Jika ia diblocked, ini bukanlah perkara yang menghairankan, lihat saja berapa banyak loji Freemasonry di Malaysia. Harun Yahya, salah seorang ulama Sunni kegemaran saya, pernah jua dipenjara kerana kelantangan menentang Freemasonry.
Beliau pernah menulis buku berkenaan kedatangan Nabi Isa. Hakikatnya, tiada dalil kedatangan Nabi Isa dalam al-Quran. Untuk mempercayainya adalah hak ekspresi masing-masing.
Noreaga, pengasas Wake Up Project, pernah menghasilkan video berkenaan kedatangan Nabi Isa melalui siri The Arrivals. Namun mungkin ada yang terlepas pandang, salah satu quote yang pernah dicoretkan beliau umpama berikut;
"Saya bukan Sunni atau Syiah. Saya hanyalah cuba menjadi apa yang al-Quran mahu saya jadi."
Dan quote lain yang penting seperti;
"Hanya ayat al-Quran yang mutlak dalam video ini. Video ini hanyalah satu penyelidikan yang akan disambung oleh para penonton."
Quote ini bersesuaian dengan coretan di blog saya. Perkara lain selain Kitabullah, termasuklah tafsir, penterjemahan, pendapat peribadi dan sebagainya, hanyalah ekspresi dan bukan bersifat mutlak. Jika Mahaguru58 menggunakan Surah An Nahl ayat 125 sebagai tema, saya pula menggunakan Surah Al-Isra' ayat 36.
Padah hari ini, Noreaga telah pun pencen daripada Wake Up Project Team, dan perjuangan beliau lazimnya akan diwarisi oleh mereka yang cintakan kebenaran.
Wallahualam.
1 comment:
benarkahh noreaga ialah syiah?
Post a Comment