Wednesday 14 April 2010

Syura

Coretan kali ini adalah berkenaan dengan artikel yang dicoretkan oleh Mahaguru58. Sila rujuk http://mahaguru58.blogspot.com/2010/04/bila-tpm-diperlekehkan-malaysiakini.html

Mari kita perhatikan petikan Surah Asy-Syura ayat 38;

... Dan urusan mereka dilakukan dengan perundingan bersama di antara diri mereka...

Mari pula kita perhatikan petikan Surah al-Imran ayat 159;

... Maka maafkanlah mereka dan pintalah kemaafan untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam hal itu; Kemudian apabila kamu yakin, maka bertawakkallah kamu atas Allah; Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertawakkal.

Malah, Balqis sebelum menjadi Muslimah juga mengamalkan Syura. Mari kita perhatikan Surah An-Naml ayat 32;

Dia berkata: Wahai ketua-ketua, nasihatilah aku dalam hal aku, aku tidak akan membuat keputusan sehingga kamu memberi testimoni.

Dari perspektif mazhab Sunni, majlis rundingan antara agama yang dicadangkan oleh TPM adalah mengikut Sunnah Nabi Muhammad.

Dari perspektif al-Quran, ia juga satu cadangan yang baik. Namun, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak menolak cadangan ini. Begitulah Syura yang diamalkan oleh sebahagian puak Sunni.

Puak Syiah, berunding sesama sendiri. Puak Sunni, berunding dengan sesama sendiri. Taliban juga, apa yang saya perhatikan, menunjukkan keengganan bagi berunding dengan pihak Kerajaan Afghanistan.

Puak Sunni yang menggunakan kalimah 'Sunnah', sepatutnya merekalah yang berada di barisan hadapan memperjuangkan Syura. Tetapi apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak itu seolah-olah menunjukkan sebaliknya.

Bukan sahaja puak Kafir yang sepatutnya berada di meja rundingan, malah sepatutnya dari segenap mazhab Islami, termasuk golongan yang tidak bermazhab seperti saya, termasuk juga dari puak Atheist.

Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah Syura! Paparkan hujahku di ruang utama blog kau untuk pembaca memerhati majlis Syura ini!

Memang kita perlukan syura. tapi bukan lah kita mencipta sesuatu yang baru dalam agama. Adapun hujah lemah mu telah dipatahkan dan membuatkan hujah kau nampak bodoh dan jahil yang hanya berasaskan pendapat sendiri dan penuh dengan andaian. Maka tidak perlu seorang pakar hadith untuk mematahkan dakyah kau. dakyah untuk memurtadkan dan memalingkan umat muslim yang tidak berilmu agar berpaling dari Quran dan Nabi s.a.w adalah lemah dan jijik. Adapun kau hanya resah dan bingung dalam permasalahan hukum rejam sahaja yang kau berdegil untuk menerima Hadith mutawattir. iaitu khabar berita yang sabit kepada Nabi s.a.w dan dilapor oleh ramai para sahabat hingga tidak mampu dipertikai lagi dan diyakini oleh ummat muslimin ia adalah dari Allah s.w.t dan Rasul-Nya. cukup sekadar ilmu ku ini, (aku lebih muda beberapa tahun dari kau dan tiada kelulusan 'sekolah agama' namun hujahku bukan dari ku sendiri, Aku berdoa pada Allah s.w.t agar menzahirkan kebenaran atas kenyataan ku dan aku hanya menggunakan Quran dan Hadith sebagai dalil dan tidak berasakan akal semata-mata). maka aku telah berjaya mengalahkan hujah kau. Niatku bukan untuk berbangga. seperti kau yang beriya-iya 'mensesatkan fahaman ahluh sunnah wal Jama'ah. Aku cabar kau utarakan dan paparkan semua hujah kau dan hujahku dilaman web Facebook. kerana aku mendapat khabar kau suka menghebah-hebah kan dakyah anti hadith di facebook seperti dengan bodoh membuat akaun 'Muslim menentang amalan berkhatan' dll. kau juga ada dengan gah dan konon pandai menyiarkan status berbau sesat dan menyesatkan. mungkin tiada siapa yang memperduli dan mungkin juga ada. dan inilah yang merisaukan aku. Kau tidak mahu menyiarkan hujah ki diruang utama blog kau tapi kau boleh pula menyiarkan yang aku ini bukan pakar hadith di ruang utama blog kau. itu tidak mengapa tapi igtlah aku mencabar kau sekali lagi dan jika kau sengaja menyembunyikan kerana takut akan kebenaran dan takut orang lain tahu membezakan antara yang Hak dan yang batil maka aku berdoa agar Allah s.w.t melaknat kau dan menghancurkan segala impian dakyah kau.

Inilah satu syura agar kita dapat mengenal ilmu Allah s.w.t. bukan dengan gah kita mengangkat martabat Quran kononnya tapi dgn jahil menolak Rasul s.a.w. Berlaku Adillah! aku menuntut didunia ini agar kau berlaku adil dan smoga mendapat ketenangan di akhirat. dan jika kau masih lagi sombong dan ego tidak menerima Rasulullah s.a.w maka aku doakan agar kau tidak menerima rahmat dan semoga Allah menyusahkan urusan hidup kau dan membuat kau sengasara dan semoga tiada perempuan yang baik-baik akan termakan dengan dakyah kau. Ya Allah yang Maha Besar , aku telah memberi pelbagai bukti untuk kau fikirkan semula apa yang telah dibincangkan dan mengambil Rasul s.a.w sebagai sumber hukum. jika kau menerima Rasul s.a.w melalui hadith sahih semoga Allah merahmati mu dan sesungguhnya Allah jualah Maha pemberi Rahmat. dan jika Allah tidak berkehendak maka sesatlah hambanya itu dan tiada penolong pun mampu menolong dan hanya Allah jualah yang Berkuasa. Allah s.w.t sentiasa bersama mereka yang Hak dan Bersabar!

Unknown said...

Jadi jangan berhujah dengan Quran sahaja tapi tidak pula beramal dengannya. tidak beriman lah gamaknya.

Mari Bersyura dengan adil dan mengaharap Keredhaan Allah hiRabbilA'lamin.