Suatu ketika dahulu, saya pernah menggubah sebuah karya bertajuk "Bidadari Dari Langit", yang pernah dipersembahkan dalam versi Sibelius di UiTM Malaysia dalam keadaan susunan muzik yang teruk. Ya, karya itu dipersembahkan dalam keadaan 'separuh siap'.
Dari mana datang ilhamnya? Dari seseorang. Oleh kerana saya baru sahaja add facebook dia, ini mencetuskan idea untuk saya coretkan sesuatu.
Karya itu tidak kemana, hanya di dalam 'simpanan'. Siapakah yang bertanggungjawab mengangkatnya ke persada jika bukan komposernya? Pendapatan dalam bidang muzik di Malaysia yang merudum seiring dengan peningkatan dalam penggunaan Internet sejak kebelakangan ini, sedikit sebanyak memberi kesan kepada para pekarya muzik.
Ketika itu mungkin pada tahun 2007, ya, perempuan berwajah bulat memang menjadi taste saya. Lihat saja Marit Larsen, Hani, Tomoko dalam drama Great Teacher Onizuka, atau mana-mana perempuan lain yang pernah saya berkenan, kebanyakan dari mereka adalah berwajah bulat.
Ada juga yang tidak berwajah bulat, seperti Faezah, si penari zapin. Secara kebetulankah, Hani juga seorang penari.
Tadi baru saja saya melihat Ani Mayuni menggelek punggung di pentas terbuka. Tidak pula saya budget yang dia akan menggelek punggung. Saya tidak berapa kenal siapakah Ani Mayuni. Rupa-rupanya dia adalah seorang penyanyi dangdut.
Saya ingin aktif kembali. Apakah saya terlupa bahawa saya adalah seorang komposer, pernah menggubah beberapa karya berinspirasikan Faezah, seperti karya She Loves Me Not dan Kanser Cinta.
Adakah saya patut menggubahkan satu karya berinspirasikan Hani? Ya, tadi saya ternampak dia berada di berhampiran pentas, tidak jauh daripada saya. Rasanya dialah juga yang menari tadi. Tidak berapa cam wajah itu di pentas. Rasanya ya. Bukankah dia seorang penari.
Pernah saya akui suatu ketika dahulu, kaum Hawa sememangnya memberi inspirasi yang ketara kepada saya. Cuba tanya Melly Goeslaw, apakah bukan kaum Adam yang menjadi inspirasinya?
Melly Goeslaw, karyanya sememangnya 'kena' dengan jiwa saya. Ya, saya mahu aktif kembali. Buku-buku muzik yang tersimpan dalam almari itu saya patut belek kembali. Ya, komposer juga sepatutnya perlu membaca buku-buku yang tebal. Ilmu yang ditinggalkan oleh nenek-moyang secara turun-temurun boleh dijangka akan banyak membantu.
Kejayaan dalam bidang ini semestinya berpaksikan ilmu dan kemahiran. Saya harap umur saya masih panjang, agar saya dapat aktif kembali suatu masa nanti. Penerbit boleh dikatakan tidak akan datang bergolek, tetapi si komposerlah yang perlu bersedia dengan bekalan ilmu dan kemahiran, kemudian mempersembahkan hasil karya kepada si penerbit.
Mungkin juga saya sekadar menjadi komposer 'jalanan', seperti yang dilakukan oleh band Boneca, itu bukanlah isu yang ketara. Yang menjadi visi adalah kepuasan dalam berkarya. Saya rasa, sesiapa yang berdarah seni memahami tentang perkara ini.
Boneca, karya mereka satu dua yang pernah saya dengar sememangnya bertaraf lima bintang, seperti lagu Cela dan Tunjukkan Aku. Mungkin bukan dari segi susunan muzik, namun dari segi melodinya. Tidak pula saya sempat untuk menghayati kesemua karya mereka.
Hanilah yang 'mengenalkan' saya dengan Boneca, apabila lagu daripada band itu yang saya jumpa di halaman utama taggednya.
Padahal, lagu yang bermodalkan suara dan gitar akustik sahaja sudah mampu menjadi sebuah karya yang hebat, seperti lagu Kimia nyanyian Imelda Ahmad.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment