Tuesday, 13 April 2010

Mentaati Allah dan Rasul Bhg. II

Mari kita perhatikan Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Pertamanya, yang mensahihkan 'riwayat hadis' di atas ini adalah Allah, bukannya al-Bukhari atau al-Muslim atau mana-mana pengumpul koleksi riwayat hadis. Ayat di atas merujuk kepada ucapan Rasul pada Hari Pengadilan.

Kepada mereka yang 'berlumba-lumba' untuk mentaati Rasul dengan berpandukan kitab hadis, ada baiknya perhatikan ayat di atas.

Allah bukan sahaja memerintahkan kita mentaati Rasul, malah Allah memerintahkan kita mentaati yang berkuasa di antara kita seperti pemimpin, dan Allah juga memerintahkan kita mentaati ibubapa.

Yang mendukacitanya adalah, apabila golongan tertentu tetap mentaati 'Rasul' versi mereka, walaupun jika perintah 'Rasul' versi mereka itu bercanggah dengan al-Quran.

Apabila ditanya; "Jika pemimpin memerintahkan kita melakukan perbuatan yang bercanggah dengan al-Quran, adakah kita masih perlu mentaati perintah pemimpin tersebut?"

Mereka menjawab; "Tidak, kita hanya mentaati perintah pemimpin yang tidak bercanggah dengan al-Quran."

Tetapi sebaliknya jika persoalan lain yang ditanya seperti; "Jika 'Rasul' memerintahkan kita melakukan perbuatan yang bercanggah dengan al-Quran, adakah kita masih perlu mentaati perintah 'Rasul' tersebut?"

Mereka menjawab; "Ya, kita mesti mentaati 'Rasul' juga, walaupun perintah 'Rasul' itu bercanggah dengan al-Quran!"

Mereka memberi keistimewaan kepada 'Rasul' versi mereka itu, adakah kerana Allah, atau sekadar untuk mempertahankan ajaran nenek-moyang?

Jika ditanya, "Apakah kitab yang paling mulia di dunia?"

Mereka menjawab; "Al-Quran."

Maka patutkah mereka meletakkan mana-mana kitab lain setaraf, atau lebih tinggi berbanding Kitabullah?

Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah kau semakin hampir untuk menerima hadith sahih. janganlah cepat menyesatkan fahaman Ahluh Sunnah Wal-Jama'ah dengan tidak ada usul periksa dan ia berdasarkan andaian dan Jangan pula kau samakan mentaati Rasul s.a.w sama dengan mentaati pemimpin,ibubapa dll. taat pada Rasul s.a.w adalah lebih penting dan jika salah satu dari yg disebut td melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya maka ia wajib diingkari. itulah perbezaan dalam mentaati Rasul. Ia wajib didahulukan berbanding ibu bapa,pemimpin dll.

Sekali lagi kau memang bermasalah menerima Hadith yang mutawattir. Maka cubalah rujuk dan mencari perbincangan mengenai hal ini. jangan pula rujuk pada web anti hadith.tidak ada guna.
Bacalah lagi Ariji.Jangan kufur pada Quran.

Anonymous said...

Bagi para pembaca boleh rujuk beberapa hujah membalas kenyataan Ariji yang menggunakan hadith palsu dan beberapa kritikan jahil terhadap fahaman Ahlul Sunnah Wal Jama'ah. Hujah tersebut juga ada di blog ini. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang benar-benar menginginkan kebenaran yang disandarkan pada Allah s.w.t dan Rasulnya. Dan sesungguhnya hukuman dijalankan Nabi s.a.w adalah benar dan itulah hukum Allah azzawajall. diminta Ariji boleh menyiarkan ilmu yang telah kau dapat dengan hujah - hujah tersebut dengan memaparkannya di ruang utama blog kau. kerana semata-mata kita berhujah dengan keintelektuelan dan secara manusia yang professional serta adil dalam berdebat. kau telah menghukum sesat sebahagian fahaman 'major' ahlul Sunnah! maka paparkan hujahku untuk kefahaman orang yang datang membaca di blog kau. jangan takut jika kau orang yang benar. sila jawab banyak soalan serta teguran yang dibuat agar jelas dimana pendirianmu seperti isu Hadith al-Bukhari (adakah kau menerimanya?) , abu hurayyrah?,imam muslim, (kau telah berdusta Nabi s.a.w berpendapat sendiri maka telah jelas dan hak bahawa Nabi s.a.w tidak berpendapat sendiri dan apakah pendirianmu mengenai hal hadith palsu ini) isu khatan, imam Syafie tidak pernah memberi hukum 'Kahwin paksa' seperti kau tuduh. (sila beri bukti), Kerosakan dimuka bumi oleh orang yang berhukum dengan hadith? (sila beri bukti)
Sila jawab dengan adil dan benar. jangan berdolak dalih jawab sebahagian sedikit itupun tiada dalil dari Quran. tak gune hanya berasakan fikiran. contohnya yaum 365 kali maka terus kau sesatkan kalendar hijrah. huh! apa pendirianmu! beri dalil dari Quran bukan kepala hotak sendiri.

kau hanya bersekolah agama tapi tidak faham hadith dengan perkara asas pun! Malah kau berhujah menggunakan hadith palsu!
kau hanya bersekolah agama tapi kau tidak berilmu tinggi pun. Hadith pun tidak faham. tonggang langgang la solat ,puasa,dll. tidak perlulah manusia seperti astora jabat, qassim ahmad, rashad khalifa , n sebahagian besar ahli sister in islam serta yang seangkatan dengannya.
semuanya hujah mereka telah dijawab menggunakan dalil Quran dan Sunnah, kini timbul pula kau yang nampak amat remeh sekali.
apakan tidak?! kenyataan kau tidak berasaskan ilmu pun!. masakan aku telah menjawab demi menjaga akidah orang yang disekeliling kau. aku khuatir mereka keliru dengan hujah tidak berilmu dan tidak berasas. Adillah dalam berhujah Ariji. Aku menuntut didunia ini agar kau melakukan keadilan demi kesejahteraan sejagat. Untuk kau juga Ariji. kau masih muda. jangan terpesong teruk.

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya ENGKAU(MUHAMMAD) MENERANGKAN kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
Al Nahl:44

Dalil Quran untuk merujuk Hadith sahih Nabi s.a.w.

Anonymous said...

Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling sesudah pengakuan itu, dan tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.

Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASUL -NYA supaya menjadi HAKIM memutuskan sesuatu DIANTARA MEREKA, maka dengan serta-merta SEPUAK dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

AnNur: 47- 48

Orang kafir tidak menjadikan Allah dan Rasul s.a.w sebagai hakim mereka! jadi ayat ini menunjukkan golongan Muslimin.
Golongan anti Hadith ada disebut dalam surah Nur!
haha.mereka tidak akan menerima Nur Allah!