagi memenuhi keperluan mereka. Segmen pasaran adalah satu kumpulan individu atau organisasi dengan keperluan produk yang serupa sebagai keputusan bagi satu atau lebih ciri am.

Sebelum 1960an, beberapa bisnes telah membidik segmen pasaran yang spesifik. Hari ini, segmentasi adalah strategi pasaran yang penting untuk hampir semua organisasi yang berjaya. Segmentasi pasaran membolehkan pemasar menyesuaikan campuran pemasaran bagi memenuhi keperluan segmen populasi tertentu. Segmentasi membantu pemasar mengenalpasti keperluan pengguna dan keutamaan, kawasan bagi permintaan yang menurun, dan peluang pemasaran baru.

Segmentasi pasaran yang berjaya bergantung kepada empat kriteria asas:

1) Segmen pasaran haruslah teguh dan mempunyai pelanggan yang cukup untuk berdaya maju;

2) Segmen pasaran mesti bole dikenalpasti dan boleh diukur;

3) Ahli segmen pasaran mesti boleh diakses terhadap usaha pemasaran;

4) Segmen pasaran mesti bertindakbalas terhadap usaha pemasaran tertentu dalam cara yang membezakannya daripada segmen lain.

Lima dasar lazimnya digunakan untuk mensegmen pasaran pengguna. Segmentasi geografi adalah berdasarkan ciri kawasan, saiz, kepadatan, dan iklim. Segmentasi demografik adalah berdasarkan ciri umur, jantina, tahap pendapatan, etniksiti, dan putaran-hidup. Segmentasi psikologi termasuklah personaliti, motif, dan ciri gaya hidup. Kecarian faedah adalah sejenis segmentasi yang mengenalpasti pelanggan menurut kepada faedah yang mereka cari dalam sesuatu produk. Akhir sekali, segmentasi penggunaan  membahagikan pasaran dengan jumlah bagi produk yang dibeli atau digunakan.

Pasaran bisnes boleh disegmenkan pada dua dasar am. Pertama, bisnes mensegmen pasaran berdasarkan ciri syarikat, seperti lokasi geografi pelanggan, jenis syarikat, saiz syarikat, dan penggunaan syarikat. Kedua, syarikat boleh mensegmen pelanggan berdasarkan proses pembelian yang pelanggan gunakan.

Enam langkah yang dilibatkan apabila mensegmen pasaran:

1) Memilih kategori pasaran atau produk untuk pembelajaran;

2) Memilih asas atau dasar untuk mensegmen pasaran;

3) Memillih deskriptor segmentasi;

4) Menprofil dan menilai segmen;

5) Memili pasaran terbidik;

6) Merekabentuk, melaksana, dan mengekalkan campuran yang sesuai.

Pemasar memilih pasaran terbidik dengan menggunakan tiga strategi berbeza: membidik tak-terbeza, membidik terfokus, dan membidik multisegmen. Strategi membidik tak-terbeza mengandaikan yang semua ahli bagi pasaran mempunyai keperluan yang sama yang boleh dipenuhi dengan satu campuran pemasaran. Strategi membidik terfokus memfokuskan semua usaha pemasaran ke atas satu segmen pasaran. Membidik multisegmen adalah strategi yang menggunakan dua atau lebih campuran pemasaran untuk membidik dua atau lebih segmen pasaran.

Pemasaran satu-ke-satu adalah kaedah pemasaran terindividu yang menggunakan maklumat pelanggan untuk membina hubungan jangka-panjang, terperibadi, dan boleh-untung dengan setiap pelanggan. Pemasaran satu-ke-satu datang dari memahami pelanggan dan mengkolaborasi dengan mereka, daripada menggunakan mereka sebagai bidik untuk mesej generik. Teknologi pangkalan data membuatkannya boleh jadi mungkin untuk syarikat berinteraksi dengan pelanggan pada dasar peribadi, satu-ke-satu.

Memposisi adalah digunakan untuk mempengaruhi persepsi pelanggan bagi jenama tertentu, garis produk, atau organisasi dalam perhubungan terhadap pesaing. Istilah posisi merujuk kepada tempat yang menawarkan tempat penginapan dalam minda pengguna. Untuk mendirikan posisi yang unik, banyak firma menggunakan pembezaan produk, menekankan perbezaan sebenar atau terllihat antara penawaran yang menyaing. Produk boleh dibezakan pada dasar sifat, harga dan kualiti, penggunaan atau aplikasi, pengguna produk, kelas produk, atau pesaing.

Wallahualam.