Yang mendakwa bahawa Abu Hurairah meriwayat begitu dan begini adalah dari fahaman Sunni sendiri. Samada Abu Hurairah benar-benar meriwayatkan sedemikian, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Yang mengkategorikan Abu Hurairah sebagai salah seorang periwayat Israeliyyat, setahu saya, adalah dari golongan Sunni sendiri.
Mari saya hightlightkan kembali tulisan saya pada masa lalu;
Abu Hurairah dikategorikan sebagai antara periwayat Israeliyyat, dan dipercayai meriwayatkan hadis berikut;
Berkhatan Nabi Ibrahim ketika baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Bukankah dari fahaman Sunni bahawanya hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah?
Abdillah, kamu menuduh saya menfitnah Abu Hurairah, padahal bukankah golongan kamu yang selama ini 'aktif' menfitnah Nabi Muhammad begitu dan begini? Kononnya baginda mempunyai tenaga seks 30 lelaki? Kononnya baginda mempunyai kuasa shafaat? Kononnya baginda melanggar perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 2?
Abdillah, muhasabahlah fahaman Sunni itu sendiri.
Dan berkenaan kalendar Hijrah, adalah suatu fakta bahawa jumlah perkataan 'yaum' dalam al-Quran berjumlah 365.
Saya ingin tanya kamu, jika kamu benar-benar ingin ikut fahaman Nabi Ibrahim sehingga sanggup melakukan amalan berkhatan, kenapa kamu tidak menggunakan kalendar Nabi Ibrahim?
Wallahualam.
9 comments:
Tidak mengapa Ariji. Aku sememangnya amat marah dan jijik dengan perbuatanmu ini namun aku sedar kau orang yang tidak mengetahui. Tapi inilah masalahnya. kau baru tahu sedikit kemudian kau anggap kau telah pakar dan faham benar. inilah kejahilan yang menyebabkan dosa. Malah kau telah mendustakan Hadith sahih yang mutawattir. ini lah kebingungan yang menyebabkan kekufuran terhadap mereka yang tidak faham akan ayat pertama Al-Quran iaitu "Bacalah!,Bacalah!,Bacalah!"
Ariji, kau tidak tahu apa itu israeliyyat. sumber dari bani israil ini jika di sahihkan Nabi s.a.w adalah wajib dipatuhi. Hukum Quran ada yang sama dengan sumber dari bani israil juga kau nk anggap israeliyyat? Bodoh!
1 ("Bukankah dari fahaman Sunni bahawanya hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah?
Abdillah, kamu menuduh saya menfitnah Abu Hurairah, padahal bukankah golongan kamu yang selama ini 'aktif' menfitnah Nabi Muhammad begitu dan begini? Kononnya baginda mempunyai tenaga seks 30 lelaki?Kononnya baginda mempunyai kuasa shafaat? Kononnya baginda melanggar perintah Allah dalam Surah An-Nur ayat 2?
Hadith yang dinilai benar Sahih dan sabit kepada Nabi s.a.w sahaja yang diterima maka setiap hadith itu adalah dari percakapan Nabi s.a.w sendiri atau perbuata-perbuatan baginda s.a.w adalah wajib diterima dan tiada keraguan terhadapnya. Hadith ini diriwayat Abu Hurairah r.a dan ia adalah SABDA NABI S.A.W! bukannya Abu Hurairah pandai-pandai cipta hukum dalam agama. Hadith yang bertentangan dengan Quran dan yang menjatukan martabat kesucian Nabi s.a.w adalah palsu dan haram mempercayainya. Tiada golongan dari kami yang berani menyatakan pembohongan terhadap Nabi s.a.w kerana ia adalah perkara yang memasukkan manusia ke Neraka Allah yang pedih dan membara. Kau yang menghujah mengunakan Hadith yang bertentangan dengan Quran serta menjatuhkan martabat kemaksuman Nabi s.a.w! inilah yang patut kau renungkan!
