Sunday, 14 March 2010

Putus Cinta

Orang memanggilnya Hani. Saya mula mengenalinya ketika menghadiri satu kursus pada akhir Januari lepas. Ketika itu, saya telah jatuh hati padanya.

"Jangan pandang saya macam itu, nanti awk akan jatuh cinta. Saya tahu awak jenis yang cerewet dalam memilih pasangan, tetapi perempuan dijadikan daripada rusuk kiri lelaki." katanya.

Saya terdiam mendengarnya. Ya, memang benar, saya sedang jatuh hati ketika itu. Apakah bezanya antara 'jatuh cinta' dengan 'jatuh hati'? Ah, abaikan soalan ini. Mari kita teruskan jalan ceritanya.

Ketika itu adalah ketika menjamu makan malam. Sebelum itu, seingat saya ia adalah pada hari yang berbeza, ketika waktu petang, dia telah mempersoalkan secara bertubi-tubi proposal saya, iaitu logo yang berbaur Masonic. Ya, sejak saya bergelumang dengan Wakeup Project Team, saya semakin mengenali apa itu Freemansonry. Ketika itu saya mengesan persamaan 'pertama' antara dia dan saya, iaitu sikap 'mempersoal'.

Lihat sahaja tulisan di blog saya, bagaimana saya 'mempersoal' khususnya dalam bab agama. Saya melihatnya dan berkata "Perempuan ini agak cantik juga, tapi tidaklah cantik sangat."

Terlalu banyak kenangan ketika kursus itu. Plot cerita dan kenangan yang kurang tersusun dalam memori ini mengehadkan keupayaan saya untuk menulis secara realistik. Tapi tak mengapalah, kerana tema utama dalam coretan ini bukannya kursus itu, tetapi berkenaan cinta.

Setelah kami berpisah, mungkin kerana kuasa cinta, saya mula mencari nombor handphonenya. Entah macam mana, saya mendapat nombor yang salah, yang disangkakan betul. Mengapa terjadi begini, nombor siapakah yang kawan saya berikan itu?

Kira-kira pukul 2:30 petang, ketika sedang menyiapkan pemasangan banner 'Bolasepak Tujuh Sebelah', dia telah menegur saya dan memberi saya kesempatan untuk mendapat nombor yang betul. Mesej pertama yang dihantar adalah kepada nombor yang salah."Ah, penat saya tunggu, patutlah dia tidak reply."

Mesej kedua dihantar ke nombor yang betul, kira-kira dua minggu baru dibalas. Katanya terlupa kerana ketika itu dia tiada kredit.

Kemudian, mungkin selepas itu atau hari berikutnya, maklumat ini telah tergugat dalam memori saya, saya melamarnya dengan menghantar mesej, disertakan 'amaran' bahawa fahaman agama saya bercanggah dengan fahaman Islami arus perdana di Malaysia.

Saya tidak mahu nanti, hubungan putus dek kerana kelewatan mengetahui realiti fahaman agama saya yang berbeza.

Dia tidak kata ya atau tidak, tetapi dia minta untuk berjumpa. Malangkah, kerana sehingga ketika saya sedang menulis coretan ini, tiada perjumpaan secara rasmi antara kami. Perjumpaan terserempak itu dikira tidak rasmi.

"Ariji, saya jumpa tagged dia lah." Sejak itu saya mula minat untuk bertagged. Lama-kelamaan, saya register juga akhirnya. Sejak itu, saya mula agak aktif menghantarnya emel melalui tagged.

"Hani, saya dengar pelbagai cerita negatif tentang awak. Bila kita boleh jumpa?"

"Cerita apa?"

Kali pertama dia call saya, "Tolong beritahu saya siapakah yang menyebarkan berita itu, saya teraniaya."

Saya tidak memberitahunya, dan dia berkecil hati. "Bulan ini saya busy, kita jumpa lain kali" Sudah lama saya menunggu, perlu pula tunggu April menjelma?

"Kita kenal pun tak, awak. Takkan main nak couple je. Entahlah, tak tahu nak cakap apa." Jawapan ini diberikan setelah saya meminta kata putus bagi persoalan samada dia menerima saya sebagai kekasih atau tidak, memberi penyelesaian yang bermakna kepada perjalanan cinta ini.

Maka saya simpulkan di sini, bahawa lamaran saya telah gagal. Teringat pula pesan kawan perempuan saya, "Samada si dia terima atau tidak, itu soal nombor dua. Yang penting awak beranikan diri dan luahkan perasaan."

Lalu saya menaip coretan ini, sehingga ke perenggan ini. Ini kisah perjalanan cinta saya. Mungkin kisah anda lebih menarik atau memang kurang menarik. Apa pun, kenangan yang dilalui, memberi warna memori yang indah. Walaupun mungkin hati terluka, tetapi itulah lumrahnya.

Wallahualam.

No comments: