Mungkin rambut saya terlalu kering untuk bercouple.
"Awak perlu pakai gel."
"Saya tak suka gel."
Hari ke hari semakin ramai friend di Facebook. Perempuan itu sekelas dengan saya. Bila diselidik Facebooknya, menunjukkan bahawa dia masih single.
"Bekas pelajar sekolah agama? Ada persamaan dengan saya." Jika mendapat teman hidup yang tahu sedikit sebanyak tentang ilmu tajwid, adalah satu bonus. Bukankah si ibu juga pendidik kepada si anak?
Saya dapat mengagak apa yang dia faham tentang Islam buat masa sekarang, kerana saya juga bekas pelajar sekolah agama seperti dia.
Ya, mungkin dia tidak secantik 'Bidadari Dari Langit', bukan itu perkara utama yang dicari. Jadikan al-Quran sebagai panduan. Antara langkah pertama adalah; berkenalan.
Mari kita perhatikan petikan Surah Al-Hujurat ayat 13;
Wahai manusia, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu kepada bangsa dan puak, supaya kamu boleh mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa...
Wallahualam.
1 comment:
Taat pada Allah adalah melalui Al-Quran kita taat dengan segala yang terkandung. Al-Quran telah jelas menerangkan Rasul juga wajib ditaati. Taat pada Allah adalah dengan menghukum dengan segala nya berdasarkan Al-Quran manakala Taat pada Rasul s.a.w adalah pada Hadithnya yang terkandung Sunnah baginda s.a.w. Maka inilah target hidup kita sebagai Muslim. Wallahualam bis'sawab.
Post a Comment