Aku telah bagi Hadith sahih untuk hukuman rejam. kau masih mengingkarinya. kaulah yang menzalimi diri sendiri. Penzina muhsan sahaja yang direjam, itupun atas beberapa kriteria yang amat susah dan seperti mustahil untuk direjam penzina muhsan lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini.
("Abdillah, muhasabahlah fahaman Sunni itu sendiri.
Dan berkenaan kalendar Hijrah, adalah suatu fakta bahawa jumlah perkataan 'yaum' dalam al-Quran berjumlah 365, dan ini bukti yang nyata bahawa ada unsur kesesatan dalam fahaman kamu.
Saya ingin tanya kamu, jika kamu benar-benar ingin ikut fahaman Nabi Ibrahim sehingga sanggup melakukan amalan berkhatan, kenapa kamu tidak menggunakan kalendar Nabi Ibrahim?")
kalaupun perkataan 'yaum' berjumlah 365 kali tidak pula Allah mewajibkan untuk setahun itu ada 365 hari tapi kau kata fahaman ku ada kesesatan?
Hatu Burhanukum inkuntum sodiqin!
jangan pandai tuduh dan cipta fitnah je.HARAM!
jangan kau wajibkan apa yang tidak diwajibkan Allah s.w.t.
Aku telahpun jawab mengenai sistem hijrah ini dalam 'Hijrah bhgII' tulisan kau.Bacalah!
Sememangnya kami mengikuti Nabi Muhammad s.a.w yang telahpun mengkhabarkan pada kami tentang segala perihal Agama Ibrahim.
maka kami katakan "Samikna wa atokna!"
*kalau ada kalendar yang Nabi Ibrahim sendiri asaskan maka telah lama kalendar ini digunakan oleh sekalian para Nabi yang menerima wahyu!
sekarang dimana pendirianmu?
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ahli Kitab biasanya membaca taurat dengan bahasa Ibrani lalu menafsirkannya dengan bahasa Arab kepada umat Islam. Maka Rasulullah SAW berkata, ‘Janganlah kalian benarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakannya tapi katakanlah (firman Allah SWT), ‘Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu.’” (QS.al-‘Ankabut:46)
Aku pernah kata yang kita wajib percaya akan kitab yang telah diwahyukan pada Musa a.s dan Isa a.s namun kita tidak berhukum dengannya! ini antara dalilku.
Bertanya kepada ahli kitab mengenai sesuatu dari ajaran agama kita, maka hal itu haram hukumnya. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad dari Jabir bin ‘Abdullah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah kalian tanyakan kepada ahli kitab mengenai sesuatu pun sebab mereka tidak bisa memberi hidayah kepada kalian sementara mereka sendiri telah sesat. Jika kalian lakukan itu, berarti (antara dua kemungkinan-red.,) kalian telah membenarkan kebatilan atau mendustakan kebenaran. Sesungguhnya, andaikata Musa masih hidup di tengah kalian, pastilah ia akan mengikutiku.’”
berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Sampaikanlah dariku, sekali pun satu ayat, dan berbicaralah mengenai Bani Israil sesukamu. Barangsiapa yang mendustakanku secara sengaja, maka hendaklah ia persiapkan tempat duduknya di api neraka.” (HR.al-Bukhari)
Imam al-Bukhari juga meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas RA, bahwasanya ia berkata, “Wahai kaum muslimin, bagaimana mungkin kalian bertanya kepada ahli kitab padahal kitab yang Allah turunkan kepada nabi kalian itu adalah semata-mata informasi paling baru mengenai Allah yang tidak pernah lekang. Allah telah menceritakan kepada kalian bahwa ahli kitab telah mengganti kitabullah dan merubahnya lalu menulisnya dengan tangan mereka sendiri. Lalu mereka mengatakan, ‘Ia berasal dari Allah agar mereka membeli dengannya harga yang sedikit. Tidakkah melalui ilmu yang dibawa-Nya, Dia melarang kalian untuk bertanya kepada mereka (ahli kitab)? Demi Allah, kami sama sekali tidak pernah melihat seorang pun dari mereka yang bertanya kepada kalian mengenai apa yang telah diturunkan kepada kalian.”
Sikap Ulama Terhadap Israiliyat
Para ulama, khususnya ahli tafsir berbeda pendapat mengenai sikap terhadap Israiliyat ini:
1. Di antara mereka ada yang memperbanyak berbicara tentangnya dengan dirangkai dengan sanad-sanadnya. Pendapat ini berpandangan bahwa dengan menyebut sanadnya, berarti ia telah berlepas diri dari tanggung jawab atasnya. Hal ini seperti yang dilakukan oleh Ibn Jarir ath-Thabari.
2. Di antara mereka ada yang memperbanyak berbicara tentangnya dan biasanya menanggalkan sama sekali sanad-sanadnya. Ini seperti pencari kayu bakar di malam hari. Cara seperti ini dilakukan al-Baghawi di dalam tafsirnya yang dinilai oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah sebagai ringkasan dari tafsir ats-Tsa’alabi. Hanya saja, al-Baghawi memproteksinya dari dimuatnya hadits-hadits palsu dan pendapat-pendapat yang dibuat-buat. Syaikhul Islam Ibn Taimiyah menyebut ats-Tsa’alabi sebagai seorang pencari kayu bakar di malam hari di mana ia menukil apa saja yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir baik yang shahih, dha’if mau pun yang mawdhu’ (palsu).
3. Di antaranya mereka ada yang banyak sekali menyinggungnya dan mengomentari sebagiannya dengan menyebut kelemahannya atau mengingkarinya seperti yang dilakukan Ibn Katsir.
4. Di antara mereka ada yang berlebih-lebihan di dalam menolaknya dan tidak menyebut sesuatu pun darinya sebagai tafsir al-Qur’an seperti yang dilakukan Muhammad Rasyid Ridha.
(SUMBER: Ushuul Fit Tafsiir karya Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, hal.53-55)
Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya (semulajadinya) satu perkara yang tetap lenyap. Al-Isara:81
Allah s.w.t akan menolong mereka yang ikhlas dan benar-benar tulus dan taat pada-Nya. Allah telah mewajibkan kita taat pada Rasulullah s.a.w! maka dengar dan patuhla kita padanya.
kau bukan dalam bidang jurusan agama jadi mungkin menyukarkan kau mendapat kan guru. jadi ini list Ulama yang aku syorkan agar kau belajar dari mereka.
Syiekhul hadith, Al-albani.
Syeikhul islam, Ibn bin bazz.
Syeikhul fiqh,soleh ibn uthaymeen.
Dr.syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
Dr.Syeikh Al - Ariffi
Dr.Maza (org Melayu, ulama melayu yang berani!)
syeikh saifulrahman al-Mubarakpuri
Dr.syeikh Muhammad salah (highly recomended! tgk di youtube ask huda)
Dr.zakir Naik(comparative religion)
Ust Hussain Yee (China Malaysia)
Dr.Abdullah Yassin (org Melayu)
Dr.Abu Ameena Philips
Dr.khaled yassin (comparative religion)
Abu bilal71 di youtube juga baik untuk didengar.
semangnya mereka yang disebut ada berpegang dengan pendapat yang berbeza seperti hukum muzik, niqab,dan bermacam-macam hal lagi yang mempunyai perbezaan. maka itulah ijtihad mukmin yang inginkan islam yang tulen, pada mereka ada berselisih pendapat namun hanya dalam perkara cabang. manakala tauhid dan akidah mereka adalah satu jalan.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus".
"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat".
Al-faatihah : 6 & 7
[47]
Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.
[48]
Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
[49]
Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).
[50]
(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
[51]
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[52]
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
An-Nur :47 - 52
Begitu kuatnya dalil untuk berhukum dengan Hadith!
Maka Ariji apa kau tunggu lagi? bertaubat dan pintalah keampunan pada Allah s.w.t dan semoga yang Maha Pengampun dan Maha Penyanyang menerima taubat mu.
Nabi Muhammad s.a.w lansung tidak sedikitpun kejam. Malah mereka yang berpalinglah yang menzalimi diri sendiri.
Allah Maha Besar!
Post a Comment