Thursday 29 April 2010

Mazhab Sunni dan Agama Yahudi

Coretan kali ini adalah berkenaan dengan thread yang diposted oleh Ayra_j berkenaan tulisan Abdul Hadi Awang yang bertajuk Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah. Sila rujuk http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1334#16490

Antara petikan tulisan Abdul Haji Hadi Awang adalah seperti berikut;

Terdapat beberapa faktor luar dikenal pasti mempengaruhi pemikiran umat Islam. Antaranya:

* Individu yang baru memeluk Islam terdiri daripada bekas penganut agama lain seperti Yahudi, Kristian, Majusi, Hindu dan sebagainya. Apabila mereka memeluk Islam, mereka masih berpegang pada ajaran agama lama atau amalan silam. Kemudian, fahaman dan amalan ini bercampur dengan ajaran Islam lalu membawa kepada kecelaruan yang sukar difahami.


Yang menariknya di sini, amalan nenek-moyang puak Kafir itu seperti amalan berkhatan dan hukuman rejam sampai mati adalah dari mazhab Sunni sendiri.

Wallahualam.

6 comments:

Anonymous said...

Pada zaman Nabi Muhammad dan para sahabat, umat Islam berpegang kuat pada agama dan mengeratkan hubungan persaudaraan Islam. Mereka BERPEGANG KUAT sehingga sebarang PERTELINGKAHAN TIDAK MEMBAWA SIKAP PANDANG RINGAN pada agama dan membolehkan golongan yang berpura-pura Islam (munafik) mencuri peluang. Walaupun golongan munafik berusaha MEROSAKKAN FAHAMAN ISLAM DARI DALAM, mereka masih GAGAL sehingga mereka sendiri yang berpecah kerana SALAH FAHAM mengenai AKIDAH.

Pada zaman awal pemerintahan al-Rasyidin, pegangan mereka pada Al-QURAN dan SUNNAH tetap teguh. Mereka TIDAK MENYANGGAH atau BERFALSAFAH. Mereka melihat dan yakin al-Quran itu memenuhi semua keperluan manusia bagi kepentingan agama dan dunia. Mereka juga percaya SUNNAH adalah huraian yang TETAP DAN BENAR. Namun, percampuran umat Islam dengan saudara-saudara baru yang masih berpegang pada ajaran lama mewujudkan perubahan sikap dan fahaman. Contohnya, di Iraq, ada orang-orang Nasrani, Yahudi, Zaradasht dan Manu. Di Yaman dan Syria pula ada penganut-penganut agama Nasrani dan Yahudi. Percampuran ini menyebabkan timbulnya perpecahan antara orang yang menganut Islam dengan orang yang belum menganut Islam. Campur tangan pemerintah dalam kerajaan Islam juga mempengaruhi perkembangan umat Islam. Puncanya kerana ada golongan yang berbahas menggunakan ayat al-Quran bagi menguatkan hujah puaknya. Antara mereka ada yang berhujah secara jujur, khianat ataupun secara jujur tetapi jahil.

- Al-Fadhil Tok Guru Abdul Hadi Awang-

Lain kali baca habis dulu jangan amik point yang sesuai ngan fikiran dungu kau. xperlulah kau nak 'quote' dari para ulama yang soleh. Kau xbelajar pun dari mereka. yang kau suka bila Ulama2 nie ade ckp islam xbersatu( beza mazhab dll) barula kau terhegeh-hegeh nk copy and paste. mane bab Tafsir Quran? Fiqh? Muammalat? Solat? bab huraian Hadith dan mengapa kita perlu 'mereject' hadith sahih. walhal x contradict pon hukuman rejam itu dengan Quran.

Semoga Allah melaknat sesiapa yang mengatakan amalan berkhatan, dan hukum rejam itu amalan orang kafir. Jika kau menganggap sebegitu moga Allah Azzawajalla memberi hidayah pada orang sekeliling kau untuk menyisihkan kau dan tahu akan kesesatan kau.

Anonymous said...

