Friday, 19 March 2010

SUKYA

SUKYA adalah singkatan kepada Sukan Anak Yatim Kebangsaan. Pagi keesokannya selepas saya 'putus cinta', kami bergerak ke Stadium Tertutup Gong Badak. Bukan sahaja warna pakaian yang colorful (atau juga colourful), malah gelagat atau karenah manusia di situ berwarna-warni juga. Mungkin daripada semuda tujuh tahun sehingga lebih enam puluh tahun, masing-masing ada sumbangan tersendiri dalam menjayakan SUKYA ini.

Dalam empat hari menjayakan SUKYA, sempat juga telinga saya mendengar seorang ahli politik berkempen tentang Imam Shafie. Bukankah sepatutnya itu yang menjadi titik pertemuan antara PAS dengan UMNO?

Mungkin masing-masing ada losyen yang dapat memelihara kulit muka daripada menjadi hangit dek kerana sinaran si Mentari, saya pula mengabaikan keperluan ini. Kehangitan kulit saya selepas sesi jemuran agak menonjol dalam gambar-gambar yang diambil.

Aktiviti ini sememangnya meningkatkan kadar perkenalan saya dengan anak-anak yatim. Mungkin sebelum ini saya tidak tahu bahawa antara mereka itu adalah anak yatim, selepas membabitkan diri dalam aktiviti ini kemudian saya jadi tahu pula. Alhamdulillah, setakat ini, saya masih belum menjadi anak yatim, tetapi detik itu bisa datang bila-bila masa sahaja.

Pernah juga saya berdoa agar saya dimatikan dalam keadaan beriman sebelum kufur. Saya lebih rela mati pada hari ini dalam keadaan beriman, daripada mati pada tahun depan dalam keadaan kufur. Bukan sahaja saya, malah bakal anak saya nanti juga bisa menjadi seorang anak yatim.

Apabila melihat gadis-gadis itu, bertanya pula saya kepada diri saya, "Apa sebenarnya yang kamu mahu?"

Ya. Apa sebenarnya yang saya mahu. Mahu saja saya teruskan status single not in a relationship ini untuk beberapa tahun lagi.

Ada juga mulut saya berkata ketika menjamu jus buahan, "Apa yang penting? Kasih... Sayang..." Di sekitar saya ketika itu terpamernya kasih sayang antara kami dan juga sebuah keluarga yang berada di meja makan bersebelahan kami. Ditambah pula dengan persoalan apa sebenarnya yang saya mahu daripada seorang teman hidup. Rasa-rasanya, sudah agak panjang saya menulis tentang teman hidup.

Atau saya sepatutnya tidak terlalu memikirkan tentang hal ini, cuma teruskan sahaja dengan amalan berkasih sayang antara sesama manusia dan tunggu sahaja jodoh 'datang'.

Ira, salah seorang bestfriend saya, dia juga seorang anak yatim. "Abah saya meninggal ketika saya berumur dua tahun." katanya.

"Kenapa saya tidak tahu tentang perkara ini?" Adakah saya terlupa atau maklumat ini tidak sampai kepada saya? SUKYA menjelaskan bahawa Ira adalah seorang anak yatim. Tidak disangka pula saya bertemu dengannya dalam program ini.

Malah, sebelum ini, saya tidak tahu pula yang saya hanya sekadar menggantikan 'kerusi kosong' yang ditinggalkan oleh anak yatim yang lain, dan bahawa barisan urusetia daripada institusi pengajian kami asalnya diwakili oleh anak-anak yatim. Apa tidaknya, kerana saya telah absent mesyuarat yang diadakan sebelum program berjalan.

"Friendship is priceless." Seingat saya, saya pernah mengungkap kata-kata ini. Persahabatan adalah tersandar dengan kasih sayang, bila direnung, ianya bersifat priceless.

Ira yang satu lagi, bukan yang telah saya ceritakan di atas, dan dia tiada dalam program YUKSA ini, tetapi saya terbaca quotenya di Facebook, tentang kasih sayang; yang menerangkan bahawa kita belajar apa itu 'kasih sayang' adalah dengan menyayangi seseorang.

Pada malam dinner itu, Faizal AF menyanyikan lagu Dealova. Ya, boleh tahan. Dia menyanyikannya dengan stylenya tersendiri, bukannya daripada style penyanyi asal. "Agak handsome juga Faizal ni."

Ya, dia memang handsome, dan selalu tersenyum.

Pada malam itu juga, jika mengikut jadual asal, mungkin saya berpeluang melihat Hani menari di event yang satu lagi. Jika saya pergi ke sana, biarlah dengan motif yang lain. Saya mahu 'melupakan' cinta itu. Boleh saja jika saya mencari jalan untuk ke sana, tetapi bagi saya, meluangkan masa dengan kawan-kawan baru mungkin lebih berharga daripada 'terkejar-kejar' pada yang tidak sudi.

Bersosial. Lelaki dengan wanita, Melayu dengan Cina, semua itu dijadikan untuk saling berkenalan.

Jika dilihat ketika saya mula belajar membetulkan pasir bagi acara lompat jauh, mungkin saya kelihatan seperti  agak 'slow'. Rupa-rupanya, membiarkan tarikan graviti secara agresif menarik cangkul itu adalah cara yang salah dalam meratakan pasir. Lama-kelamaan, kerja itu menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

"Boleh saya pinjam topi?" Pinta saya kepada seorang anak yatim. Saya tertinggal topi 'Besball' pada hari itu. Topi style ini setahu saya adalah daripada sukan Besball. Kepanasan si Mentari memberi saya sebab untuk meminjam topi.

Secara kebetulankah, acara sukan yang lain semua sudah tamat, yang tinggal hanya acara lompat jauh. Ketika para penonton mula beredar, saya masih lagi memegang cangkul.

Agak menyeronokkan apabila menulis tentang pengalaman hidup, tetapi biarlah saya berhenti setakat ini dulu. Apapun, pengalaman menjayakan SUKYA memberi satu lagi slot sweet memory dalam hidup saya. Alhamdulillah.

Wallahualam.

No comments: