Tuesday, 30 March 2010

Lamaran SMS

"Bagaimana si dia melamar awak? Face to face? Atau SMS?"

"SMS je."

Dikala lamaran saya yang berbentuk SMS, its result showed that it was clearly and decidedly quarantined, kira-kira dua minggu lalu, bestfriend saya yang seorang ini baru sahaja mendapat boyfriend baru lebih seminggu lepas, saya tidak pasti tentang tarikh sebenarnya.

Saya banyak kali juga terserempak dengan boyfriend barunya itu. Cuma baru tadi mendapat kepastian itulah orangnya, gara-gara gelaran 'adik' terhadap boyfriend barunya itu. Juga gara-gara penangguhan jawapan daripada Sha terhadap soalan "Adakah lelaki itu adik kandung awak?"

Sha, nama panggilan saya terhadapnya. Kami pernah melalui 'detik pergaduhan'. Ketika itu, hati saya 'panas' lebih daripada biasa. Kesabaran adalah penawarnya.

Hakikatnya, kami mempunyai lebih banyak detik manis bersama daripada detik pahit.

Pernah juga dia SMS saya bertanyakan hukum tentang arak.

"Hukumnya dari perspektif al-Quran adalah harus tetapi terhad untuk tujuan yang tertentu. Contohnya seperti untuk tujuan perubatan dan sebagainya. Tetapi mengikut mazhab tertentu hukumnya adalah haram. Saya boleh umpamakannya seperti dadah."

Arak, dari segi kajian saintifik, setahu saya, ia membantu mengubati penyakit tertentu.

Saya gembira melihatnya gembira. Sejarah cintanya agak pahit. Dikecewakan berkali-kali. Itu yang dia beritahu saya.

"Saya harap hubungan kami kekal ke akhir hayat." Ayat ini seingat saya dia chat dalam Facebook. Tinggi harapannya.

Setahu saya, mereka kira-kira lebih setahun telah berkenalan. Lebih kurang sama dengan tempoh perkenalan antara saya dan dia.

Agak aktif saya membuat perenggan untuk coretan kali ini. Mungkin saya perlu berhenti terlebih dahulu menulis. Semacam tidak banyak untuk saya ceritakan.

Cuma saya harap saya juga dapat bercinta bahagia suatu hari nanti.

"Saya perasan kamu hampir setiap hari menghantar bungkusan nasi berdekatan dengan rumah saya." kata seorang pegawai institusi pengajian saya kepada seorang rakan saya semasa bermesyuarat tadi.

"Adakah saya mempunyai komitmen setinggi itu apabila bercouple suatu hari nanti?"

Baiklah. Mungkin ada benarnya jika saya tamatkan coretan untuk kali ini. Ingin saja saya menulis ayat "Wallahualam". Ya, ia kelihatan seperti sebuah perkataan, tetapi dari perspektif Bahasa Arab, ia adalah sebuah ayat. Tetapi terasa seperti ada sesuatu lagi hendak saya coretkan. Ya, ada.

Daripada saya 'terkial-kial' menulis begini, ah, baiklah.

Wallahualam.

No comments: