Thursday, 15 April 2010

Cinta Kepada Allah dan Rasul

Mari kita perhatikan Surah al-Baqarah ayat 165;

Dan dari manusia itu adalah antaranya yang mengambil yang lain dari Allah sebagai setaraf, mereka cintakan mereka sebagaimana cintakan Allah; dan yang beriman lebih kuat cintakan Allah; dan bila yang ingkar melihat pembalasan, mereka akan lihat yang semua kekuatan milik Allah, dan bahawa Allah adalah hebat dalam pembalasan.

Ayat di atas menjelaskan bahawa orang yang beriman adalah orang yang mencintai Allah melebihi yang lain. Tetapi ada golongan tertentu yang mencintai 'Rasul' setaraf dengan cinta mereka kepada Allah.

Contoh yang baik adalah isu hukuman ke atas kesalahan zina. Jelas, bahawa Allah memerintahkan hukuman sebat seratus kali ke atas kesalahan zina. Manakala 'Rasul' versi mereka pula memerintahkan hukuman rejam sampai mati, kemudian mereka memilih 'Rasul' berbanding Allah.

Kemudian mereka mendakwa bahawa mereka orang yang beriman?

Apatah lagi 'Rasul' versi mereka itu 'digubah' melalui kitab selain Kitabullah.

Mari pula kita perhatikan Rasul yang terdapat dalam Kitabullah. Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Hukuman rejam sampai mati tiada dalam Kitabullah. Mereka yang menjatuhkan hukuman ini bagi kesalahan zina, bukan sahaja tergolong daripada golongan yang mencintai 'Rasul' sebagaimana cintakan Allah, malah mereka adalah golongan yang disebutkan dalam ayat di atas.

Mereka adalah golongan yang meninggalkan al-Quran.

Mari pula kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 170-171;

Dan jika mereka diberitahu "Turutlah akan apa yang Allah telah turunkan" mereka menjawab: "Tidak, kami akan mengikut apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan". Bagaimana jika nenek moyang mereka tidak faham sesuatu dan tidak mendapat petunjuk hidayah? Dan contoh yang kufur adalah seperti yang mengulangi apa yang dia telah dengar akan panggilan dan jeritan; pekak, bisu dan buta, mereka tidak faham.

Mereka pekak, bisu dan buta, dengan bersebabkan hadis mutawattir?

Apakah Kitabullah itu kurang mutawattir?

Wallahualam.

3 comments:

Unknown said...

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Ambillah dariku, ambillah dariku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan yang lain kepada mereka , yaitu orang yang belum menikah (berzina) dengan orang yang belum menikah, (hukumnya) dera 100 kali dan diasingkan setahun. Adapun orang yang sudah menikah (berzina) dengan orang yang sudah menikah (hukumnya) dera 100 kali dan rajam” (HR.Muslim, Abu Dawud dan Turmizi).

Jangan kau fitnah Rasulullah merejam penzina! yang direjam itu adalah penzina yang muhsan! Berbeza!
Adapun yang berhak melaksanakan hukum di atas (sebat dan rejam bagi pezina) ialah penguasa kaum muslimin. Penguasa yang mampu menegakkan syari’at Allah. Karena hukum tersebut hudud. Hudud jama’ dari had, yaitu : hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syari’at dalam perkara kemaksiatan-kemaksiatan, untuk mencegah terulangnya kemaksiatan-kemaksiatan tersebut. Seperti had zina, mabuk, tuduhan, pencurian dan lainnya, yang merupakan kewajiban penguasa. Jadi bukan hak sembarang orang.

Syaikh Ibrahim bin Muhammad bin Salim bin Dhawyyan rahimahullah berkata : “Tidak (berhak) menegakkan had, kecuali imam (penguasa kaum muslimin) atau wakilnya, sama saja, apakah had itu karena hak Allah, seperti had zina. Atau karena hak manusia, seperti had tuduhan. Karena hal itu membutuhkan ijtihad dan tidak aman dari penyimpangan, maka wajib diserahkan kepadanya. Pada masa hidup Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliaulah yang menegakkan hudud. Demikian juga para khalifah setelahnya. Menegakkan hudud merupakan hak imam. Ini merupakan ijma’ para ulama kaum muslimin.

Namun bagaimanakah jika penguasa tidak menegakkan hudud?
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Perkataan orang yang berkata, ‘Tidak berhak menegakkan hudud kecuali sulthan (penguasa) dan wakil-wakilnya, adalah jika mereka berkuasa melaksanakan keadilan …Demikian juga jika amir (penguasa) menyia-nyiakan hudud, atau tidak mampu menegakkannya. Maka tidak wajib menyerahkan hudud kepadanya, jika memungkinkan menegakkanya tanpa penguasa.
Bagaimana bila sudah bertaubat dari zina? Apakah tetap harus dirajam?
Jika seseorang sudah bertaubat dari zina (atau pencurian, minum khamer, dan lainnya) dan urusannya belum sampai kepada penguasa Islam yang menegakkan syari’at, maka had zina (cambuk atau rajam) gugur dari orang yang bertaubat tersebut. Hal ini dengan dalil-dalil sebagai berikut, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Artinya : Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji diantara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya. Kemudian jika keduanya bertubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” [An-Nisaa : 16]
“Artinya : Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. [Al-Maidah : 39]

Unknown said...

Dalam Hadith pula.
Maka beliau memerintahkan untuk merajamnya. Kemudian dia dibawa keluar ke Harrah [11]. Tatkala dia dirajam, lalu merasakan lemparan batu. Dia berkeluh kesah, lalu dia keluar dan berlari. Maka Abdullah bin Unais menyusulnya. Sedangkan sahabat-sahabatnya yang lain telah lelah. Kemudian Abdullah mengambil tulang betis unta, lalu melemparkannya, sehingga dia membunuhnya. Lalu dia mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakanya kepada beliau. Maka beliau bersabda, “Tidakkah kamu membiarkannya, kemungkinan dia bertaubat, lalu Allah menerima tuabtanya!?” [Hadits Riwayat Muslim dan lainnya]

Dari sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. “Tidakkah kamu membiarkannya, kemungkinan dia bertaubat, lalu Allah menerima taubatnya!?”

Inilah dalil yang kuat menunjukkan gugurnya hukuman bagi orang yang bertaubat. Jadi penzina yang telah merasa perkahwinan ,dia hanya direjam kerana kemahuan sendiri melauli empat kali pengakuan dan jika dia bertaubat maka hukuman ini gugur dan tidak boleh dilaksanakan.
Beberapa kali aku beri kau peluang membaca dulu Ariji dan telah aku nasihat agar jangan membuat andaian je. Jahil jadinya.

Sepanjang sejarah pelaksanaan hukum rejam, orang yang terkena hukuman ini umumnya didasarkan atas pengakuan dari orang yang bersangkutan, sehingga sangat sedikit yang berdasarkan pada kesaksian. Nabi SAW pernah menghukum rajam seorang yang bernama Maiz, juga al-Gamidiyah, dan seorang wanita Yahudi yang menurut satu riwayat kesemua didasarkan pada pengakuan mereka sendiri bukan didasarkan kepada kesaksian. Jika penzina itu sendiri mengaku dengan sendiri meminta untuk direjam maka barulah direjam dan jika dia berjaya melepas kan diri ketika direjam maka dia dilepaskan! inilah yang berdasarkan hadith dan inilah yang diterima. Maka begitulah sulitnya hukuman rejam ini. dalam kes Maiz yang direjam beliau telah ditolak pengakuan nya oleh Nabi s.a.w empat kali!
sedangkan Nabi s.a.w juga menyulitkan hukuman ini! apatah lagi kita yang langsung sedikitpun tidak setaraf dengan Baginda s.a.w.
ada pelbagai kriteria yang amat sukar untuk didapati bagi hukuman ini dan ia mudah dielakkan.
rujuk.
http://ajrc-aceh.org/wp-content/uploads/2010/01/Rajam.pdf-revisi.pdf

Hukuman kurung bagi penzina wanita hingga ajal juga ada tapi ini juga boleh dielak dengan menggunakan hukum Allah yang lain.

Rasulullah s.a.w berhak mewajibkan sesuatu kerana baginda s.a.w tidak mengeluarkan pendapat sendiri!
sebagaimana perkara-perkara yang diwajibkan dalam solat adalah dari Hadith.
aku risau kerana orang yang tidak menerima hadith serta menolak untuk tergolong dalam kalangan Sunnah Wal Jama'ah adalah orang yang tidak menunaikan solat!!
atau solat mereka tonggang langgang aje kerana mereka menolak Hadith!
Inilah kejahilan dalam menerima hukum Rasulullah s.a.w yang nanti aku amat khuatir misalnya kau akan utarakan yang "Quran tak suruh pakai tudung pun suruh labuhkan pakaian je so xpyah pakai sbb hadith sume tipu!" Ini sebenarnya isu yang aku khuatir kau akan bangkitkan dan ini antara satu sebab aku berhempas pulas menjawab segala fitnah kau. Aku risau kalau ade perempuan2 yang tidk fahm akn terpengaruh!
Siarkan Majlis Syura kita untuk kebaikan semua. Yang Benar tetap Benar.
Allah Maha Besar!

-Muhd Abdillah-

Unknown said...

Hukuman rejam memang teramat susah dan sulit hingga di zaman kita ianya seperti mustahil untuk dilaksanakan. Rasulullah s.a.w tidak kejam dalam menghukum. Baginda s.a.w adalah yang insan yang teragung lebih-lebih lagi untuk ummatnya sendiri!
Allah s.w.t pasti akan mencatit segalam amalan manusia yang tidak meyakini Rasul-Nya!

Kita mesti berbalik pada Quran da Hadith! kalau berbalik pada Quran sahaja maka ia bertentangan dengan kewajipan yang telah tertera didalam Quran yang mewajibkan hadith!
Semoga Allah yang Maha Berkuasa membinasakan amalan anti hadith ini dan membimbing Muslimin dengn kehendak-Nya.