Puncanya kerana ada golongan yang berbahas menggunakan ayat al-Quran bagi menguatkan hujah puaknya. Antara mereka ada yang berhujah secara jujur, khianat ataupun secara jujur tetapi jahil.

-AlFadhil Tok Guru Haji Hadi Awang-

Aku anggap kau adalah golongan yang jujur tapi jahil.
setakat tahu asas tapi terlampau sangat jahil mengenai Quran.
belajar dulu selok belok bahasa Arab. Bahas Arab bukanlah mudah. ia juga terbahagi beberapa kriteria. Arab mesir berbeza dng Arab tinggi. Bukannlah kita boleh langgar sesuka hati amik sedikit dan buang yang lain. sbb 2 la jadi sesat. Kalau takat guna akal fikiran je orang2 barat da lama dakwa diorang paling cerdik.Ini Akhir zaman ariji. xsama mcam zaman Nabi s.a.w dan Para Solihin. Akhir zaman Ulama banyak yang mati dan xbanyak Ulama yang ganti. Bumi makin hancur zaman makin berakhir. sebab itulah islam makin pecah belah. makin ramai dan makin banyaklah andaian dan fikiran yang akhirnya mewujudkan pendaat hatta, kalau pakai Quran sahaja pun xkan teguh. sebab 2 adanya Sunnah. Bukan Quran itu tidak lengkap Ariji. Tapi sebab Quran terlampau tinggi dan xmungkin manusia boleh faham bodoh2 je sbab manusia nie jahil sebab itulah turunnya Nabi2 untuk menerangkan isi Kitab Allah supaya manusia. Supaya jelas ayat2 2. supaya manusia berpegang dgn Manusia2 yg diutus Allah s.w.t bukannya dgn pendapat bodoh sendiri.

Wallahu'Ta'ala'Alam Bissawab.

Anonymous said...

memang bagus suka mengkaji dan menemui beberapa kemusykilan yang adanya benar-benar membuat kita teruja dan kadang2 jadi taksub. kau sering anggap mazhab adalah salah satu penyebab nya islam berpecah walhal kau tidak cermin dulu sikap kau yang sendiri memecah belahkan fahaman dan keadaan islam kau dengan orang lain. Ya, islam kini mmg berpecah belah tetapi bukanlah disebabkan ummat ini bergaduh krn hukum rejam, berkhatan,kalendar hijrah, dll tetapi ia berpecah disebabkan kejahilan manusia sendiri yang taksub dan fanatik melampau dlm memahami sesuatu perkara dan dalam tindakan mereka sendiri. Islam berpecah apabila wujud syiah, khawarij,sufi,mu'tazilah,anti hadith dll. Semenjak Nabi s.a.w wafat Abu Bakr As-Siddiq telahpun memerangi golongan murtad serta nabi palsu!
Sedangkan pada zaman ini telah wujud perbalahan dan perpecahan dalam islam. Ternyata Quran dan Sunnah lah yang menyatukan Islam hingga terjadinya Zaman kegemilangan islam ketika orang2 barat bergelumang dalam kejahilan. walaupun terdapat perbalahan ketika itu Ummah yg berpegang teguh dgn Al-Quran dan AsSunnah mencipta bandar seperti Andulisia yg diperintah olh kaum muslimin selama hmpir 800 thn. blm dilihat ditmpt2 lain lg yg mana pegangan Quran dan Sunnah mengangkat zaman mereka mnjadi tamadun agung dan beriwaba tidak seperti hari ini.

Anonymous said...

Kita perlu berpegang pada Quran dan Sunnah kerana pendapat dan pemahaman sesuatu hukum dalam sesuatu mazhab pasti berbeza-beza
Kerana semakin meluasnya wilayah kekuasaan Islam sehingga hukum Islam pun menghadapi berbagai macam masyarakat yang berbeza-beza tradisinya.
Muncunya ulama-ulama besar pendiri madzhab-mazhab fiqih berusaha menyebarluaskan pemahamannya dengan mendirikan pusat-pusat study tentang fiqih, yang diberi nama Al-Madzhab atau Al-Madrasah yang akhirnya melahirkan ramai anak-anak yang berpegang pada mazhab-mazhab tertentu.
Adanya kecenderungan masyarakat Islam ketika memilih salah satu pendapat dari ulama-ulama madzhab ketika menghadapi masalah hukum.
Permasalahan politik, perbezaan pendapat di kalangan muslim.
sebenarnya ketaksuban dan kesalahan mereka yang fanatik dan taksub lah menjadi penyebab islam berpecah bukannya disebabkan oleh mazhab. kini umat islam bebas mempraktikan mazhab mereka tanpa pergaduhan pun. Jadi aku mahu nasihati kau janganlah mengungkit hal-hal lama yang kau sendiri tidak jelas dan faham sebaliknya kau patut cakap mengenai hal-hal kini. kau tidak tahukah Imam Syafie r.a berguru dgn seorg lg imam mazhab yg hebat iaitu Imam Malik? Imam Syafie tidak taksub dan bertaklid pada Imam Malik pun walhal beliau adalh ank murid kesygan Imam Malik!
Jelas dan terang untuk org yg buta pun tahu bahwa keempat2 Imam mazhab telahpun berkata fatwa mereka perlu dibuang jika bercanggah dengan Hadith!
Ternyata mereka hanya bertaklid pada Quran dan Sunnah! Begitu juga perlunya kita! Bukan pada mazhab tapi pada Quran dan Hadith!
manakala kita boleh menerima pendapat ulama2 yg jelas fahm dan alim dlm sesuatu isu manakala kita menerima ijma.
Kau dgn gah mengangkat Quran walhal kau tidak sedar ke hancurlah islam jika tidak ada Sunnah?? Lihat sahaja nation of islam yg jahil lg sesat di amerika 2. mereka pegang Quran semata tapi tolak sunnah. akhirnya Allah s.w.t yg Maha Kuasa menunjukkan kejahilan mereka pada kita. Solat pun tidak, masakan nk berbicara agama?? tidak boleh!
Dimana kemegahan anti Hadith??
Sepatutnya kau menjawab tomahan dan fitnah kau sebelum ini dulu.

Wallahu'Alam Bissawab.

Anonymous said...

“Adalah wajib bagi setiap orang berpegang kepada kebenaran (yang hak), sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah swt dan Rasulnya, bukannya berpegang kepada methodology atau manhaj mana-mana kumpulan, samada Ikhwan al-Muslimin atau Ansar al-Sunnah atau mana-mana kumpulan. Dia hendaklah mematuhi yang hak. Jika dia menyertai Ansar al-Sunnah dan membantu mereka, dimana ia sejajar dengan kebenaran, atau dia menyertai Ikhwan al-Muslimin dan bersetuju dengan mereka atas perkara-perkara kebenaran, tanpa menjadi extreme (ghulu) atau lalai (tafrid),maka perbuatan tersebut tidaklah mengapa. Akan tetapi jika dia berpegang kepada sesuatu kepercayaan atau tidak berganjak darinya, maka ini yang tidak dibenarkan. Dia hendaklah mengikuti yang hak tidak kira kemana sahaja dia tuju. Jika kebenaran itu ada pada Ikhwan al-Muslimin, maka hendaklah dia ikut, dan jika kenaran ada pada Ansar al-Sunnah, hendaklah dia ikut, dan begitu jugalah dengan kumpulan-kumpulan yang lain.. Dia hendaklah mengikuti kebenaran, dan membantu kumpulan-kumpulan yang lain didalam persoalan kebenaran, akan tetapi dia janganlah berpegang kepada sesuatu jalan pemikiran, dan tidak meninggalkannya walaupun ianya palsu atau silap. Ini merupakan satu kesalahan, dan tidak dibenarkan, Dia hendaklah bersama kumpulan tersebut pada setiap perkara yang benar, dan tidak bersama mereka didalam perkara yang salah.” [Majmu’ Fataawa wa Maqaalat Syeikh Ibn Baaz, ms 237].

Anonymous said...

[50]
(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
[51]
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[52]
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

An-Nur 50 - 52

Taatlah pada Al-Quran... jangan sampai terlambat