Friday, 16 April 2010

Konspirasi Fitnah Terhadap Nabi Muhammad

Patutkah mereka mempercayai bulat-bulat tulisan sejarah tanpa menyelidiki terlebih dahulu?

Saya akan buktikan tuduhan bahawa Nabi Muhammad menjatuhkan hukuman rejam sampai mati ke atas pesalah zina; adalah fitnah semata-mata.

1) Hukuman rejam sampai mati bersumberkan Kitab Perjanjian Lama.

Sekali lagi, sebagaimana kes amalan berkhatan, hukuman rejam sampai mati juga adalah amalan penganut Yahudi.

2) Al-Quran adalah sumber utama Nabi Muhammad dalam memberikan hukuman.

Ini berdasarkan Surah An Nisa' ayat 105;

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

3) Hukuman ke atas kesalahan zina adalah terperinci diterangkan dalam al-Quran.

Mari kita perhatikan Surah An-Nur ayat 2;

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

4) Konspirasi mengaburi kebenaran

Wujudnya riwayat hadis kononnya hukuman rejam sampai mati pernah tercatat dalam Kitabullah, sebelum ia dimansuhkan oleh seekor kambing.

Wallahualam.

4 comments:

Anonymous said...

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Ambillah dariku, ambillah dariku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan yang lain kepada mereka , yaitu orang yang belum menikah (berzina) dengan orang yang belum menikah, (hukumnya) dera 100 kali dan diasingkan setahun. Adapun orang yang sudah menikah (berzina) dengan orang yang sudah menikah (hukumnya) dera 100 kali dan rajam” (HR.Muslim, Abu Dawud dan Turmizi).

Jangan kau fitnah Rasulullah merejam penzina! yang direjam itu adalah penzina yang muhsan! Berbeza!
Adapun yang berhak melaksanakan hukum di atas (sebat dan rejam bagi pezina) ialah penguasa kaum muslimin. Penguasa yang mampu menegakkan syari’at Allah. Karena hukum tersebut hudud. Hudud jama’ dari had, yaitu : hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syari’at dalam perkara kemaksiatan-kemaksiatan, untuk mencegah terulangnya kemaksiatan-kemaksiatan tersebut. Seperti had zina, mabuk, tuduhan, pencurian dan lainnya, yang merupakan kewajiban penguasa. Jadi bukan hak sembarang orang.

Syaikh Ibrahim bin Muhammad bin Salim bin Dhawyyan rahimahullah berkata : “Tidak (berhak) menegakkan had, kecuali imam (penguasa kaum muslimin) atau wakilnya, sama saja, apakah had itu karena hak Allah, seperti had zina. Atau karena hak manusia, seperti had tuduhan. Karena hal itu membutuhkan ijtihad dan tidak aman dari penyimpangan, maka wajib diserahkan kepadanya. Pada masa hidup Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliaulah yang menegakkan hudud. Demikian juga para khalifah setelahnya. Menegakkan hudud merupakan hak imam. Ini merupakan ijma’ para ulama kaum muslimin.

Namun bagaimanakah jika penguasa tidak menegakkan hudud?
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Perkataan orang yang berkata, ‘Tidak berhak menegakkan hudud kecuali sulthan (penguasa) dan wakil-wakilnya, adalah jika mereka berkuasa melaksanakan keadilan …Demikian juga jika amir (penguasa) menyia-nyiakan hudud, atau tidak mampu menegakkannya. Maka tidak wajib menyerahkan hudud kepadanya, jika memungkinkan menegakkanya tanpa penguasa.
Bagaimana bila sudah bertaubat dari zina? Apakah tetap harus dirajam?
Jika seseorang sudah bertaubat dari zina (atau pencurian, minum khamer, dan lainnya) dan urusannya belum sampai kepada penguasa Islam yang menegakkan syari’at, maka had zina (cambuk atau rajam) gugur dari orang yang bertaubat tersebut. Hal ini dengan dalil-dalil sebagai berikut, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Artinya : Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji diantara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya. Kemudian jika keduanya bertubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” [An-Nisaa : 16]
“Artinya : Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. [Al-Maidah : 39]

Anonymous said...

Dalam Hadith pula.
Maka beliau memerintahkan untuk merajamnya. Kemudian dia dibawa keluar ke Harrah [11]. Tatkala dia dirajam, lalu merasakan lemparan batu. Dia berkeluh kesah, lalu dia keluar dan berlari. Maka Abdullah bin Unais menyusulnya. Sedangkan sahabat-sahabatnya yang lain telah lelah. Kemudian Abdullah mengambil tulang betis unta, lalu melemparkannya, sehingga dia membunuhnya. Lalu dia mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakanya kepada beliau. Maka beliau bersabda, “Tidakkah kamu membiarkannya, kemungkinan dia bertaubat, lalu Allah menerima tuabtanya!?” [Hadits Riwayat Muslim dan lainnya]

Dari sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. “Tidakkah kamu membiarkannya, kemungkinan dia bertaubat, lalu Allah menerima taubatnya!?”

Inilah dalil yang kuat menunjukkan gugurnya hukuman bagi orang yang bertaubat. Jadi penzina yang telah merasa perkahwinan ,dia hanya direjam kerana kemahuan sendiri melauli empat kali pengakuan dan jika dia bertaubat maka hukuman ini gugur dan tidak boleh dilaksanakan.
Beberapa kali aku beri kau peluang membaca dulu Ariji dan telah aku nasihat agar jangan membuat andaian je. Jahil jadinya.

Sepanjang sejarah pelaksanaan hukum rejam, orang yang terkena hukuman ini umumnya didasarkan atas pengakuan dari orang yang bersangkutan, sehingga sangat sedikit yang berdasarkan pada kesaksian. Nabi SAW pernah menghukum rajam seorang yang bernama Maiz, juga al-Gamidiyah, dan seorang wanita Yahudi yang menurut satu riwayat kesemua didasarkan pada pengakuan mereka sendiri bukan didasarkan kepada kesaksian. Jika penzina itu sendiri mengaku dengan sendiri meminta untuk direjam maka barulah direjam dan jika dia berjaya melepas kan diri ketika direjam maka dia dilepaskan! inilah yang berdasarkan hadith dan inilah yang diterima. Maka begitulah sulitnya hukuman rejam ini. dalam kes Maiz yang direjam beliau telah ditolak pengakuan nya oleh Nabi s.a.w empat kali!
sedangkan Nabi s.a.w juga menyulitkan hukuman ini! apatah lagi kita yang langsung sedikitpun tidak setaraf dengan Baginda s.a.w.
ada pelbagai kriteria yang amat sukar untuk didapati bagi hukuman ini dan ia mudah dielakkan.
rujuk.
http://ajrc-aceh.org/wp-content/uploads/2010/01/Rajam.pdf-revisi.pdf

Hukuman kurung bagi penzina wanita hingga ajal juga ada tapi ini juga boleh dielak dengan menggunakan hukum Allah yang lain.

Rasulullah s.a.w berhak mewajibkan sesuatu kerana baginda s.a.w tidak mengeluarkan pendapat sendiri!
sebagaimana perkara-perkara yang diwajibkan dalam solat adalah dari Hadith.
aku risau kerana orang yang tidak menerima hadith serta menolak untuk tergolong dalam kalangan Sunnah Wal Jama'ah adalah orang yang tidak menunaikan solat!!
atau solat mereka tonggang langgang aje kerana mereka menolak Hadith!
Inilah kejahilan dalam menerima hukum Rasulullah s.a.w yang nanti aku amat khuatir misalnya kau akan utarakan yang "Quran tak suruh pakai tudung pun suruh labuhkan pakaian je so xpyah pakai sbb hadith sume tipu!" Ini sebenarnya isu yang aku khuatir kau akan bangkitkan dan ini antara satu sebab aku berhempas pulas menjawab segala fitnah kau. Aku risau kalau ade perempuan2 yang tidk fahm akn terpengaruh!
Siarkan Majlis Syura kita untuk kebaikan semua. Yang Benar tetap Benar.
Allah Maha Besar!

-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

riwayat kambing makan sebahagian dari ayat Quran adalah palsu dan amat jahil bagi sesiapa yang menganggap ia adalah hadith!
ia bukannya percakapan Nabi s.a.w pun!
amatlah bangang dan jahil bagi sesiapa yang mengingkari kesempurnaan Al-Quran!
ini adalah perkara yang dicipta oleh org2 kristian atau yahudi. Orang yang lemah iman pun boleh tahu akan hal ini amat bodoh untuk dipercayai.

Hadith rejam ternyata ada!
Bertaubatlah. Allah Maha Pengampun.

Anonymous said...

Hadis Rejam itu memang ada. Tak dinafikan. Tapi Hadis Hadis mengenai Rejam tidak konsisten dengan Ayat- ayat al Quran. Saya berpendapat Hukum Rejam terhadap pezina Muhsan telah dimansuhkan kerana ianya tidak konsisten dengan ayat ayat Al Quran seperti ayat 30 dalam Surah al Ahzab
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ مَنْ يَأْتِ مِنْكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا الْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا (30) }
Hai istri-istri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya akan dilipatgandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah.

Ramai Ulama' bersepekat bahawa ayat ini mengenai balasan di akhirat. Tetapi
Allah telah menggunakan perkataan بفاحشة مبينة yang bermaksud perkara keji yang jelas. Bagi Allah, semua perkara itu jelas kerana Allah adalah العليم jadi saya berpendapat ayat ini ditujukan kepada Hudud. Walau bagaimanaun, hukuman ini tidak pernah dijatuhkan kerana Isteri- isteri Nabi adalah sebaik- sebaik wanita.
Saya berpendapat ayat ini tidak bersetuju dengan hadis rajm. Di dalam ayat itu, jika isteri-isteri nabi telah berzina maka mereka akan dikenakan dua kali ganda hukuman,jadi bagaimana nak menggandakan hukuman rejam? Orang boleh mati dengan 10 kali dibaling batu, ada yang 20, ada yang 1000 kalau ajal dia sampai. Saya berpendapat hukuman rejam terhadap pezina muhsan itu dimansuhkan kerana inkonsisten dengan ayat al Quran. Walaubagaimanapun, saya bersetuju jika hukuman rejam digunakan sebagai metod untuk menjatuhkan hukuman ke atas seseorang yang Bughah atau Hirabah.