Monday 12 April 2010

Kalendar Hijrah Bhg. II

Perkataan 'yaum' yang bermaksud 'hari', berjumlah 365 dalam al-Quran. Mungkin dalil ini lebih mudah untuk mereka terima berbanding jika dibacakan mereka Surah Yunus ayat 5;

Dialah yang menjadikan Matahari sinaran, dan Bulan cahaya, dan mengukurnya fasa-fasa; supaya kamu tahu jumlah tahunan dan pengiraannya. Allah tidak menciptakan ini kecuali dengan Kebenaran. Dia menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

Ayat di atas menjelaskan bahawa, Matahari dan Bulan berfungsi bagi pengiraan kalendar. Ini menerangkan bahawa sebarang kalendar yang 'mengenepikan' Matahari dalam pengiraan, adalah tidak sempurna.

Purata panjang bagi putaran bulan adalah 29.53 hari, maka setahun 29.53 x 12 = 354.36. Kalendar Hijrah adalah tidak sempurna kerana 'mengenepikan' Matahari seterusnya bercanggah dengan al-Quran.

Tidak hairanlah, kerana 'Nabi Muhammad' versi mereka adalah seorang Nabi yang mempunyai 'lesen' untuk mengingkari al-Quran.

Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

Apakah kau bangang??Kalendar hijrah adalah berdasarkan Quran dan Hadith. Baru jumpa surah yunus Ayat 5 kau da memandai-mandai. perangai kau memang sombong? Ego? atau JAHIL.
kau dengan gah dan ego mensampahkan kalendar hijrah dan memfitnah ia tidak berlandaskan Quran?
Hatu Burhanukum Inkuntum Sodiqin.

jangan jadi jahil.


"Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak".
Yaasin:8

"Dan Kami jadikan sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka. lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat" (jalan yang benar). Yaasin:9

sebelum terlambat bertaubatlah Ariji b. Basri.

Anonymous said...

"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya".
Al-Israa:12

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa"
At-Taubah:36

"Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang kafir". At-Taubah: 37

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96

"Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu". Ar-Rahman:5

Ini pula analisis astronomi dalam Quran.

"Dan matahari ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". Yaasin:38

"Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing"Yaasin:39

terang dan jelas?
Faktanya, siklus sinodik bulan bervariasi. Jumlah hari dalam satu bulan dalam Kalender Hijriah bergantung pada posisi bulan, bumi dan matahari. Usia bulan yang mencapai 30 hari bersesuaian dengan terjadinya bulan baru (new moon) di titik apooge, yaitu jarak terjauh antara bulan dan bumi, dan pada saat yang bersamaan, bumi berada pada jarak terdekatnya dengan matahari (perihelion). Sementara itu, satu bulan yang berlangsung 29 hari bertepatan dengan saat terjadinya bulan baru di perige (jarak terdekat bulan dengan bumi) dengan bumi berada di titik terjauhnya dari matahari (aphelion). dari sini terlihat bahwa usia bulan tidak tetap melainkan berubah-ubah (29 - 30 hari) sesuai dengan kedudukan ketiga benda langit tersebut (Bulan, Bumi dan Matahari)

Awal bulan (kalender) Hijriyah terjadi jika:

Pada saat Matahari terbenam, ketinggian (altitude) Bulan di atas cakrawala minimum 2°, dan sudut elongasi (jarak lengkung) Bulan-Matahari minimum 3°, atau
Pada saat bulan terbenam, usia Bulan minimum 8 jam, dihitung sejak ijtimak

sistem kalendar hijrah digunakan ketika zaman Khalifah Umar r.a.
Umar r.a adalah seorang yang soleh dan agung! dan banyak Hadith Nabi s.a.w menceritakan kesolehan Umar r.a.
Pelbagai hukum islam telah jelas dengan diungkap Umar r.a.
sehingga Al-Quran dibukukan juga adalah idea beliau.

perbetulkan semula segala kenyataan kau yang merendah-rendahkan sistem hijrah!
-Muhd Abdillah-