jeragang wrote: | |
Maaf, saya tidak berniat utk sengaja memperpanjangkan isu ini, tetapi saya menampak suatu kepalsuan yg sangat karut berkenaan al-Qur’an yg ditimbulkan oleh Ariji. Dan saya bukanlah seorang yg faqih dlm hal agama, apatah lagi utk menafsirkan Ayat2 al-Qur’an... mentelah pulak penguasaan bahasa Arab saya masih sangat lemah... Tetapi saya tidak akan membiarkan kekarutan pemikiran Ariji berterusan di SOL ini, dan saya berikhtiar utk menyanggah pemesongan Ariji agar tidak ada pihak yg terus terkeliru. Dan saya tidak tahu tahap kemampuan Ariji dlm bahasa Arab, sehingga Ariji sanggup membuat tafsiran yg saya kira sangat kartun sekali..... |
jeragang wrote: | |
sila rujuk surah an nur ayat 33 – Ariji Ariji, bila membaca Qur’an, kita mesti baca keseluruhan Ayat, dan dlm banyak keadaan, kita kena melihat Ayat yg sebelum dan sesudahnya.. barulah tahu apa maksud yg hendak diceritakan... Qur’an bukannya kamus, yg boleh diambil satu atau dua perkataan, kemudian menafsirkannya maknanya berdasarkan akal.... Terjemahan Ayat 33 Surah an-Nur berbunyi : “Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya, hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka; dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu, Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia, Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Tafsiran ringkas : 1. Orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah mereka menjaga kehormatannya daripada terdorong melakukan perkara yang diharamkan, dan hendaklah mereka berusaha dan berikhtiar, semoga Allah melapangkan hidup mereka sehingga mampu berumahtangga. 2. Masalah hamba-abdi telah wujud lama sebelum Islam. Bagi menghapuskannya, Islam mengadakan berbagai-bagai cara, di antaranya ialah yg tersebut dlm Ayat di atas, iaitu di mana hamba abdi yg mahu membuat perjanjian utk memerdekakan dirinya dgn jumlah bayaran yg tertentu secara bberansur-ansur, maka hendaklah dipenuhi permintaannya itu dan diberi bantuan dari pemberian zakat dan lain-lainnya. Sebab itulah golongan hamba termasuk dlm ‘Asnaaf yang 8’ yg berhak mendapat bahagian dari hasil zakat. 3. Biasanya kaum-kaum Jahiliyah memaksa hamba2 perempuan mereka melacurkan diri dan mereka mengambil hasilnya. Oleh kerana perbuatan yg keji ini pernah dilakukan oleh kaum munafik dlm Islam, maka Allah menegaskan laranganNya tentang perbuatan yg demikian itu. 4. Hamba-hamba perempuan yg dipaksa melacurkan diri, diampunkan dosanya oleh Allah, sementara orang2 yg memaksanya akan ditimpa kemurkaan Allah dan azabNya. Ariji, itu ceritanya... kisah hamba abdi yg dipaksa jadi pelacur...!! tak ada kena-mengena langsung dgn kahwin paksa. |
Hakikatnya, dlm Surah al Kahf ayat 10, mereka menterjemahkan 'fataya' sebagai 'org2 muda'.
'fataya' dalam Surah Yusof ayat 36 pula ada yg terjemahkan sbg 'lelaki muda' atau 'khadam'(hamba)
'fataya' dlm Surah al Kahf ayat 80 pula ada yg terjemahkan sbg 'teman' atau 'lelaki muda'
'fataya' dlm Surah al-Anbiya ayat 60, ada yg terjemahkan Ibrahim sebagai 'anak muda'
hakikatnya perkataan yg lebih tepat bg perkataan hamba (servant) ada dlm Surah An Nuur ayat 32. Hamba (slave) pula sila rujuk Surah Al-Baqarah ayat 177.
maka 'fataya' dlm Surah an-Nur ayat 33 lebih tepat ditafsir sbg 'perempuan muda'
kata kunci kedua pula adalah perkataan 'bagha'a' secara literalnya ditafsir sbg 'mencari di luar drp perkara yg diizinkan/dibenarkan''
Surah an-Nur ayat 33 itu menceritakan hal perkahwinan,
Maka sy tafsirkan sbhgian ayat tersebut spt berikut dan mari kita lihatnya dari skop perkahwinan;
'Dan jgnlah memaksa perempuan muda kamu kepada kemahuan jika mereka ingin menjadi bebas'.
jeragang wrote: | |
Simple shj saudara jeragang. jika Allah haramkannya, maka haramlah. Jika Allah haruskannya, maka haruslah. Yg menghalalkan ikan bukannya Imam tertentu, dan bukannya dari Kitab tertentu selain Kitabullah, sila rujuk al Maidah ayat 96 yg menerangkan keharusan makan ikan – Ariji Ayat 96 surah al-Maa’idah adalah sambungan dari (dan hendaklah dibaca bersama dengan) Ayat 94 dan Ayat 95. Terjemahan Ayat 94 Surah al-Maa’idah : “Wahai orang-orang yang beriman! Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah terkena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepadaNya semasa ia tidak melihatNya dan semasa ia tidak dilihat orang; Oleh itu, sesiapa yg melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.” Ayat 95 : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram; Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang akan ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Ka’bah (utk disembelih dan dibahagikan kpd fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya; Allah ampunkan apa yang telah lalu, dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyiksanya; Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi berkuasa membalas dengan azab siksa.” Ayat 96 : “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan binatang yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang darat selama kamu sedang berihram; Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.” Ariji... Ketiga-tiga Ayat itu adalah ihram punya cerita... Bukan pasal binatang sembelihan dan bangkai yg boleh dimakan...! |
1) Saya andaikan bahawa pada pendapat Jeragang, ikan adalah haram dimakan dgn menggunakan dalil drp Surah al-Maidah ayat 3 yg menerangkan bahawa bangkai haram dimakan.
Maka berani pula Jeragang makan ikan atas dasar ajaran nenek moyang, walaupun jika ianya diharamkan dlm al-Quran?
2) Surah al-Maidah ayat 96 tidak menerangkan bahawa tangkapan laut haram dimakan, tetapi menerangkan bahawa tangkapan darat haram dimakan selagi sedang berihram.
jeragang wrote: | |
Al-Quran menerangkan hukum agama secara terperinci ttg Solat. Ini yang saya faham daripada al-Quran – Ariji Ayat berapa, Surah mana...? Apa yang kau faham...?? Kalau setakat jawab secara umum begitu, budak darjah 6 pun boleh...! Macam ni ke jawapan dari orang yg (kononnya) ingin mengikut Qur’an 100% sehingga berani memperlekehkan ulama’ hadis??? |
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment